Friday 15 November 2013

PLASTI DIP

Sekali pandang pada botol penyembur 'Plasti Dip', ianya saling tak tumpah seperti penyembur cat biasa. 'Plasti Dip' merupakan sejenis cat getah dan ianya banyak digunakan pada bahagian-bahagian yang memerlukan cengkaman yang baik seperti pada pemegang pemutar skru serta spanar.

'Plasti dip' juga banyak digunakan sebagai cat kereta dan ianya boleh diwarnakan mengikut citarasa pengguna. Harga sebotol 'plasti dip' (400ml) yang berwarna ialah RM40.00 dan RM35.00 tanpa warna.
Plasti Dip - RM35.00 sebotol
Hari ini saya nak kongsikan penggunaan 'plasti dip' pada pemegang treadmill supaya ianya lebih selamat terutamanya ketika penggunanya telah berpeluh. Gambar di bawah menunjukkan imej sebelum & selepas 'plasti dip' di sembur pada pemegang treadmill.
Sebelum (Before)
Sebelum 'plasti dip' disembur, pastikan permukaan tersebut  dibersihkan sepenuhnya. Gambar di atas menunjukkan sebahagian daripada 'plasti dip' lama telah tanggal dan cengkamannya tidak memuaskan. Ini boleh mengakibatkan kemalangan yang tidak diingini ke atas penggunanya.

Gambar di bawah pula menunjukkan pemegang treadmill yang telah dibersihkan dan disembur dengan 'plasti dip'.  Selamat mencuba...
Selepas (After)


No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.