Tuesday 21 January 2014

MACRO KIOSK BERHAD (32324) - 0321643273

Pada awal tahun ini, saya telah menukar telefon bimbit NOKIA 2100 ke telefon pintar (SmartPhone), Iphone 4S. Sebelum ini saya pernah berjinak-jinak dengan telefon pintar namun ianya amat mengecewakan disebabkan terlalu banyak caj tersembunyi (hidden charges).

Setelah seminggu bertukar ke telefon pintar Iphone 4S, pada 11/1/2014 saya telah menerima satu SMS dari 32324 dan dikenakan caj sebanyak RM1.00. Kira-kira seminggu selepas itu (19/1/2014) satu lagi SMS yang sama diterima dan juga dikenakan caj yang sama seperti pada gambar di bawah.
Sekali terima sms kena caj RM1.00
Setelah diteliti SMS tersebut, saya yakin tidak pernah melanggan apa-apa melalui telefon dan untuk kepastian, saya menghantar SMS (stop all) untuk menghentikan kesemua langganan ke 32324. Ternyata SMS yang diterima menyatakan tiada apa-apa langganan, namun kenapa dikenakan caj?

Saya juga menghubungi talian yang diberikan namun juga mengecewakan disebabkan tiada operator yang bertugas. Cuma 'answering machine' yang bercakap dengan tanpa apa-apa tindakan.
Aduan kepada SKMM
Berikutan itu saya telah membuat aduan ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Aduan saya telah diterima oleh pihak SKMM dan pada petang tadi pihak SKMM telah menghubungi saya untuk kepastian berkaitan aduan saya.
Aduan telah diterima...
Berikut pula merupakan SMS yang saya terima daripada Macro Kiosk Berhad sebentar tadi, cuma memaklumkan bahawa perkhidmatannya tergendala untuk sementara waktu.
Maaf tidak diterima, kena bayar balik...
Sebelum membuat aduan, saya telah membuat 'google search' berkaitan dengan Macro Kiosk Berhad dan ternyata telah ramai yang menjadi mangsa mereka. Anda boleh baca di sini.

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.