<--- tangan kanan / tangan kiri ---> |
Bengkak pada tangan sebelum 'drip set' tersebut tertanggal... |
Tunggu punya tunggu kira-kira pada pukul 9:30 malam seorang doktor yang bertugas telah memeriksa ayah saya dan bila diberitahu masalah tangan yang bengak, jawapan yang sama saya dengar iaitu, "tunggu sekejap, nanti jururawat akan betulkan". Tidak lama lepas itu, 'drip set' tersebut pun tertanggal sendiri dan keadaannya ialah seperti pada gambar di atas.
Kira-kira pada pukul 10:15 malam, seorang jururawat yang bertugas telah membersihkan tangan ayah saya dan menutup tempat di mana 'drip set' tersebut dicucuk sebelumnya. Beliau memberitahu kami bahawa dia tidak pandai mencucuk 'drip set' yang baru...
Sebelum meninggalkan wad kira-kira pada pukul 10:35 malam dua doktor yang bertugas sekali lagi membuat pemeriksaan dan saya sempat bertanyakan apa yang pihak hospital telah dan akan lakukan selama ayah saya masuk wad. Dengan selamba doktor menjawab, "your father is under ENT (Ear, Nose & Throat)". Beliau juga memberitahu bahawa, doktor pakar ENT akan memeriksa ayah saya esok.
Ketika dalam perjalanan meninggalkan wad, saya merasa teramat kecewa dengan perkhidmatan yang mampu pihak hospital umum berikan kepada mereka yang memerlukan. Jika bukan kerana sakit, takda individu yang suka-suka minta tinggal di wad hospital. 'Drip set' yang bermasalah pun takda jururawat yang pandai membetulkan dalam masa kira-kira dua jam. Apakah mutu perkhidmatan sebegini sahaja yang layak kita nikmati sebagai pembayar cukai?
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.