Wednesday 26 June 2024

Baiki kereta elektrik kanak-kanak

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah kereta elektrik kanak-kanak seperti boleh dilihat pada gambar di bawah minta untuk dibaiki.

Luaran nampak elok lagi...

Menurut pemilik, ianya telah dirujuk kepada beberapa juruteknik lain sebelumnya namun tiada yang berminat mencuba.

Setelah kerusi dibuka...

Menurut pemilik lagi, ianya masih lagi berfungsi sebelum terbelangkalai di stor sebab anak dah besar.

Hampir semua wayar putus digigit tikus...

Setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, masalah utama ialah majoriti pendawaiaan telah putus digigit tikus seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

Lagi wayar digigit tikus...

Kini saya faham kenapa tiada yang berminat mencuba sebab wayar yang putus digigit tikus banyak telah hilang sebab dibuang oleh tuannya.

Motor controller...

Jadi tugas pertama saya ialah sambungkan kesemua wayar dahulu berdasarkan warna serta saiz wayar.

Semua telah berfungsi...

Setelah wayar utama dari 'motor controller' ke dashboard siap disambung serta diuji, apa yang saya dapat boleh ditonton pada klip video di bawah.

Pemilik ada berpesan jika boleh dibaiki, dia minta cat rangka luar agar tidak kelihatan lusuh sebab lapisan luarnya telah rapuh.

Dah terburai...

Jadi, saya buka kesemua yang boleh dibuka sehingga tinggal rangka sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Cat warna kelabu...

Saya bersihkan keseluruhan rangka dan gosok dengan kertas pasir lapisan luar sebelum disembur cat.

Restored...

Setelah proses mengecat siap dan dipasang kembali, tugas yang belum disiapkan ialah membuat sambungan terminal untuk pengecas. Kereta ini dilengkapi dengan dua biji bateri 6v yang disambung selari.

Soket pengecas...

Gambar di atas ialah sambungan pengecas yang tinggal dan ianya mempunyai 3 wayar iaitu merah, hitam dan kuning. Cara menyambungnya ialah:-

  • Wayar merah disambung terus ke terminal positif bateri
  • Wayar kuning disambung ke 'ground' pada 'motor controller'
  • Wayar hitam disambung ke wayar negative ke dashboard 

Untuk pengetahuan semua, sambungan sedemikian sangat selamat dan kereta tidak berfungsi sewaktu disambung kepada pengecas sebab wayar hitam akan putus dari litar.

Dashboard hanya akan berfungsi bila pengecas telah ditanggalkan dari sambungan pengecas.

Siap...

Klip video di bawah saya rakam setelah kesemuanya telah siap saya baiki dan ianya kembali berfungsi semula.

Selamat berDIY...

Sunday 23 June 2024

KSF-B285NS astro decoder repair

Sebelum ini saya pernah dirujuk dekoder model ini dan anda boleh rujuk di sini.

Astro njoi KSF-N285NS

Hari ini saya dirujuk sebuah lagi dekoder serupa dengan masalah seperti boleh dilihat pada gambar di atas iaitu semua lampu indikator menyala setelah dibekalkan arus elektrik.

Model: KSF-285NS

Dekoder yang elok akan bermula dengan memaparkan perkataan 'boot' pada indikator bila dibekalkan arus elektrik.

2 biji kapasitor kembung...

Setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, dua biji kapasitor telah kembung ditemui seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Gantikan kapasitor baharu...

Kapasitor yang kembung harus ditukar tanpa perlu melakukan sebarang pemeriksaan. Nilai kedua-dua kapasitor tersebut ialah 470uf, 10v.

Kapasitor rosak - high ESR

Masalah selesai dengan hanya menukarkan dua biji kapasitor sahaja dan dekoder ini kembali berfungsi semula bila diuji.

Tested - ok

Selamat mencuba...

Thursday 20 June 2024

Bersara awal (Early retirement)

Hari ini genap setahun saya telah bersara awal di usia 51 tahun dan tarikh terakhir saya bekerja ialah pada 19/06/2023.

Saya mula bekerja setelah tamat pendidikan sekolah menengah tingkatan 6 atas pada tahun 1991 dan berusia 19 tahun.

Kerja pertama saya ialah sebagai guru sandaran sementara menunggu keputusan ujian STPM.

Selepas setahun berkhidmat sebagai guru sandaran saya beralih ke perkhidmatan perbankan bermula sebagai juruwang (cashier) di sebuah syarikat kewangan, Hock Thai Finance Corpn Bhd.

Saya berkhidmat selama 12 tahun sebagai 'banker' dan pada tahun 2004 saya berkhidmat di pusat dialisis bulan sabit merah bermula sebagai pegawai kebajikan selama 6 tahun.

Seterusnya saya berkhidmat di sektor perhotelan mulai 2010 sehingga bersara pada tahun lepas, Jun 2023.

Kehidupan sebagai pesara tidak jauh bezanya dengan sewaktu bekerja, cuma rutin harian kini sangat bebas tanpa sebarang tekanan dan boleh buat apa sahaja yang diingini.

Kerja sambilan yang saya buat sekarang ialah membaiki barangan elektronik/elektrik sebagai hobi dan saya lebih tumpukan kepada membaiki dekoder astro NJOI.

Antara peralatan elektrik yang biasa dirujuk untuk dibaiki ialah seperti penyedut hampagas (vacuum cleaner), oven, microwave, sistem suara (sound system), pengisar, mesin basuh, radio, kipas angin, cerek elektrik, alat kawalan jauh (remote control) serta banyak lagi.

Saya juga boleh membaiki TV namun masalah yang sering dihadapi ialah susah mendapatkan alat ganti terutamanya module papan litar berikutan pengilang hanya membekalkan alat ganti kepada agen yang dilantik oleh mereka sahaja. Jadi kebarangkalian TV berjaya saya baiki sangat rendah.

Semua perkongsian membaiki peralatan elektrik/elektronik yang ada pada blog saya adalah hasil daripada pengalaman sendiri.

Suatu hari kelak saya akan bersara sepenuhnya bila kesihatan tidak mengizinkan terutamanya masalah pengelihatan sebab komponen elektronik kini semakin kecil serta sangat halus.

Sudahkah anda bersedia untuk bersara? Usia persaraan wajib di negara kita buat masa ini ialah 60 tahun dan telah ada ura-ura mengatakan akan dinaikkan ke 65 tahun. Pernahkan anda terfikir untuk bersara awal?

Pastikan anda ada simpanan yang mencukupi atau ada pendapatan pasif setelah bersara agar tidak berhadapan dengan masalah kewangan. Berapakah simpanan yang kita harus ada untuk bersara dengan selesa sehingga ke hujung nyawa?

Renung-renungkan...

Monday 17 June 2024

Litar pintas dekoder Astro SZ1010C

Sebelum ini saya pernah kongsikan pengalaman membaiki dekoder serupa dengan masalah serupa dan anda boleh rujuk di sini.


Pemilik cuma memberitahu ianya gagal dihidupkan dan ketika saya uji, lampu indikator pada adapter padam apabila disambung kepada dekoder seperti boleh ditonton pada klip video di atas dan ini memberitahu saya ada litar pintas.

Masalah sedemikian biasanya akibat disambar petir atau kadang-kadang disebabkan pemilik menggunakan adapter TV yang voltannya 19v.

Litar pintas pada Schottky diode SS24

Litar pintas berlaku pada sebiji diod seperti telah saya tandakan pada gambar di atas. Walaupun masalah sama pada dekoder model yang sama namun komponen yang rosak berbeza berbanding pengalaman lepas.

SS24 Schottky diode (2A, 40v)

Nombor rujukan diod tersebut ialah SS24 dan ianya merupakan schottky diode dengan rating 2A, 40v.

Gantikan Schottky diode yang baru...

Dekoder ini berjaya diselamatkan dengan menggantikan sebiji Schottky diode sahaja dan ianya kembali berfungsi semula.

Tested - ok

Selamat berDIY...

Friday 14 June 2024

Access Card Reader repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman dirujuk 'access card reader' yang digunakan pada pusat penginapan (hotel) dengan masalah gagal membaca kad untuk membuka pintu.

Access Card Reader...

Sebelum ini saya juga pernah dirujuk 'room door card reader' untuk dibaiki dan anda boleh rujuk di sini.

 

Pemeriksaan pada 'card reader' ini mendapati sebiji 'tact switch' gagal berfungsi setelah kad dimasukkan seperti boleh ditonton pada klip video di atas.

Suis rosak...

Setelah saya buka 'tact swith' tersebut dan dibandingkan dengan suis yang baharu, kerosakkannya ialah butang suis telah koyak seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Perbezaan suis elok & rosak...

Butang suis yang telah koyak gagal berfungsi sebab kad yang dimasukkan ke 'card reader' gagal menekan butang suis.

Siap...

Klip video di bawah saya rakam setelah 'tact switch' telah saya gantikan dengan yang baharu dan kad yang dimasukkan kini boleh menekan butang suis serta menghasilkan bunyi 'tact'.

'Access Card Reader' ini berjaya diselamatkan dengan menggantikan sebiji 'tact switch' sahaja.

Selamat berDIY...

Tuesday 11 June 2024

爱情的故事 - 方季惟

 

Intro: C Am Em Dm Am Dm - G F C


   C                       Am  C   Am

是什么样的感觉我不懂

                                        G   Dm
只是一路上我们都在沉默

            Am  C
其实我不要 太多的承诺

       Dm    D/F#    G
只要你 能说声爱我

     C                          Am       C   Am
藏在你的天空 握住她的温柔

                                      G   Dm
我的泪水始终没有停过

              Am  C
我可以给你 无尽的等候

      Dm          G                C
取代你的融化些许的冷漠

 

Chorus

Am                  C
喔~ 爱情的故事对我

         Dm    Bb       G
就像一场 空白等候

F                Em      Am
喔~ 爱情故事对我

        Dm   D7    Gsus4   G
就像一场没有开始的梦


   C                      Am  C   Am
是什么样的感觉我不懂

                                          G   Dm
只是一路上我们都在沉默

         Am   C               Em
其实我不要太多的承诺

         Dm      G      C
只要你能说声爱我

 

 * C Em F G C *

 

Dm          Am  C
其实我不要太多的承诺

        Dm    G        C
只要你能说声爱我

 

* F Dm G C * 

Saturday 8 June 2024

Dekoder Astro padam bila dapat siaran

Hari ini saya kongsikan satu pengalaman baru dirujuk dekoder astro model DS830NA dengan masalah seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Dekoder akan padam setiap kali mendapat siaran. Pemeriksaan awal pada papan litar mendapati 1.2v tersangat rendah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Bacaan 1.2v sangat rendah...

Setelah saya gantikan kapasitor yang membekalkan 1.2v iaitu C2910, masalah tetap sama. Seterusnya saya cuba gantikan kapasitor berdekatan iaitu C2904 (470uf, 16v) dan masalah selesai.

Gantikan kapasitor C2904...

Setelah dekoder diuji tanpa sebarang masalah lagi, saya gantikan kembali kapasitor asal C2910 dan ianya juga berfungsi tanpa masalah. Jadi masalahnya ialah pada kapasitor C2904 dan bukannya C2910.

Kapasitor C2904 telah diganti...

Saya tidak menemui sebarang masalah pada kapasitor C2904 yang telah diganti dengan menggunakan multimeter mahupun meter ESR namun kenapa bermasalah bila dipasang kepada papan litar?

60°C

Kemungkinan kapasitor hanya akan bermasalah apabila telah panas. Suhu heatsink pada dekoder dalam keadaan standby ialah kira-kira 50°C, mencecah 60°C sewaktu menonton siaran dan boleh mencecah hampir 70°C jika dalam keadaan tertutup.


Kadang-kadang kita tidak menemui punca kerosakkan dan terpaksa menggunakan kaedah cuba jaya (trial and error) seperti di atas.

Selamat berDIY...

Wednesday 5 June 2024

Cukai Taksiran/Assessment Rates

Jika anda memiliki rumah sendiri, anda dikehendaki membayar cukai taksiran kepada majlis pembandaran/daerah/bandaraya setiap tahun.

Cukai Taksiran/Assessment Rates

Cukai taksiran ialah kos untuk elektrik lampu jalan, potong rumput, buang sampah dan sebagainya yang dilakukan oleh majlis daerah/pembandaran/bandaraya di kediaman masing-masing.

2023 - RM340.80 (23.50%)

Bil cukai taksiran akan dihantar kepada pemilik rumah pada awal tahun dan diberi kemudahan untuk dibayar dua kali setahun dan tarikh akhirnya ialah pada 31hb May & 30hb November.

2024 - RM348.00 (24%)

Sejak tahun 2023 pihak MBM (Majlis Bandaraya Miri) tidak lagi menghantar bil kepada pemilk rumah dan dalam masa yang sama meminta agar mendaftar bil secara elektronik melalui SarawakID seperti tercatat pada gambar bil di atas.

Terima e-mail tapi tiada bil...

Saya telah mendaftar di SarawakID sejak tahun lepas (2023) dan apa yang saya terima cuma e-mail seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di atas tanpa sebarang bil disertakan.

Lama dah 'subscribe' namun tiada bil...

Dalam masa yang saya juga telah mendaftar di SarawakPay namun tiada sebarang bil kelihatan. Hanya bil air (LAKU) dan bil elektrik sahaja muncul pada SarawakPay seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di bawah.

Bil air & bil elektrik sahaja...

Tujuan saya perlukan bil ialah untuk mengetahui jumlah yang perlu dibayar sebab kadarnya berbeza jika ada perubahan seperti boleh dilihat pada gambar ke-2 (2023) & ke-3 (2024) di atas.

Tahun lepas (2023) saya terpaksa ke pejabat MBM untuk mendapatkan bil bagi mengetahui jumlah perlu dibayar sebelum membuat bayaran. Begitu juga halnya tahun ini.

Berbaris tunggu giliran di UTC...  

Saya yakin ramai yang terlupa bayar sebab tidak lagi menerima bil tahunan dan bakal dikenakan denda akibat terlewat membayar.

Paid...

Mungkin pihak MBM tidak memerlukan dana dari cukai taksiran lagi dan semoga satu hari nanti akan dimansuhkan seperti cukai tanah (quit rent) beberapa tahun lalu.

Jika saya masih juga tidak menerima bil cukai taksiran tahun hadapan, saya bertekad buat-buat tidak tahu, terlupa atau dilupakan...

Sunday 2 June 2024

E2 on disposable vape (battery faulty)

Sebelum ini saya pernah kongsikan pengalaman membaiki berkaitan dengan vape dan anda boleh rujuk di sini.

Jumpa vape terburai...

Baru-baru ini saya menemui sebahagian vape pakai buang yang telah terburai sewaktu berjogging seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Setelah saya pasang semua komponen yang ada kecuali elemen pemanas (heater), ianya boleh dihidupkan bila disambung kepada pengecas namun menghasilkan kod E2 seperti boleh ditonton pada klip video di atas.

600mAh battery...

Pemeriksaan awal menggunakan multimeter pada bateri lithium mendapat bacaan voltannya kurang dari 1v. Voltan bateri lithium yang elok ialah di antara 3.2v sehingga 4.2v.

0.244v sahaja...

Saya telah cuba melakukan pengecasan secara manual pada bateri tersebut namun tidak berhasil dan ianya disahkan rosak.

Cara mengenalpasti bateri lithium elok atau sebaliknya pernah saya kongsikan sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

Gantikan bateri...

Seterusnya saya gantikan bateri tersebut yang rating asalnya 600mAh dengan sebiji bateri yang ratingnya sedikit tinggi iaitu 650mAh dan masalah selesai.

68% - charging...

Saya tidak merokok mahupun vaping namun saya akan kutip setiap benda yang ditemui melibatkan elektronik. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan ialah untuk menambahkan ilmu pengetahuan selain ingin mengetahuinya lebih lanjut. Dalam masa yang sama, mungkin komponen yang ada boleh dijadikan alat ganti.

Selamat berDIY...