Saya merupakan salah seorang penderma darah beberapa tahun yang lalu tetapi telah berhenti menderma sejak tahun 2010 berikutan mengalami masalah thyroid. Sejak mengalami komplikasi thyroid saya telah pergi ke klinik swasta untuk menjalani rawatan. Mungkin anda tertanya kenapa pergi ke klinik swasta sedangkan hospital kerajaan lebih murah kos rawatannya. Sebabnya mudah, saya tidak punya masa untuk menunggu seharian di hospital kerajaan.
Pada 10 Jun 2012 yang lepas saya berhajat ingin menderma semula sebab masalah thyroid saya telah pulih. Namun saya tidak layak untuk menderma kerana masih lagi mengambil ubat rawatan thyroid. Pun begitu, doktor yang menangani saya pada hari tersebut dengan murah hati telah menawarkan kepada saya agar berjumpa beliau pada hari berikutnya untuk memeriksa status terkini Thyroid saya.
Apa lagi, dengan gembira saya pun pergi berjumpa beliau pada hari berikutnya untuk menjalani ujian darah. Ternyata keputusan ujian tersebut sememangnya mengembirakan saya bila status Thyroid saya telah didapati normal. Doktor tersebut sekali lagi dengan murah hati telah menawarkan temujanji saya dengan doktor pakar untuk mendapatkan nasihat lebih lanjut pada hari ini pukul 10 pagi.
FT4 & TSH dah normal... |
Tunggu punya tunggu, pukul 1 petang baru tiba giliran saya untuk bertemu dengan doktor pakar tersebut & tak sampai 5 minit semua beres. Apa gunanya temujanji (siap dengan masa pukul 10 pagi) jika kita masih perlu menunggu berjam-jam?
Saya telah mengalami masalah Thyroid pada tahun 2010 tetapi hanya disahkan melalui ujian darah pada 26/2/2011 dan menjalani rawatan dengan mengambil ubat 'Carbimazole 5mg'. Setelah beberapa bulan menjalani rawatan walaupun FT4 & FT3 saya hampir normal namun TSH saya terlampau rendah iaitu cuma 0.010 MIU/L melalui ujian darah pada 10/5/2011. Setelah hampir 2 tahun mengambil ubat 'Carbimazole' kini saya boleh menarik nafas lega kerana komplikasi Thyroid saya telah kembali normal.
Persoalannya sekarang ialah kenapa dan bagaimana saya boleh mengalami masalah komplikasi Thyroid? Setiap tahun saya menjalani pemeriksaan darah dan masalah Thyroid saya hanya wujud selepas saya menderma darah. Oleh yang demikian saya yakin dan percaya menderma darah adalah punca yang menyebabkan komplikasi Thyroid saya.
Saya berharap kepada sesiapa yang terbaca blog saya ini dan berpendapat ianya adalah tidak betul atau tidak logik, sila tinggalkan pesanan anda untuk memperbetulkan andaian saya ini...
Dengan ini secara rasminya saya bertekad untuk tidak menderma darah lagi buat selama-lamanya... Bukan saya tak mahu membantu mereka yang memerlukan namun saya pernah dan telah membantu sebelum ini tetapi kebajikan saya tiada siapa yang peduli. Renung-renungkan lah...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.