|
09/01/2014 - baru 50,000km (hampir 10 tahun dimiliki) |
Sedang saya asyik membersihkan kereta Proton Satria GTi pada pagi ini, tiba-tiba saya merasa amat geram bila terpandang satu lekuk yang agak serius pada bonet bahagian belakang kereta seperti pada gambar di bawah.
|
Geram di hati tiada siapa yang tahu... |
Tak tahu bila, bagaimana dan dimana benda ini terjadi. Apa boleh buat, dah nasib badan. Kalau ikutkan hati, ingin saya kemekkan juga kereta si pelakunya.
Kalau di hantar ke bangkel, saya rasa RM300 bakal melayang. Namun saya cuba ratakan kembali dengan membuka bonet belakang dan ketuk dari dalam. Gambar berikut merupakan hasilnya selepas saya ketuk sendiri.
|
Cubaan pertama meratakan lekuk tersebut... |
|
Ini sahaja yang terbaik telah saya lakukan... |
Untuk pengetahuan umum, kualiti kereta proton sememangnya teramat mengecewakan, lembut macam tin minuman ringan. Saya ketuk pelahan sahaja dengan hanya menggunakan batang penyapu yang pendek.
|
Sebelum & Selepas... |
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.