Monday 30 January 2023

AKAI GXC-710D cassette player repair

Baru-baru ini saya telah dirujuk sebuah alat pemain kaset berjenama AKAI, model GXC-710D dengan masalah boleh berfungsi namun sangat perlahan seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Untuk makluman semua, alat pemain kaset ini adalah keluaran tahun 70an (1976 - 1978) dan pemilik memberitahu saya ianya tidak pernah dibaiki serta telah lama disimpan sebab masalah di atas.

ALAI GXC-710D

Masalah alat pemain kaset seperti ini majoriti adalah disebabkan tali sawat (belting) telah keras atau mungkin tidak elastik lagi serta gagal menggerakkan bahagian mekanikal di dalamnya.

Model: GXC-710D

Setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, alat pemain kaset ini sedikit unik sebab motor yang digunakan adalah jenis AC dan disambungkan kepada sebiji 'running capacitor' seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Setelah penutup dibuka...

Nilai kapasitor yang digunakan ialah 7uf + 1uf dan disambung secara selari seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Kapasitor motor - 7uf + 1uf

Apa yang saya lakukan ialah tanggalkan sambungan kapasitor kepada bahagian 1uf dan kelajuannya bertambah sedikit namun masih perlahan seperti boleh ditonton pada klip video pertama di atas.

128uf?

Nilai kedua-dua kapasitor tersebut ialah 128uf + 12.9uf seperti boleh dilihat pada gambar di bawah apabila diukur dengan menggunakan multimeter.

12uf?

Masalah selesai setelah saya gantikan kapasitor tersebut dengan menyambungkan 2 biji kapasitor 4uf untuk mendapatkan 8uf seperti kapasitor asal.

Sambung siri 2 biji 4uf = 8uf

Voltan elektrik yang melalui kapasitor ialah 52.76vac setelah kapasitor telah saya gantikan dengan yang baharu. Voltan sebelum kapasitor ditukar cuma kira-kira 30vac sahaja jika hanya disambung kepada bahagian 7uf namun akan turun kepada 23vac jika bahagian 1uf disambung bersama pada kapasitor asal.

52.76vac (kapasitor baru)

Selamat berDIY...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.