Friday, 25 October 2019

TeleBest 850HT Telephone Repair

Hari ini saya berpeluang mendapat pengalaman baru membaiki telefon yang berjenama TeleBest, Model: 850HT.
Jenama: TeleBest
Pemilik memberitahu saya telefon tersebut tidak berdering namun boleh digunakan untuk membuat panggilan keluar.
Model: 850HT
Apabila dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, kelihatan sebiji kapasitor dengan nilai 1000uF, 10v telah kembung dan saya tandakan pada gambar di bawah.
Setelah penutupnya dibuka...
Setelah diperiksa menyeluruh papan litar tersebut, tiada kerosakan komponen lain yang ditemui selain daripada sebiji kapasitor yang kembung sahaja.
Kapasitor yang kembung telah dikeluarkan...
Setelah saya tukar kapasitor tersebut dan diuji, telefon tersebut masih juga tidak berdering seperti yang diberitahu oleh pemiliknya sebelum ini.
Pastikan ganti dengan nilai yang sama...
Sesuatu yang pelik berlaku ketika diuji selain daripada tidak berdering ialah, pemanggil boleh mendengar deringan sebanyak dua kali dan selepas itu panggilan secara automatik disambung dengan tanpa mengangkat gangang telefon.
Kapasitor telah ditukar dengan yang baru...
Pemeriksaan seterusnya mendapati terdapat 'cold solder joint' pada kedua-dua transistor yang telah saya tandakan pada gambar di bawah.
Cold solder joint pada kedua-dua transistor (A42 & S9014)
Setelah 'cold solder joint' tersebut saya patri semula dan diuji, kini telefon tersebut kembali berdering dan masih boleh digunakan.
Siap & Tested - ok
Selamat mencuba...

Thursday, 24 October 2019

8W ballast repair

Setiap lampu kalimantang (fluorescent) mempunyai sebiji ballast dan kini ballast menggunakan papan litar atau juga dipanggil 'electrical ballast'.

Lampu dinding...
Hari ini saya dirujuk sebuah lampu kalimantang 8W dengan masalah ballast telah rosak dan gagal menyalakan lampu kalimantang tersebut.
Ballast 8W
Masalah yang saya hadapi ialah tiada alat ganti untuk ballast 8W di pasaran dan saya terpaksa cuba membaikinya.
Komponen yang rosak...
Banyak kerosakan pada ballast tersebut sebab tidak dilengkapi dengan fius. Gambar di bawah menunjukkan bahagian bawah papan litar yang telah putus dan saya sambung kembali.

Komponen yang rosak telah saya tandakan pada gambar di atas:-
  1. Sebiji kapasitor utama (4.7uF, 400V)
  2. 2 biji diod (1N4007)
  3. Sebiji perintang (2.2Ω)
  4. 2 biji NPN transistor (MJE13003) 
  5. Sebiji kapasitor polyester (2J332J - 3.3nF/3300pF)
Litar yang putus telah saya sambung...
Setelah kesemua komponen yang rosak di atas saya ganti dan diuji, ballast tersebut masih boleh digunakan walaupun telah mengalami kerosakkan yang teruk.
Siap...
Jika ballast tersebut gagal dibaiki, jalan terakhir ialah gantikan lampu dinding tersebut dengan yang baru.

Nasihat saya kepada pengguna ialah, pastikan anda beli lampu yang mudah serta murah untuk dibaiki jika mengalami kerosakan.
Tested - ok
Selamat mencuba...

Wednesday, 23 October 2019

SAMSUNG PS43E451 Plasma TV repair

TV Plasma sebegini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini dan di sini.
'Video in' tanggal...
Masalah TV plasma yang dirujuk kali ini ialah rosak terminal 'video in' dan terminal USB seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.
USB port juga rosak...
Kerosakan terminal 'video in' mudah dibaiki iaitu dengan mempateri bahagian yang terputus/tertanggal sahaja dan gambar di bawah menunjukkan terminal 'video in' telah siap dibaiki.
video in dah siap...
Bahagian yang paling susah dibaiki ialah terminal USB yang rosak sebab sangat halus dan harus di lakukan dengan berhati-hati agar litar tidak terputus atau rosak ketika mengeluarkannya.
USB port yang rosak,,,
Gambar di atas menunjukkan 'USB port' yang rosak telah saya keluarkan dari papan litar dan gambar di bawah pula merupakan 'USB port' yang ingin saya gunakan untuk membaikinya.
Ambil USB port dari computer rosak...

Pasang USB port yang baru...

Patri juga bahagian atas supaya kuat dan tidak bergerak...

Siap...
Setelah kedua-dua (video in dan usb port) yang rosak telah saya ganti dan diuji, ianya masih boleh digunakan semula.
Tested - ok
Selamat mencuba...

Tuesday, 22 October 2019

Baiki Lampu Kecemasan (Emergency Light Repair)

Lampu kecemasan seperti ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini.
Bateri rosak telah ditukar...
Masalah asalnya ialah tidak menyala apabila bekalan elektrik terputus dan bateri yang rosak telah saya ganti dengan yang baru. Namun setelah bateri ditukar, lampu kecemasan tersebut masih gagal berfungsi dengan menggunakan kuasa bateri.

Apabila saya menyentuh terminal -ve & +ve bateri tersebut dengan jari, lampu kecemasan tersebut boleh menyala semula. Lampu kecemasan tersebut cuma akan menyala selepas saya menyentuh dengan jari setiap kali diuji dengan membekal/memutuskan bekalan elektrik dan ianya tidak normal
Kapasitor 473J perlu diganti...
Pemeriksaan seterusnya menemui sebiji kapasitor yang dilabel 473J iaitu 47nF atau 0.047uF didapati rosak dan harus diganti seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.
26nF sahaja...
Setelah kapasitor tersebut diganti dan diuji, kini lampu kecemasan tersebut kembali berfungsi seperti biasa.
Tested - ok
Selamat mencuba...

Monday, 21 October 2019

Robot Coupe Blixer 3 Repair

Mesin pengisar berjenama Robot Coupe ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini.
AC relay
Hari ini saya dirujuk semula pengisar tersebut dengan masalah ianya kadang-kadang boleh berfungsi dan kadang-kadang tidak berfungsi. Bila saya uji, ianya langsung tidak berfungsi.
Buka skru yang telah saya tandakan...
Setelah saya buka penutup bahagian bawahnya dan periksa, saya dapati relay yang telah saya tandakan pada gambar di atas tidak mengalirkan arus elektrik.
Bahagian yang harus dibersihkan...
Setelah relay tersebut saya buka, kelihatan bahagian yang berfungsi sebagai suis telah terhakis dan berwarna hitam dan anda boleh melihatnya seperti pada gambar di atas.
Gosok dengan kertas pasir yang halus...
Untuk membersihkan terminal tersebut, anda hanya perlu guna kertas pasir halus dan gosok sehingga bersih berkilat seperti pada gambar di atas.
Pasang kembali...
Setelah berpuas hati, pasang kembali bahagian yang telah dibuka tadi. Pastikan ianya dipasang dengan sempurna seperti asal.
Siap...
Setelah diuji, pengisar tersebut kini kembali beroperasi seperti biasa.

Untuk pengetahuan semua, relay tersebut saya selengara untuk kegunaan sementara sahaja. Jika anda mempunyai masalah relay sedemikian, anda harus menukarnya dengan yang baru.
Tested - ok
Selamat mencuba...

Sunday, 20 October 2019

Ujian Darah (Blood Test)

Berapa kerap anda perlu melakukan ujian darah? Persoalan ini hanya boleh di jawab oleh doktor dan mengikut tahap kesihatan individu.

Secara amnya, jika laporan ujian darah kita elok dan tiada yang menunjukkan angka-angka yang lebih atau kurang daripada julat yang ditetapkan, kita boleh ulangi ujian darah setiap lima tahun untuk rujukan peribadi.

Kali terakhir saya menjalani ujian darah ialah pada tahun 2014 dan kesemua angka-angka berada di dalam lingkungan julat yang telah ditetapkan namun tahap LDL cholesterol saya tidak pernah lulus dan anda boleh melihatnya pada gambar di atas iaitu 2.69mmol/L dan julat yang ditentukan harus kurang daripada 2.58mmol/L.

Walau bagaimanapun jumlah kolesterol (total cholesterol) saya masih lagi berada di dalam julat yang ditentukan iaitu di bawah 5.2mmol/L dan laporan saya menunjukkan 4.7mmol/L.

Sebenarnya beberapa bulan yang lalu saya dapati bahawa degupan jantung saya kadang-kadang terlalu laju dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Jadi sebelum menjalani ujian darah, saya telah mula bersenam iaitu mulai bulan ogos 2019. Setelah lebih 2 bulan bersenam baru lah saya membuat ujian darah kerana takut laporan ujian darah tidak elok.

Jadi jika anda tanya saya bagaimana untuk mendapatkan laporan ujian darah yang elok seperti saya di atas, jawapan saya ialah jalani kehidupan yang sihat dengan bersenam sekurang-kurangnya 3 hingga 4 kali seminggu dan setiap sesi selama sejam.

Kata orang mencegah adalah lebih baik daripada merawat (prevention is better than cure), jadi ujian darah boleh dijadikan panduan untuk mengetahui masalah kesihatan individu dan merawat di peringkat awal jika perlu.

Saturday, 19 October 2019

ABB Hotel Key Card Switch (Hotel energy saving switch) repair

Hari ini saya dirujuk satu suis yang digunakan pada bilik hotel yang berjenama ABB dengan masalah lampu LED berwarna kuning/oren tidak menyala.

Key Card Switch/Holder

Fungsi suis tersebut ialah untuk menghidupkan semua bekalan elektrik kepada bilik hotel apabila kad dimasukkan ke dalamnya dan mampu menangani arus elektrik sehingga 16A.

Buka penutup luar...

Anda boleh melihat gambar-gambar di atas dan di bawah untuk cara-cara membukanya.

Buka pemegang card...

Keluarkan keseluruhan suis...

Buka bahagian papan litar...

Setelah papan litarnya dikeluarkan dan diperiksa menyeluruh, saya hanya menjumpai satu perintang yang berwarna kuning/oren/coklat/emas didapati putus dan telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Perintang putus...

Nilai perintang dengan warna kuning/oren/coklat/emas ialah 430Ω, namun saya tidak menjumpainya di kedai eletronik dan nilai terdekat yang ada di pasaran ialah 470Ω. Penjual juga memberitahu saya bahawa sepanjang pengalaman beliau membaiki serta menjual perintang, beliau belum pernah menjumpai perintang dengan nilai 430Ω.

Kuning, Oren, Choklat, Gold = 430Ω

Jadi untuk kepastian, saya buka satu suis yang baru dan apabila saya mengukur perintang tersebut, nilainya ialah 67.4kΩ seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Perintang tersebut juga berwarna kuning/oren/coklat/emas.

lebih kurang 68Ω...

Pelik tapi benar, walaupun perintang dengan warna kuning/oren/coklat/emas mempunyai nilai 430Ω tetapi bila diukur dengan multimeter nilainya ialah 67.4kΩ.

Biru, kelabu, oren, gold = 68kΩ

Jadi dipendekkan cerita saya beli perintang 68kΩ (Biru/Kelabu/Oren/emas) dan setelah di pasang serta diuji, lampu LED tersebut kini kembali menyala.

Pasang perintang 68kΩ

Persoalan yang tidak mampu saya jawab ialah kenapa nilai perintang yang rosak itu tidak sepadan dengan warnanya? 430Ω dan 68000Ω (68kΩ) itu sangat jauh bezanya...

Testing

Berhati-hati ketika menukar komponen yang rosak, rujuk kepada schematic (jika ada) atau periksa pada komponen yang elok untuk kepastian.

Tested - ok

Pembetulan pada 02/11/2019, saya sekali lagi dirujuk benda yang sama dan perintang yang digunakan di atas ialah berwarna "Biru, oren, oren" iaitu 63kΩ dan bukannya "kuning, oren, coklat" seperti dinyatakan di atas. Saya tidak pasti kenapa warna yang dilabelkan di atas ialah "kuning, oren, coklat". Itu pun tiada nilai perintang 63kΩ dan nilai yang paling dekat ialah 68kΩ. Jadi pilihan saya di atas adalah tepat.

Selamat mencuba...