Monday 15 April 2013

Poskad dari bekas Perdana Menteri

Berikut merupakan isi kandungan poskad yang saya terima tengahari tadi...(Saya guna istilah 'bekas perdana menteri' sebab dewan rakyat telah dibubarkan dan tiada perdana menteri ketika ini)




Setelah habis membaca poskad di atas, apa yang terlintas di fikiran saya ialah apakah usaha yang pelbagai akan dijana untuk memanfaatkan seluruh warga Malaysia? Seram pula mengenangkannya dan antara yang terlintas difikiran saya ialah:-
  • Perlaksanaan GST.
  • Perlaksanaan cukai untuk talian prabayar yang telah lama ditunda.
  • Perlaksanaan saman AES.
  • Pengurangan subsidi petrol sebab dulu saya pernah terbaca artikel menyatakan bahawa kerajaan hanya memberi subsidi sebanyak 30sen seliter sedangkan kini subsidinya kira-kira 80sen seliter untuk RON95.
  • dan macam-macam lagi...
Dulu kata subsidi cuma 30sen seliter, kenapa kini lebih dari 30sen pula?

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.