Wednesday 5 June 2024

Cukai Taksiran/Assessment Rates

Jika anda memiliki rumah sendiri, anda dikehendaki membayar cukai taksiran kepada majlis pembandaran/daerah/bandaraya setiap tahun.

Cukai Taksiran/Assessment Rates

Cukai taksiran ialah kos untuk elektrik lampu jalan, potong rumput, buang sampah dan sebagainya yang dilakukan oleh majlis daerah/pembandaran/bandaraya di kediaman masing-masing.

2023 - RM340.80 (23.50%)

Bil cukai taksiran akan dihantar kepada pemilik rumah pada awal tahun dan diberi kemudahan untuk dibayar dua kali setahun dan tarikh akhirnya ialah pada 31hb May & 30hb November.

2024 - RM348.00 (24%)

Sejak tahun 2023 pihak MBM (Majlis Bandaraya Miri) tidak lagi menghantar bil kepada pemilk rumah dan dalam masa yang sama meminta agar mendaftar bil secara elektronik melalui SarawakID seperti tercatat pada gambar bil di atas.

Terima e-mail tapi tiada bil...

Saya telah mendaftar di SarawakID sejak tahun lepas (2023) dan apa yang saya terima cuma e-mail seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di atas tanpa sebarang bil disertakan.

Lama dah 'subscribe' namun tiada bil...

Dalam masa yang saya juga telah mendaftar di SarawakPay namun tiada sebarang bil kelihatan. Hanya bil air (LAKU) dan bil elektrik sahaja muncul pada SarawakPay seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di bawah.

Bil air & bil elektrik sahaja...

Tujuan saya perlukan bil ialah untuk mengetahui jumlah yang perlu dibayar sebab kadarnya berbeza jika ada perubahan seperti boleh dilihat pada gambar ke-2 (2023) & ke-3 (2024) di atas.

Tahun lepas (2023) saya terpaksa ke pejabat MBM untuk mendapatkan bil bagi mengetahui jumlah perlu dibayar sebelum membuat bayaran. Begitu juga halnya tahun ini.

Berbaris tunggu giliran di UTC...  

Saya yakin ramai yang terlupa bayar sebab tidak lagi menerima bil tahunan dan bakal dikenakan denda akibat terlewat membayar.

Paid...

Mungkin pihak MBM tidak memerlukan dana dari cukai taksiran lagi dan semoga satu hari nanti akan dimansuhkan seperti cukai tanah (quit rent) beberapa tahun lalu.

Jika saya masih juga tidak menerima bil cukai taksiran tahun hadapan, saya bertekad buat-buat tidak tahu, terlupa atau dilupakan...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.