Telefon bimbit berjenama NOKIA, model 2100 saya dibeli pada tahun 2004 dan kini telah berusia 10 tahun. Walaupun telah berusia, namun baterinya masih boleh bertahan selama 3 hari untuk 'stand-by' sahaja.
|
Pandangan hadapan... |
Saya cukup kagum dengan kemampuan telefon antik ini sebab ia mampu berkhidmat selama sedekad tanpa sebarang masalah termasuk baterinya yang belum pernah di tukar.
|
Pandangan belakang... |
Selama ini saya amat berpandangan negatif terhadap barangan buatan negara China namun baterinya dibuat di China dan mampu bertahan selama sedekad.
|
Pandangan dalam, bateri tak tukar selama 10 tahun... |
Walaupun baterinya buatan China namun telefon bimbitnya di buat oleh 'original factory' dan mungkin sebab itu lah ia mampu bertahan lama. Kalau nak semak nombor siri tekan:
*#06#
|
No. siri (angka ke 7 & 8 = 00) |
|
Maksud angka ke 7 & 8 pada nombor siri. |
Sempena menyambut ulang tahun sedekad, hari ini dengan rasminya saya merehatkan NOKIA 2100 dan menggantikannya dengan Iphone 4S.
|
Dulu NOKIA 2100, kini Iphone 4S (01/01/2014) |
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.