Sunday 24 November 2013

Masalah keyboard KORG X50

Masalah keyboard rakan saya ini telah saya baiki pada bulan lepas. Keyboard yang dimaksudkan berjenama KORG, model X50. Masalah yang dihadapi ialah kenyaringannya semakin hari semakin lemah. Ini disebabkan 'slide potentiometer' keybord tersebut telah gagal berfungsi dengan baik dan harus diganti.
KORG X50 keyboard

'slide potentiometer' yang telah rosak dan harus diganti...

bahagian belakang PCB, slide potentiometer telah ditanggalkan.

Beginilah keadaan 'slide potentiometer' setelah di bedah.



Sekiranya alat ganti yang baru belum diperolehi, anda boleh hitamkan bahagian dalam 'slide potentiometer' dengan carbon pensil untuk kegunaan sementara seperti pada gambar di atas.
Alat ganti yang baru (hadapan) & lama (belakang) - 10kΩ

Telah diganti dengan alat ganti yang baru..
Untuk makluman, alat ganti tersebut susah diperolehi di pasaran mahupun secara online. Di Malaysia, wakil jualan KORG ialah CK music Sdn Bhd. 'Slide potentiometer' tersebut saya perolehi dengan harga RM100.00 termasuk kos penghantaran ke Miri, Sarawak.

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.