Tuesday 28 August 2012

ASUS Eee PC X101CH

Netbook ini saya beli dengan harga RM650.00 sahaja pada 26/8/2012. Harga pasaran sekarang ialah RM959.00. Dapat murah sebab kawan lelong dengan alasan tak sesuai dan baru berusia kira-kira dua bulan sahaja.

Specifications
Operating system         : Genuine Windows® 7 Starter, 32bit
Display                         : 10.1" LED Backlight WSVGA (1024x600) Screen
CPU                              : Intel® Atom™ N2600 (Dual Core; 1.6GHz) Processor
Memory                        : DDR3, 1 x On Board Memory, 2GB 
Storage                          :  320GB HDD, 3 GB Web Storage with Windows® 7
Wireless Data Network: WLAN 802.11 b/g/n@2.4GHz, Bluetooth V3.0
Camera                          : 0.3 MP Camera
Audio                             : High Quality Speaker
Battery                           : 3cells, 2.2Ah
Dimentions                    : 262 x 180 x 22 mm (WxDxH) 
Weight                            : 1 Kgs (w/ 3cell battery)

Sejurus selepas sampai di tangan, saya terus buat 'recovery' (macam telefon bimbit 'restore factory setting'). Cara buat recovery ialah seperti berikut:-
  1. 'Shut down the netbook'
  2. 'Switch on' dan tekan F9 berulang-ulang sehingga skrin 'window Boot Manager' muncul
  3. Pilih 'windows setup [EMS Enable]' dan tekan Enter
  4. Pilih bahasa '1. English' dan klik butang "--->"
  5. Klik butang "recovery" pada skrin 'recovery system' dan segala-galanya berjalan secara automatik.
  6. Baca dan ikut arahan sehingga semua siap dalam kira-kira 30 minit.
Lepas 'recovery' screen resolution cuma '800 x 600'. Untuk menaiktaraf screen resolution, download VGA Versi V8.14.8.1075 di sini.

Kemudian 'extract all' file yang telah di 'compress/zipped' dan klik 'setup'. Semuanya berjalan secara automatik sehingga anda disuruh 'restart'. Lepas 'restart' screen resolution ialah 1024 x 600.

Walaupun ianya ialah netbook terpakai tetapi selepas 'recovery' kini segala-galanya seperti yang baru.

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.