Pada 20/06/2024 lepas, rumah teres tidak jauh dari tempat kediaman saya telah dijilat api.
Kejadian berlaku sewaktu menghampiri tengahari dan saya hanya mengetahuinya kira-kira pukul 12:30pm.
Sebelum menyedari kebakaran tersebut, saya ada mendengar bunyi siren kereta lalu di depan rumah namun mengabaikannya.
Setelah mendengar seperti ada kekecohan di luar rumah baru lah saya menjenguk keluar jandela dan memang ramai orang berada di jalan raya sedang memandang ke sebelah kiri.
Setelah keluar dari rumah baru lah saya tahu ada kebakaran seperti boleh ditonton pada klip video pertama di atas.
Sesuatu yang pelik kelihatan ialah asap hitam berkepul-kepul ke udara seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.
Saya seperti orang ramai yang berada di situ cuma mampu menyaksikan sahaja kebakaran serta mengambil gambar atau klip video tanpa menganggu pihak bomba membuat kerja pemadaman.
Untuk pengetahuan semua, pada pagi hari berikutnya saya dapati masih ada asap keluar dari rumah yang hangus dan telah menghubungi pihak bomba untuk tindakan lanjut.
Pada masa yang sama, saya cuba memeriksa pula bahagian belakang rumah yang dijilat api dan gambar di atas serta di bawah adalah keadaan laluannya.
Selain laluan yang terhalang, saya juga dapati ubahsuai telah dilakukan pada keseluruhan bahagian belakang rumah dan ditutup rapat sehingga dinding pagar seperti boleh dilihat pada gambar-gambar di bawah.
Rumah teres sepatutnya mempunyai sebuah pintu keluar ke laluan belakang dan ianya wajib ada untuk kelulusan plan oleh bomba sebelum OP dikeluarkan.
Ketika bomba melakukan pemadaman, saya dapati sesuatu yang pelik kelihatan dari jauh di dalam rumah yang telah hangus seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Persoalan hari sebelumnya berkaitan asap hitam akhirnya terjawab. Kedua-dua rumah yang ranap dijilat api rupa-rupanya adalah stor dan banyak bekas plastik.
Bahagian belakang kedua-dua rumah tersebut juga bersambung dan hanya dihubungkan dengan sebuah pintu seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Tiada kemalangan jiwa dan semoga mangsa mendapat pampasan sewajarnya dari syarikat insuran jika ada diinsurankan.
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.