Thursday 16 January 2014

Crankcase ventilation/breather bocor - Perodua Kelisa

Kejadian 'crankcase ventilation/breather' bocor ini berlaku selepas saya membersihkan 'throttle body' sendiri setahun yang lalu. Sebelum ini saya pernah menutup bahagian yang bocor tersebut dengan gam kasut, namun ianya tidak bertahan lama disebabkan gam tersebut akan keras dan pecah aikbat daripada suhu yang tinggi dalam bahagian enjin kereta.

Masalah sedemikian boleh diatasi jika menggunakan 'sealant' yang tahan kepada suhu tinggi. Berikut merupakan langkah-langkah yang telah saya lakukan untuk mengatasi masalah kebocoran tersebut.
Bocor...

Tanggalkan penyambung 'air cleaner' ke 'throttle body'

Tanggalkan & bersihkan bahagian yang bocor

Sapu 'sealant' pada bahagian dalam

Sapukan juga 'sealant' pada bahagian luar supaya 100% tak bocor lagi.

Pasang kembali & SIAP...

tahan panas - RM13.00

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.