Tuesday, 25 February 2014

Cukai Tanah (Quit Rent)

Jika anda memiliki rumah, tanah atau rumah kedai, anda dikehendaki membayar cukai tanah atau 'quit rent' dalam bahasa inggeris. Setiap pemilik akan dibekalkan dengan sebuah buku kecil seperti pada gambar di bawah dan dikehendaki menjelaskan cukai tanah di jabatan tanah dan survei.
Buku cukai tanah (dulu berwarna kuning)

Jika lewat bayar, kena surcaj 50%

Bayar 10 tahun (2015 hingga 2024)
Beberapa tahun yang lalu, pemilik hanya dibenarkan membayar cukai tanah tidak melebihi 3 tahun sahaja tetapi kini tiada hadnya. Anda boleh membayar 100 tahun jika difikirkan perlu.
Jabatan Tanah & Survei Miri terletak di dalam Wisma Pelita Tunku

Bayar cukai tanah di tingkat 5

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.