Monday 27 January 2014

Baiki transfomer (Adapter) cctv

Sekiranya anda memiliki cctv di rumah mahupun di pejabat, anda pasti pernah mengalami kerosakan transformer atau juga dikenali sebagai 'adapter'. Sebiji transformer yang baru berharga dalam lingkungan RM50 ke RM80 bergantung kepada janama serta kualitinya.

Namun tahukah anda transformer yang bermasalah boleh dibaiki dengan kos yang minima? Berikut merupakan salah satu contoh transformer yang telah saya baiki dengan kos RM5.00 sahaja.
Ini lah transformer yang bermasalah (12V, 1A)
Transformer pada gambar di atas jika disukat dengan 'multimeter' masih mempunyai bacaan 12V tetapi jika di pasang ke kamera cctv, terdapat ganguan pada imej seperti siaran tv yang kurang jelas. Untuk mengetahui kerosakannya anda haruslah membuka dan mengenalpasti kompenen yang tidak berfungsi dengan sempurna.
Begini lah rupanya setelah dibuka
Bahagian belakang PCB
Masalah transformer ini mudah dikenalpasti, anda boleh nampak dengan jelas pada gambar di bawah iaitu dua biji kapasitor yang telah kembung dan harus di ganti. Nilai kapasitor yang berwarna hitam ialah 1000μF, 25V manakala nilai kapasitor yang berwarna biru pula ialah 470μF, 16V.
Kapasitor yang perlu diganti (dah kembung)
Anda boleh dapatkan kapasitor yang baru di kedai eletronik. Kapasitor 1000μF yang baru berharga RM3.00 sebiji dan 470μF pula berharga RM2.00 sebiji.
Pastikan -ve & +ve tidak dipasang terbalik
Bahagian belakang PCB setelah kapasitor baru dipatri pada PCB
Siap... 2 biji kapasitor di luar PCB adalah kapasitor lama
Periksa arus: 1.14 A
Periksa voltan: 12.14V
Boleh di pakai semula...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.