Sunday 10 June 2012

World Blood Donor Day

Tema hari derma darah sedunia (World Blood Donor Day) tahun ini ialah 'Every Blood Donor is a HERO'. Sebanyak 145 pemohonan untuk menderma darah telah diterima oleh penganjur tetapi cuma 97 orang sahaja yang berjaya untuk menderma darah.

Saya merupakan salah seorang yang tidak berjaya diterima untuk menderma darah pada hari ini berikutan tidak memenuhi kriteria sebagai penderma walaupun saya pernah menderma sebanyak 8 kali sebelum ini.

Kali terakhir saya menderma darah ialah pada 27/12/2009. Sebab utama saya tidak menderma darah selepas itu ialah disebabkan saya mengalami masalah thyroid atau lebih tepat dikenali sebagai 'hyperthyroidism'. Punca kenapa saya mengalami 'hyperthyroidism' tidak diketahui namun saya dikehendaki mengambil ubat untuk mengawalnya.

Buat masa ini saya masih mengambil ubat (Carbimazole) tersebut dan tidak boleh menderma darah. Saya juga diberitahu oleh doktor yang memeriksa saya tadi bahawa masalah thyroid tidak akan sembuh dan perlu mengambil ubat sepanjang hayat untuk mengawalnya. Ini bermaksud secara langsung saya tidak layak untuk menderma darah selagi masih mengambil ubat terapi thyroid atau dengan lebih tepat, tak boleh menderma darah buat selama-lamanya...

Namun ada berita gembira buat saya walaupun tidak layak menderma hari ini. Doktor tersebut telah menawarkan kepada saya agar pergi ke pusat 'blood bank' di Miri untuk membuat ujian darah bagi memastikan kedudukan terkini masalah thyroid saya. Mudah-mudah ada jalan penyelesaian selepas ini...

Bukan saya tak mau menderma darah untuk membantu mereka yang memerlukan tetapi saya tidak layak untuk menderma darah!
I'm not a HERO today...
Borang menderma darah...
Borang menderma darah...
Borang menderma darah...
Periksa Hb...
Hb - ok (Tenggelam)
Gagal, tak boleh menderma darah...
Saya telah berjaya menderma sebanyak 8 kali, anda bagaimana?

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.