Bilakah kali terakhir anda menukar 'brake pad' kereta anda? 'Brake pad' sesebuah kereta mempunyai jangka hayat tertentu dan harus diganti jika perlu. Sejak kereta Perodua Kelisa saya dibeli pada tahun 2006 sehingga ke hari ini, saya telah menggantikan 'brake pad' hadapan sebanyak 3 kali.
'Brake pad' pertama ditukar bila kereta saya telah digunakan sejauh 50,000km. 'Brake pad' kedua pula ditukar setelah hanya berjalan sejauh 25,000km dan 'brake pad' yang ketiga pula diganti setelah 30,000km perjalanan. Secara purata, anda harus memeriksa serta menggantikan 'brake pad' setelah 20,000km perjalanan.
Harga sepasang 'brake pad' hadapan adalah bergantung kepada jenama serta kualiti dan biasanya dalam lingkungan RM25.00 ke RM35.00. Jika anda membeli alat ganti tulen Perodua, harganya di atas RM50.00.
Cara untuk menggantikan 'brake pad' hadapan adalah lebih mudah dan berikut merupakan langkah-langkan yang harus anda lakukan:-
|
Tanggalkan tayar hadapan kereta anda. |
|
Beginilah keadaan brake sebelum di buka. |
|
Tanggalkan ketiga-tiga klip sebelum menanggalkan pin. |
|
longgarkan 'brake pad' dengan pemutar skru. |
|
Gantikan 'brake pad yang baru dan masukkan klip serta pin. |
|
masukkan klip kedalam lubang pin. |
|
Klip kedua ialah untuk mengelakkan kilp pertama tertanggal. |
|
Dah siap, kilp pertama & kedua... |
|
Masukkan klip ketiga dari bahagian bawah dahulu. |
|
kemudian masukkan bahagian tengah & akhir sekali bahagian atas... |
|
Dah siap... |
Setelah 'brake pad' yang baru siap dipasang, pamkan pedal brake beberapa kali sehingga normal seperti sediakala (biasanya 3 - 5 kali dah cukup). Pasangkan kembali tayar kereta dan pada permulaan anda tidak digalakan membrek secara mengejut, sebaliknya pandu perlahan-lahan dan membrek secara perlahan-lahan sehingga anda yakin dan puas 'brake pad' yang baru berfungsi sepenuhnya.
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.