Wednesday, 17 July 2024

JOB SCAM

Bulan lepas saya terbaca kisah bagaimana pemain badminton negara Lai Pei Jing 赖沛君 telah di tipu oleh scamer menggunakan taktik 'job scam'. Hari ini saya kongsikan pengalaman saya yang hampir serupa tidak lama dulu.

Ceritanya begini, pada suatu hari ada amoi cantik menghantar permintaan persahabatan melalui facebook dan telah saya terima serta kini ada di dalam senarai kawan saya. Tidak lama selepas itu saya terima DM di messenger dari amoi cantik tersebut. Perbualan bermula dari messenger sehingga ke WhatsApps dan dari situ 'job scam' secara tersusun bermula tanpa disedari. 

Dia kata, dia ada tiga kedai di atas talian (online) dan memperkenalkan kepada saya serta menceritakan keuntungan yang luar biasa. Bila saya lawat laman kedai yang diceritakannya, transaksi menggunakan matawang USD dan bila saya belek harga barangan, fuyoo... harga kayangan. Nak kata barangan berjenama, tak juga sebab jenama yang tak pernah didengar. 

Saya mula syak dia adalah scammer dan cara saya elak ialah, saya kata saya bukan 'business minded' dan tidak pandai berniaga. Maka bermula lah scenario pujuk memujuk minta daftar dulu dan dia boleh ajar saya sehingga berjaya. Dalam hati saya, orang kaya pun tak ajar kita bagaimana dia berjaya, ini kan pula dia yang langsung tidak dikenali. Jadi, saya cuba elak dengan macam-macam cara sehingga terpaksa menggunakan cara sedikit kasar sehingga akhirnya senyap hingga kini.

Bila saya jenguk semula messenger, semua hantarannya telah dipadamkan dengan mesej 'this message was removed because it doesn't follow our community standards' seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Kelihatan seperti dipadam oleh FB atau mungkin dipadam oleh amoi sendiri.

Setelah saya terbaca pengalaman yang dikongsikan oleh pemain badminton negara, saya dapati taktiknya serupa, cuma nasib saya baik sebab saya telah perasan awal.

AWAS, scammer ada di mana-mana dan ada scammer yang berlesen seperti ... (maaf tak boleh sebut entiti scammer berlesen sebab cuma pandangan pribadi saya sahaja)

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.