|
'Compressor' rosak... |
Kejadian
masalah penghawa dingin tidak sejuk yang berlaku pada awal bulan September tahun ini berakhir dengan kerosakan 'compressor' dan harus di ganti. Boleh dikatakan agak bernasib baik sebab 'warranty' untuk 'compressor' ialah selama 5 tahun tetapi kos penyelengaraan serta kos penghantaran kena bayar sendiri.
|
'warranty' 5 tahun tapi hanya tahun pertama sahaja 'FOC' |
Jika anda adalah pemilik produk SAMSUNG dan mengalami masalah, anda boleh membuat aduan ke toll free 1-800-88-9999 (Waktu pejabat 10am - 7pm). Laporan masalah penghawa dingin saya telah dibuat pada pagi hari isnin (11/11/2013) dan kontraktor yang dilantik mereka telah menghubungi saya pada sebelah petangnya. Pagi ini (12/11/2013) pemeriksaan ke atas penghawa dingin saya telah dibuat dan disahkan 'compressor'nya telah rosak.
Untuk makluman, penghawa dingin tersebut saya beli pada 6/6/2010 dan hanya beroperasi kira-kira 3 tahun sahaja. Dalam 3 tahun ini saya cuma menghidupkan penghawa dingin tersebut selama dua hingga 3 jam sahaja sehari. Bayangkan jika ia digunakan di pejabat dan beroperasi kira-kira 10 jam sehari, agaknya kurang setahun dah rosak.
Saya pernah memiliki penghawa dingin berjenama NATIONAL sebelum ini dan mampu berkhidmat lebih 10 tahun tanpa masalah sehingga saya berpindah ke rumah baru.
Say NO to samsung product!!!
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.