Wednesday, 22 December 2021

SONY DVP-SR550K no disc repair

DVD berjenama SONY, model DVP-SR550K ini dirujuk bersama dengan amplifier berjenama marantz untuk dibaiki.

SONY DVP-SR550K player...

Masalah alat pemain DVD ini ialah gagal berfungsi dan memaparkan kod 'no disc' apabila saya uji sebelum dibuka untuk pemeriksaan.

Model: DVP-SR550K

Gambar di bawah menunjukkan keadaan di dalam alat pemain DVD setelah penutup dibuka dan benda pertama saya periksa ialah 'DVD lens'.

Setelah penutup dibuka...

Pemeriksaan dengan mata kasar mendapati banyak debu pada 'DVD lens' dan boleh dibersihkan dengan menggunakan 'cotton bud'.

Bersihkan 'DVD lens' dengan kapas...

Masalah 'no disc' selesai dan DVD berfungsi semula setelah 'DVD lens' dibersihkan seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

DVD ini telah saya sambungkan ke amplifier marantz SR7500 dan berfungsi tanpa masalah seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat mencuba...

Tuesday, 21 December 2021

Panasonic aircond motherboard repair

Minggu lepas saya telah dirujuk sebuah papan litar untuk 'indoor unit' penghawa dingin berjenama Panasonic dengan masalah kipas 'blower' gagal berfungsi.

Panasonic aircon PCB/mainboard/motherboard

Menurut pemilik, pada mulanya kipas boleh berpusing setelah ditolak dengan jari dan berakhir dengan gagal berfungsi walaupun telah ditolak dengan jari. Masalah sebegini pernah saya kongsikan sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini dan sini.

Kapasitor 1.5uF rosak...

Jika anda ada masalah sedemikian, kerosakkannnya ialah pada sebiji kapasitor yang disambung kepada kipas dan harus diganti. Kapasitor yang digunakan pada papan litar ini ialah 1.5uF.

Siap

Masalah kipas 'blower' gagal berfungsi ini selesai setelah kapasitor 1.5uF pada papan litar yang telah saya labelkan pada gambar di atas diganti dengan yang baharu.

Selamat mencuba...

Monday, 20 December 2021

LG 29FU1RLX-T1 CRT TV picture tube failure

Sebelum ini saya pernah dirujuk masalah TV CRT hampir serupa seperti ini dan anda boleh rujuk di sini, sini dan sini.

Layar kabur...

Masalah TV CRT ini ketika dirujuk kepada saya boleh ditonton pada klip video di bawah. Ianya boleh dihidupkan namun kabur.

Dari pengalaman lepas, masalah sedemikian adalah disebabkan kerosakkan pada 'picture tube socket'.

picture tube socket

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_cryptopicture tube s
picture tube socket

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto

Saya telah menukar 'picture tube socket' yang baharu namun masalah tetap sama. 

Saya juga telah menukarkan keseluruhan papan litar dari TV yang elok dan masalahnya juga tetap sama.

Kerosakkan TV ini ialah pada 'cathode ray tube' (CRT)/'picture tube'/senapang elektron dan tiada alat ganti CRT yang baharu di pasaran lagi serta gagal dibaiki.

Begini lah berakhirnya hikayat sebuah TV CRT...

Sunday, 19 December 2021

YORK aircon remote control repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman baharu membaiki alat kawalan jauh untuk kegunaan penghawa dingin berjenama YORK.

YORK aircon remote control...

Masalah alat kawalan jauh ini ketika dirujuk kepada saya ialah gagal berfungsi bila butang ditekan seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.


Saya cuba tekan satu per satu dan hanya butang 'reset' sahaja yang berfungsi setelah ditekan iaitu skrin padam dan kembali kepada paparan jam sahaja.

Setelah penutup belakang dibuka...

Gambar di atas dan di bawah menunjukkan keadaan di dalamnya setelah penutupnya dibuka dan ianya bersih tanpa masalah hakisan seperti yang sering berlaku jika ada kebocoran bateri.

Buka lagi...

Pemeriksaan dengan mata kasar mendapati sebiji perintang yang dilabel R2 tiada seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Perintang R2 hilang...

Saya juga tiada skematik untuk dirujuk dan tidak pasti apa nilai perintang yang digunakan pada R2.

bypass R2...

Memandangkan kesemua perintang yang ada pada papan litar dilabel 0 yang bermaksud 0Ω atau bertindak sebagai 'jumper', saya sambungkan R2 dengan sehelai dawai halus seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Tested - ok

Percaya atau tidak, alat kawalan jauh ini telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula setelah R2 saya sambungkan dengan wayar.

Jika tekan butang 'lock'...

Pada mulanya saya berpendapat keypad telah dikunci (lock) namun butang 'lock' juga tidak berfungsi ditekan sebelum dibaiki. 

Setelah dibaiki, jika butang 'lock' ditekan, simbol kunci terpapar pada skrin seperti boleh pada gambar di atas dan kesemua butang tidak berfugsi bila ditekan. Cara untuk membebaskan (relese) keypad yang telah dikunci ialah tekan butang 'lock' sekali lagi.


Selamat mencuba...

 

Saturday, 18 December 2021

PRN12 Sarawak

Dewan undangan negeri Sarawak ke-11 telah dibubarkan berkuat kuasa 3/11/2021. Pilihanraya harus berlangsung dalam 60 hari dari tarikh pembubaran untuk mengisi serta memilih wakil rakyat yang baharu.

Penamaan calon telah berlangsung pada 06/12/2021 dan calon diberi tempoh selama 12 hari untuk berkempen.

Proses membuang undi berlangsung hari ini, 18/12/2021 bermula seawal jam 7:30 pagi sehingga 5:00 petang.

Pengundi dinasihatkan supaya membuat pemeriksaan di laman web SPR sebelum turun mengundi bagi mengetahui lokasi membuang undi serta masa mengeluar mengundi yang digalakkan.


Dokumen terpenting sewaktu mengundi ialah kad pengenalan dan mematuhi SOP norma baharu iaitu perlu memakai pelitup muka (face mask), penjarakan sosial serta imbas mysejahtera.

Celup jari dengan pewarna...

Jari akan dicelup dengan pewarna seperti boleh dilihat pada gambar di atas sebelum dibenarkan membuang undi bagi mengelak dari membuang undi lebih daripada sekali.

Kertas undi...

Kertas undi adalah seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan semua dicetak dengan warna hitam sahaja. Pengundi cuma perlu pangkah di petak calon pilihan hati masing-masing. Undi dikira rosak jika memangkan lebih daripada satu.

Selepas dicuci dengan 'hand sanitizer'...

Selamat mencundi...

Friday, 17 December 2021

Dos penggalak vaksin CoVid-19 - Pfizer

Temujanji dos penggalak (booster dose) vaksin CoVid-19 melalui aplikasi mysejahtera beberapa hari lepas telah saya kongsikan di sini.

Comirnaty (BioNTech Pfizer)

Dua hari lepas pada 15/12/2021 jam 1:08pm, saya telah menerima suntikan dos penggalak dan seperti biasa, saya disuruh rehat selama 30 minit sebelum dibenarkan pulang. Simptom sama berulang ketika rehat iaitu tiba-tiba mata saya berair seperti menangis.

Booster dose - 15/12/2021


Hari berikutnya, simptom yang sama seperti ketika menerima dos ke-2 berulang dan telah saya kongsikan di sini iaitu:-

  1. Sakit seperti ditumbuk tempat dicucuk jarum
  2. Merasa haus dan minum banyak air
  3. Merasa demam namun suhu badan normal

Kali ini saya tidak ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebab suhu badan saya normal iaitu tidak melebihi 37°c walaupun merasa demam. Seperti dijangkakan, pagi ini semua kembali normal dan tidak merasa demam lagi.

Paparan pada aplikasi mysejahtera adalah seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di atas dan tidak menyatakan jenis vaksin yang diberikan.

Thursday, 16 December 2021

marantz SR7500 CHECK POW5 repair

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah amplifier berjenama Marantz, model SR7500 dengan masalah mengeluarkan kod 'CHECK POW5'.

marantz SR7500

Ketika saya mengujinya, ianya langsung tidak berfungsi apabila suis dihidupkan namun apabila saya laraskan pelaras di sebelah kiri, skrin indikator menyala dan memaparkan kod 'CHECK POW5' seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Paparan pada skrin padam setelah kod 'CHECK POW5' terhasil dan lampu merah standby pula menyala serta gagal dihidupkan semula.

Model no. SR7500

Merujuk kepada 'service manual', kod 'CHECK POW5' adalah disebabkan masalah bekalan 5v ke DATA DIR.

CHECK POW5

Setelah dibuka dan diperiksa pada bahagian PSU (power supply unit) saya dapati bacaan 5v sedikit kurang iaitu 4.9v sahaja.

CHECK POW5

Bekalan 5v dihasilkan dari sebiji voltage regulator berlabel KIA7805 dan setelah saya gantikannya dengan yang baharu, kini bacaannya tepat 5v namun masalah masih sama serta gagal berfungsi apabila diuji.

Gantikan KIA7805 voltage regulator...

Seterusnya saya cabut bekalan elektrik kepada bahagian 'amplifier module' dan tiada lagi kod 'CHECK POW5' apabila diuji. Jadi, masalahnya ialah pada papan litar 'amplifier module'.

Setelah penutup atas dibuka...

Pemeriksaan pada 'amplifier module' menggunakan multimeter mendapati dua biji transistor K434 seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah mengalami litar pintas pada terminal emitter dan collector.

transistor K434

Saya buka papan litar 'amplifier module' dan mendapati terminal base dan collector telah dipateri bersama seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

litar pintas pada terminal collector & emitter...

Apa yang saya lakukan ialah buang pateri lama dan pateri kedua-dua terminal tersebut secara berasingan seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Masalah kod 'CHECK POW5' selesai dan amplifier ini telah berjaya diselamatkan serta kembali berfungsi semula seperti boleh ditonton pada klip video di bawah setelah litar pintas pada kedua-dua biji transistor K434 telah saya betulkan.

Jika anda mempunyai masalah dengan 'setting', cara untuk 'reset' amplifier ini ialah dengan menekan butang 'PURE DIRECT', '7.1 CH INPUT' & 'CLEAR' serentak selama 3 saat seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Reset...

Selamat mencuba...

Wednesday, 15 December 2021

APX 218S subwoofer repair

Baru-baru ini saya dirujuk dua biji subwoofer model APX 218S dengan masalah gagal menghasilkan bunyi apabila disambung kepada amplifier.

APX 218S subwoofer

Pemeriksaan awal pada bahagian penyambung kabel di belakang subwoofer mendapati tiada keterusan dan mungkin disebabkan coil speaker telah rosak atau juga mungkin ada pendawaiaan yang tertanggal.

Model: APX 218S

Pemeriksaan awal setelah bahagian penyambung belakang dibuka mendapati tiada masalah pendawaiaan seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Setelah penyambung belakang dibuka...

Subwoofer ini dilengkapi dengan dua biji woofer 18 inci yang disambung secara selari seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Setelah penutup hadapan dibuka...

Setelah woofer dibuka, jelas kelihatan kabel berwarna merah telah tanggal seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Wayar merah putus...

Untuk pengetahuan semua, kabel berwarna merah tersebut telah rapuh dan putus apabila dibengkokkan seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Masalah wayar merah rapuh adalah disebabkan kualiti tembaga yang digunakan meragukan. Gambar di bawah menunjukkan keadaan wayar setelah penyalutnya saya belah.

Mungkin tembaga dicampur dengan aluminium...

Pemeriksaan pada woofer masih elok dan bacaan rintangannya ialah 8Ω. Kedua-dua speaker disambung selari dan ianya memerlukan amplifier 4Ω.

rating speaker - 8Ω

Subwoofer ini berjaya diselamatkan dan kembali berfungsi semula setelah kabel berwarna merah yang telah rapuh saya gantikan dengan yang baharu.


Selamat mencuba...