Friday, 3 May 2013

Kempen PRU13 di Miri

Sejak hari penamaan calon pada 20/4/2013 yang lalu sehingga ke hari ini, saya cuma sempat menjejakkan kaki ke cermah politik dua kali sahaja. Itu pun saya sampai untuk mengambil gambar sahaja disebabkan sibuk dengan kerja harian.

Bagi saya siapa-siapa sahaja yang menang tetap sama sebab saya harus bekerja untuk menyara kehidupan saya. Kalau ada menifesto mana-mana parti politik yang mengatakan bahawa jika mereka menang rakyat tak perlu kerja dan semua kos sara hidup ditanggung sepenuhnya oleh mereka, saya pasti turun berkempen dengan sepenuh jiwa dan raga untuk mereka. Hahaha...

Gambar berikut menceritakan keadaan ceramah yang saya sempat lawati.
Ceramah pakatan rakyat pada 26/4/2013
Ceramah barisan nasional pada 3/5/2013

Jangan lupa keluar beramai-ramai untuk membuang undi pada 5/5/2013 nanti. Jika anda tanya siapa yang saya akan undi nanti, jawapan saya ialah "siapa yang menang, itu lah yang saya undi". Undi itu rahsia...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.