Thursday 16 August 2012

Gigi ku retak lagi...

Semalam (15/8/2012) saya terpaksa cabut sebiji lagi gigi geraham sebab retak. Doktor gigi kata setakat semalam tidak ada cara lain untuk merawat gigi yang retak selain daripada CABUT. Huhuhu...
Patah ketika dicabut, nasib baik boleh dikeluarkan yang selebihnya...
Dua tahun yang lalu pada 30/09/2010 sebiji gigi geraham saya juga di cabut disebabkan retak. Agaknya kenapa gigi kita retak? Doktor gigi pun tak boleh bagi jawapan yang pasti. Menurut doktor yang mencabut gigi saya, kemungkinan gigi saya retak ketika saya 'buat otot'.
Gigi ini juga retak dan dicabut pada 30/9/2010
'Buat otot' yang dimaksudkan ialah ketika saya menjalani senaman angkat berat untuk membina otot badan. Kena perli doktor..., otot jadi tapi gigi hilang. Hwahwahwa...

Simptom-simptom yang saya alami ketika gigi telah retak ialah:-
  1. Gigi terasa ngilu ketika meminum air sejuk. Bila sudah kritikal, minum air pada suhu bilik (room temperature) pun terasa ngilu.
  2. Kadang-kadang bila tergigit benda keras terasa sakit mengejut tetapi sakitnya hilang dalam masa yang singkat.
  3. Sakit bila gigi tersebut diketuk dengan objek keras.
  4. Sakit bila doktor tiup gigi tersebut dengan angin.
  5. Sakit bila doktor cucuk/korek gigi tersebut.
Kalau nak sahkan bahawa gigi tersebut retak, jumpa doktor gigi sebab mungkin simptomnya serupa dengan gigi sensitif. Hahaha...
Pain killer yang doktor bagi, makan bila sakit (metenamic acid 500mg)

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.