Sunday 7 April 2013

Mimpi berjumpa NAJIB

Subuh tadi sebelum pukul 5 pagi, saya terbangun setelah dibuai mimpi yang agak pelik. Ingat-ingat lupa pula saya jalan mimpi itu tetapi bab sebelum saya terbangun masih segar di ingatan.

Dalam mimpi tersebut saya bertemu dengan Najib (perdana menteri Malaysia ke-6) dan beliau meminta nombor telefon saya. Saya terbangun setelah menulis '013' sahaja dan ketika tersedar dari mimpi saya dalam keadaan sesak nafas dan mengangis disebabkan malu mengeluarkan telefon antik saya iaitu NOKIA 2100 untuk membuat 'miss call' kepada beliau.

Sejak Najib menjadi Perdana Menteri, saya cuma sempat melihat beliau dua kali sahaja secara dekat:-
  1. Ketika beliau melawat Bulan Sabit Merah, Cabang Miri beberapa tahun yang lalu dan saya masih berkhidmat di Pusat Dialisis Bulan Sabit Merah Miri. Saya cuma melihat dari jauh sahaja ketika itu.
  2. Beliau melawat Miri untuk menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina, SUPP 2013 dan beliau menginap di Imperial Hotel. Saya sempat berjabat tangan dua kali dengan beliau dan mengambil gambar berkumpulan beliau dengan warga kerja Imperial.
Jadi cameraman saja pun...
Kenapa agaknya saya boleh termimpi Najib? Mungkinkah ianya disebabkan saya menonton menisfesto BN di TV3 sehingga terbawa-bawa ke alam mimpi? Yang peliknya kenapa pula Najib yang minta nombor telefon saya dan bukan sebaliknya?

Haruskah saya menganggap ianya suatu mainan tidur sahaja?

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.