Showing posts sorted by date for query tp-8085. Sort by relevance Show all posts
Showing posts sorted by date for query tp-8085. Sort by relevance Show all posts

Friday, 28 January 2022

Jangan tukar ganggang telefon

Sebelum ini saya pernah dirujuk telefon berjenama TelPhone, Model: TP-8085 seperti ini dan anda boleh rujuk di sini.

TelPhone TP-8085

Hari ini saya dirujuk sebuah lagi telefon serupa/sama dengan masalah telefon boleh berdering apabila ada panggilan masuk namun apabila ganggang telefon diangkat, tiada suara kedengaran.

Bukan ganggang telefon asal...

Pemeriksaan awal mendapati ganggang telefon digunakan bukan ganggang asal dan tidak rapat apabila diletak kembali seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Sambungan mic & speaker terbalik...

Apabila saya tukar dengan ganggang telefon lain, ianya boleh berfungsi dan setelah saya buka dan bandingkan pendawaiaan di dalam ganggang telefon, saya dapati sambungan mikrofon dan speaker terbalik seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Potong & tukar sambungan speaker/mic...

Masalah telah ditemui dan apa yang saya lakukan ialah potong serta tukar sambungan mikrofon dengan speaker seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

Siap...

Kesimpulan dari penemuan di atas ialah, jangan tukar (swap) ganggang telefon sebab tidak semua pendawaiaan telefon adalah sama.

Selamat mencuba...

Monday, 28 June 2021

TelPhone TP-8085 telephone repair

Sebelum ini saya pernah membaiki telefon sebegini dan anda boleh rujuk di sini, sini, sini dan sini.

Jenama: Telphone

Sebelum dibuka, saya uji telefon tersebut dan ianya boleh berdering namun setelah ganggang di angkat tiada sebarang suara/bunyi kedengaran dari speaker.

Model: TP-8085

Setelah dibuka dan diuji semula, masalahnya ialah seperti boleh ditonton pada klip video di bawah iaitu langsung tidak berfungsi walaupun suisnya telah saya tekan atau dilepaskan.


Pemeriksaan dengan mata kasar pada papan litar hanya menemui satu jumper yang berlabel J6 kelihatan berkarat dan telah saya labelkan pada gambar di bawah.

Jumper J6 berkarat...

Apabila saya cuba pastikan sambungan jumper J6 tersebut, ianya putus seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

J6 putus...

Telefon ini telah berjaya diselamatkan dengan hanya menukarkan jumper yang berlabel J6 dan ianya masih boleh digunakan semula.

Gantikan jumper baharu...

Selamat mencuba...

Tuesday, 24 March 2020

TelPhone TP-8085 telephone repair

Telefon seperti ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini dan sini.
TelPhone TP-8085
Nota yang dilekat pada telefon seperti boleh dilihat pada gambar di atas merupakan mesej kerosakkan yang pemilik ingin sampaikan kepada saya. Namun setelah saya uji telefon tersebut, masalahnya ialah tidak berdering ketika ada panggilan.
Kapasitor bocor...
Setelah dibuka dan diperiksa, saya menemui kerosakkan pada sebiji kapasitor seperti yang telah saya tandakan pada gambar di atas.
Kapasitor yang elok...
Terdapat dua biji kapasitor 2.2uF, 250v dan hanya sebiji sahaja yang didapati rosak. Gambar di atas dan di bawah merupakan bacaan yang saya dapat bila diperiksa menggunakan multimeter pada kedua-dua kapasitor tersebut.
Kapasitor yang bocor (OL - over limit)
Kapasitor yang menunjukkan bacaan OL merupakan kapasitor yang rosak dan harus diganti.
Gantikan kapasitor yang baru...
Ketika menukar kapasitor yang baru, pastikan terminal positif (+ve) dan terminal negatif (-ve) tidak disambung terbalik.
Siap...
Setelah siap menukar kapasitor yang rosak dan diuji, kini telefon tersebut boleh berdering semula bila ada panggilan dan ianya telah berjaya dibaiki serta masih boleh digunakan.
Tested - ok
Selamat mencuba...

Saturday, 22 February 2020

TelPhone TP-8085 telephone repair

Telefon berjenama TelPhone pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini.
Jenama: TelPhone
Model telefon yang dirujuk kali ini ialah TP-8085 dengan masalah tidak berfungsi apabila ganggang telefon diangkat.
Model: TP-8085
Gambar di bawah menunjukkan bahagian dalam setelah penutup bawahnya dibuka.
Setelah penutup bawah dibuka...
Tiada komponen yang rosak dijumpai namun saya dapati suis pada ganggang telefon tidak bebas bergerak bila ditekan. Suis tersebut berwarna biru telah saya tandakan pada gambar di atas dan dibawah.
Suis ganggang telefon tidak bebas bergerak...
Masalah yang biasa dihadapi ialah tiada alat ganti untuk telefon termasuk suisnya disebabkan jarang atau mungkin tiada yang membaikinya.
Buka suis ganggang telefon...
Saya buka suis tersebut seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah dan mendapati ianya berkarat (berwarna hijau).
Buka lagi...
Saya bersihkannya dengan menggunakan 'contact cleaner' dan sapu sedikit minyak gris untuk mengelak daripada karat berulang.
Bersihkan dan buang karat tembaga bewarana hijau...
Setelah siap dibersihkan dan dipasang kembali serta diuji, telefon tersebut kini kembali mengeluarkan suara apabila ganggangnya di angkat dan masih boleh digunakan.
Siap..
Majoriti masalah telefon seperti ini boleh dibaiki kecuali jika ianya disambar petir.
Tested - ok
Selamat mencuba.