Thursday, 6 February 2014

Masalah treadmill bergegar ketika digunakan

Pada pagi ini treadmill di tempat kerja saya yang berjenama yo-Life, Model SUPREME 7100 telah meragam. Ragamnya ialah ketika pada kelajuan 1km/j hingga 2km/j, keseluruhan treadmill akan bergegar dan gegarannya akan berkurangan bila bergerak laju. Pada mulanya saya mengesyaki kerosakan pada 'bearing' bahagian yang bergerak namun setelah diperiksa kesemua 'bearing' berkeadaan baik.

Setelah kesemua bahagian mekanikal disahkan tidak bermasalah, saya terpaksa memeriksa bahagian yang melibatkan eletrik. Ketika penutup bahagian elektrik dibuka, jelas kelihatan salah satu kapasitor pada PCB telah kembung dan harus di ganti seperti pada gambar di bawah.
Kapasitor yang harus diganti...

Pandangan dekat rupa kapasitor yang rosak (kembung)

330μF, 10V

Telah ditukar kapasitor yang baru

Pasang kembali PCB ke tempat asalnya...

Pasang kembali penutupnya...
Setelah kapasitor yang rosak diganti serta dipasang semula ke tempat asalnya dan diuji, masalah gegaran telah lenyap dan beroperasi seperti sedia kala. Kapasitor 330μF, 10V boleh di dapati di kedai eletronik dengan harga RM2.00 sahaja sebiji.

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.