Wednesday 1 August 2012

Mohd Rafizi Ramli didakwa di bawah BAFIA 1989

Awal pagi ini apabila saya melayari laman facebook, berita yang terhangat saya baca ialah penangkapan Mohd Rafizi Ramli, pengarah strategi PKR kerana mendedahkan akaun kewangan berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) dan pengerusinya Mohd Salleh Ismail.
Johari, kiri & Rafizi, kanan
Beliau didakwa di bawah Seksyen 97, Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989 (Bafia). Turut didakwa bersama beliau ialah bekas kerani Public Bank Johari Osman di bawah Seksyen 112(1)(c) Bafia.
Seksyen 97, BAFIA
BAFIA (Banking and Financial Institutuions Act 1989) / Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989) merupakan suatu akta bagi mengadakan undang-undang baru mengenai pelesenan dan pengawalseliaan institusi-institusi yang menjalankan perniagaan-perniagaan bank, syarikat kewangan, bank saudagar, syarikat diskaun dan pembrokeran wang, mengenai pengawalseliaan institusi-institusi yang menjalankan perniagaan-perniagaan kewangan lain yang tertentu, dan mengenai perkara-perkara yang bersampingan atau berkaitan dengannya.
Seksyen 112, BAFIA
Walaupun saya merupakan bekas pekerja di syarikat kewangan serta perbankan suatu ketika dahulu, namun saya tidak arif akta berkaitan BAFIA. Secara amnya, kami sebagai kakitangan harus menjaga setiap maklumat pribadi, kewangan serta apa-apa sahaja yang berkaitan dengan pelanggan di tempat bekerja.

Tiada mana-mana maklumat yang boleh dibocorkan kepada mana-mana pihak walaupun nombor telefon pelanggan. Kami juga disarankan agar tidak bercerita tentang sebarang maklumat pelanggan dimana jua berada kecuali untuk tujuan permohonan kemudahan kewangan serta pinjaman bagi mendapatkan kelulusan bank pusat.

Secara keseluruhannya, rahsia pelanggan tidak boleh diketahui umum melalui kakitangan syarikat kewangan mahupun perbankan.

Berbalik kepada isu hangat hari ini seperti di atas, hanya Johari sahaja merupakan kakitangan bank dan Rafizi bukan kakitangan bank tersebut.

Saya tertanya-tanya dari mana Johari sebagai kerani boleh memiliki akaun kewangan pelanggan? Seingat saya hanya kakitangan yang berpangkat pegawai dan keatas sahaja yang boleh memeriksa serta mencetak akaun kewangan pelanggan walhal kerani tidak dapat berbuat demikian.

Begitu juga halnya dengan Rafizi, pada pemahaman saya hanya kakitangan syarikat kewangan dan perbankan sahaja yang tertaluk kepada akta berkaitan BAFIA.

Saya juga berpendapat bahawa pendedahan ini bukan berunsurkan jenyah, malahan membantu negara membenteras jenayah penyelewengan jutaan ringgit wang rakyat berkaitan NFC.

Kemungkinan besar juga ianya akibat dendam politik diantara BN dan PR.

Kemana pula perginya akta yang melindungi si pemberi maklumat bagi membenteras penjenayah? (Akta Pemberi Maklumat 2010).

Namun apa pun, saya bukan pakar undang-undang mahupun peguam. Kita lihat saja apa yang berlaku bila kes ini disebut semula kelak.

Sekiranya mereka berdua didapati bersalah oleh mahkamah kerana pendedahan untuk membenteras jenayah, maka akta yang ada di Malaysia hanya melindungi penjenayah dan bukannya melindungi mereka yang membantu membenteras jenayah. Adakah ini logik?

1 Malaysia itulah janji
Tak tau mana satu ditepati
Siasat LEMBU tangkap Rafizi
Pasti PR yang gua undi

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.