Friday 5 July 2024

Auto Update Error (1.65)

Hari ini saya kongsikan penemuan baru berkaitan dengan 'auto update' pada dekoder astro. Sehingga ke hari ini saya masih belum pernah berjaya membaiki dekoder astro dengan masalah sedemikian.

Dekoder ini dirujuk kepada saya dengan masalah gagal dihidupkan namun setelah dibaiki saya dapati versi software telah lama tidak dikemaskini seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Cara mengemaskini software secara manual boleh dirujuk di sini.

Masalah yang dihadapi kali ini ialah proses 'auto update' gagal dan berakhir dengan 'update error' namun setelah dibiarkan, ianya kembali semula pada 'boot' ke-3 dan boleh menonton siaran.

Tiada layar...

Masalah seterusnya pula ialah siaran sering terganggu dengan kod (76) dan (V6) terpapar pada layar seperti boleh dilihat pada dua gambar di bawah.

(76)

Proses 'auto update' akan berulang-ulang dan berakhir dengan 'update error' juga setelah dibiarkan pada keadaan standby.

(V6)

Dalam masa yang sama, saya juga dapati versi dekoder yang terpapar pada layar berbeza dengan yang saya temui selama ini iaitu 1.79 seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

1.65

Sebelum ini saya juga pernah dirujuk masalah sama dengan versi dekoder 1.65 dan anda boleh rujuk di sini.

Kesimpulan saya dari pengalaman kali ini ialah ianya bukan masalah dekoder tetapi masalah versi dekoder lama (1.65) yang tidak dapat dikemaskini.

Menurut pemilik, dekodernya telah lama rosak namun setelah saya baiki, ianya boleh menerima siaran tetapi ada gangguan siaran sebab versi dekoder berbeza serta gagal dikemaskini.

Saya tidak pasti kenapa versi dekoder gagal dikemaskini namun yang pasti versi terbaru kini ialah 1.79 dan bukannya 1.65. Kemungkinan juga pihak astro telah tamatkan sokongan kepada dekoder versi 1.65.

Klip video di atas adalah paparan pada dekoder jika proses kemaskini telah selesai dan gambar di bawah pula ialah versi software terkini (1.79) astro setakat ini.

1.79

Selamat berDIY...

Tuesday 2 July 2024

Cara dapatkan pengecas dari bekas vape

Zaman telah berubah dan ramai perokok kini telah beralih kepada rokok elektronik atau vape atas faktor kos sebab rokok konvensional sangat mahal berikutan cukai yang dikenakan oleh kerajaan kita sangat tinggi.

Sewaktu zaman kanak-kanak tahun 80an, saya sering disuruh oleh ayah membelikan rokok dan jika tidak silap harganya cuma RM1.50 untuk sebungkus yang mengandungi 20 batang rokok putih.

Trend terbaru kini ialah penggunaan vape pakai buang (disposable vape) dan sering saya temui sewaktu berjogging. Saya akan kutip untuk menambahkan ilmu pengetahuan sebab ianya mempunyai komponen elektronik.

Saya tidak pasti kenapa ianya dibuang namun yang pasti ianya rosak. Setelah dibuka dan diperiksa ianya hanya mengandungi 3 komponen elektronik sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Dua benda yang sering rosak ditemui ialah bateri dan module pengecas. Setakat ini saya belum menemui elemen pemanas (heater) yang rosak. Majority ditemui mengalami kerosakkan bateri.

Tahukah anda bahawa module pengecas pada vape boleh digunakan untuk mengecas bateri lithium? Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di atas.

Selamat berDIY...