Saturday 20 April 2013

Hari Penamaan Calon Parlimen 219, Miri

Hari ini merupakan hari yang amat bermakna bagi saya apabila berkesempatan menghadirkan diri ke kawasan berdekatan penamaan calon di parlimen P219, Miri. Saya tiba dengan kelengkapan kamera DSLR dan berhajat mengambil gambar calon-calon yang bertanding tetapi berakhir hampa. Ini disebabkan hajat saya tidak kesampaian. Gambar berikut menceritakan segala-galanya.
Penyokong Barisan Nasional
Penyokong Pakatan Rakyat
Sebelum tiba ke kawasan tersebut, saya perlu menghabiskan masa kira-kira 10 minit berjalan kaki disebabkan kesesakan lalu lintas yang amat teruk. Sekali pandang boleh dikatakan pemandangan di situ semuanya berwarna biru nila. Hajat di hati ingin merakamkan gambar proses penamaan calon namun berakhir di kedai mamak makan roti telur + kopi O kosong.

Parlimen 219, Miri berakhir dengan pertandingan 3 penjuru iaitu di antara BN, PKR & Bebas seperti berikut.

1) Datuk Sebastian Ting (BN)
2) Dr Michael Teo (PKR)
3) Chong Kon Fatt (STAR)

Secara ringkasnya berikut adalah kesimpulan saya:-
  1. Penyokong BN paling ramai dengan dibekalkan baju T, bandera BN, topi, payung, air mineral serta makanan. (Juga kelihatan ialah beberapa buah bas dengan pelajar sekolah)
  2. Penyokong PKR pula boleh dikira dengan mudah seperti pada gambar di atas. Walaupun PKR yang bertanding tetapi DAP & PAS juga menghadirkan diri dengan bandera masing-masing walaupun tak ramai.
  3. Penyokong calon bebas pula tidak kelihatan.
 Undi itu rahsia, all the best to all candidates!

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.