Hari ini saya kongsikan satu masalah lazim pada alat pengering rambut yang disebabkan daripada tabiat pengguna sendiri.
![]() |
JOSEPH PRODOTTO hair dryer |
Alat pengering rambut kali ini berjenama JOSEPH PRODOTTO seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.
![]() |
Professional Salon Products |
Masalah lazim yang saya maksudkan ialah kabel rosak/putus pada bahagian pemegangnya seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
![]() |
Kabel rosak/putus... |
Cara untuk membaikinya ialah potong bahagian yang rosak dan sambungkan kembali ke kedudukan asalnya.
![]() |
Potong wayar yang rosak... |
Jangan sambung kembali wayar yang telah dipotong sebab tidak kuat dan sangat merbahaya jika bahagian yang disambung tanggal bila ditarik ketika digunakan.
![]() |
Sambung terus pada suis... |
Biasanya saya akan buka pemegangnya dan pateri wayar terus kepada bahagian suis seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
![]() |
Macam UV... |
Alat pengering ini agak unik sebab dilengkapi dengan lampu LED berwarna biru/ungu seperti cahaya UV (ultraviolet).
Tabiat pengguna yang menyebabkan kabel sentiasa rosak pada bahagian pemegangnya ialah kerana mereka sering menggulung kabel seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
![]() |
Elak gulung kabel seperti ini... |
Jadi, untuk nak elak masalah lazim ini daripada berlaku, jangan gulung kabel seperti pada gambar di atas.
Selamat mencuba...