Friday 31 May 2019

Astro decoder repair (Model: DS830NA)

Semalam saya berpeluang dan sibuk mencuba untuk membaiki decoder ASTRO, model: DS830NA.

Saya juga pernah membaiki decoder astro berjenama Philips dan anda boleh membacanya di sini .
Astro decoder model: DS830NA)
Masalah decoder ini ialah video asyik kaku dan perlu di 'reboot'. Kali terakhir lepas reboot video tetap kaku.
Pastikan tak ada warranty lagi baru buka...
Sebelum anda ingin cuba membaiki peralatan elektrik, pastikan tiada 'warranty' lagi. Jika masih ada warranty, pergi pejabat Astro dan buat aduan untuk mendapatkan decoder yang baru secara percuma.
Papan litar utama...
Saya diberitahu decoder yang baru berharga RM1,050.00. Ini lah akibat yang harus pelanggan tanggung jika perniagaan itu di monopoli oleh pihak tertentu sahaja.
Siap semua komponen rosak ditukar...
Dipendekkan cerita, saya buka dan periksa apa yang patut dan mendapati kesemua kapasitor di dalamnya harus diganti.
Testing
Setelah kesemua kapasitor yang ada di dalamnya ditukar dan diuji, decoder tersebut kini masih boleh digunakan lagi dan masalah video kaku lenyap terus.
Testing
Untuk makluman semua, jika anda telah menggantikan decoder yang baru, anda tidak perlu baiki decoder yang lama lagi sebab setiap akaun/kad astro cuma boleh digunakan pada sebuah decoder sahaja.
Pasang balik & testing lagi...
Kalau decoder yang lama boleh dan telah dibaiki, anda juga tidak dapat menguji decoder tersebut melainkan anda mendaftarkan semula decoder tersebut di pejabat Astro.
Semua komponen yang telah ditukar...
Saya sering menasihatkan orang ramai agar memutuskan bekalan elektrik kepada peralatan elektrik jika tidak digunakan supaya peralatan eletrik anda tahan lama. Saya juga tidak galakan agar peralatan elektrik dibiarkan dalam keadaan standby ketika tidak digunakan.

Contoh terbaik ialah pada artikel ini, decoder ini tidak pernah dipadam sejak dipasang dan cuma bertahan kira-kira 2 tahun sahaja. Jika tidak ada yang tahu membaikinya, anda kena bayar RM1,050.00 untuk dapatkan decoder yang baru.
Tested - ok
Jika anda perlukan perkhidmatan membaiki decoder Astro, anda boleh berhubung dengan saya dengan mengisi 'contact form' pada bahagian atas sebelah kanan blog ini.

Selamat mencuba...

Thursday 30 May 2019

Telemecanique Altistart 01 repair

Hari ini saya dirujuk sesuatu yang baru berjenama Telemecanique, Model: ATS01N212QN dan anda boleh melihatnya pada gambar di bawah.
Jenama: Telemecanique, Model: Altistart 01
Saya diberitahu masalahnya ialah ianya tidak berfungsi walaupun lampu indicator berwarna hijau dan kuning menyala.
Sebiji kapasitor didapati rosak...
Setelah diperiksa menyeluruh, hanya sebiji kapasitor sahaja yang didapati nilainya telah berkurangan hampir 50% seperti boleh anda lihat pada gambar di atas dan bawah.
Kapasitor lama 24.3uF sahaja...
Kapasitor baru 47.6uF...
Setelah kapasitor tersebut ditukar dan diuji, kini ianya boleh digunakan semula.
Kapasitor yang lama telah diganti baru...
Selamat mencuba...

Wednesday 29 May 2019

ZIP HydroTap service password

Hari ini saya nak kongsikan satu rahsia yang pihak pengilang serta 'service center' rahsiakan daripada kita sebagai pengguna. Tujuannya ialah supaya mereka boleh menjana pendapatan lagi bila kita terpaksa menghantar kepada mereka atau memanggil mereka untuk memeriksa serta membaiki atau juga dikenali sebagai "after sales services".
ZIP HydroTap
Benda yang saya ingin kongsikan ini ialah pemasak air untuk kegunaan di restaurant atau di rumah berjenama Zip HydroTap buatan Australia.
Serial number pada 'user guide'
Semua peralatan eletrik akan ada masalah suatu hari kelak disebabkan faktor tertentu. Begitu juga dengan pemasak air ini yang boleh dikatakan agak canggih.
Skrin utama...
Untuk memeriksa apa yang rosak, kita kena masuk ke skrin 'service menu' dan kita perlukan kata laluan (password). Pihak pengilang serta 'service center' tidak akan memberitahu kita apa kata laluan tersebut. Kalau nak tahu, saya ceritakan seterusnya, ikut langkah-langkah berikut untuk mendapatkan kata laluan tersebut:-

1. Hidupkan pemasak air tersebut & tekan 'menu'
Menu
2. Kemudian tekan 'info'
Info - serial number
3. Di dalam 'info' cari 'Serial No.'

Serial nombor pada mesin pemasak air tersebut ialah: 20140915580050. Lapan(8) angka pertama merupakan tarikh pemasak air tersebut di buat dan enam (6) angka di belakang merupakan nombor rujukan.

Jadi untuk mendapatkan kata laluan (password) tersebut, ianya adalah gabungan hari mesin tersebut dibuat dan tiga (3) angka di belakang.

Oleh yang demikian, kata laluan mesin tersebut ialah: 15050.
Masukkan kata laluan mesin anda...
Seterusnya anda boleh tekan 'service' dan masukkan kata laluan mesin anda dan setelah kata laluan dimasukkan, anda kini berada di dalam 'service mode' di mana anda boleh periksa satu per satu seperti jurutera...
Lepas masuk kata laluan, tekan 'enter'...

Service mode screen
Test mode

Test element - passed

Test pump - passed

Checking...
Tested - ok

Selamat mencuba...

Tuesday 28 May 2019

APC Black-UPS RS1100 repair

Hari ini saya berpeluang membaiki sebuah UPS (uninterruptible power supply) berjenama APC, Model: RS1100. Masalahnya adalah seperti pada klip video di atas iaitu buzzer asyik memekak tak henti-henti.
Jenama: APC

Model: entah mana satu betul...

Setelah penutup dibuka...
Setelah dibuka dan diperiksa, komponen yang didapati perlu diganti adalah seperti pada gambar di bawah:-
  1. Sebiji kapasitor 33uF, 35V
  2. Sebiji kapasitor 330, 50V
  3. 4 biji kapasitor 47uF, 50V
Komponen yang perlu diganti...
Setelah kapasitor yang nilainya telah berkurangan 10% atau lebih seperti tertera pada gambar di atas dan diuji, UPS tersebut masih mengalami masalah yang sama.
Kapasitor ini perlu ditukar...
Seterusnya saya terpaksa cuba tukar satu per satu kapasitor yang belum ditukar dan akhirnya mendapati setelah menukar kapasitor 1000uF, 50v seperti pada gambar di atas akhirnya masalah UPS tersebut lenyap.
100uF, 50v
Apa yang pelik pada kapasitor tersebut ialah apabila diukur dengan meter, bacaannya ialah 928uF dan tidak berkurangan melebihi 10%.
Kapasitor baru...
Ini merupakan kali pertama saya terpaksa menukar kapasitor yang tiada masalah bila diukur dengan meter namun ianya adalah punca permasalahan pada UPS tersebut.
Tested - ok

Tested - ok

Pelik kapasitor ini, ukur dgn meter bagus tapi tak boleh pakai...
Selamat mencuba...

Monday 27 May 2019

Televes 5384 repair

Minggu lepas saya telah membaiki sebiji TV booster berjenama Televes dan anda boleh membacanya di sini. Hari ada lagi sebiji dirujuk kepada saya untuk di baiki. Model kali ini ialah 5384.
Jenama: Televes
Masalah yang sama iaitu langsung tidak dapat dihidupkan dan lampu indikator berwarna hijau tidak menyala.
Model: 5384
Mari kita buka dan periksa apa yang terkandung di dalamnya. Jika dilihat pada gambar di bawah, ianya lebih kurang sama dengan yang telah saya baiki dua hari yang lalu.
Setelah penutup belakang dibuka...
Setelah diperiksa menyeluruh, komponen yang rosak adalah seperti pada gambar di bawah iaitu:-
  1. Power ic (TOP223Y)
  2. kapasitor AC 100nF
  3. Fius 1.6A
Komponen yang rosak pada PSU
Kali ini tiada 'cold solder joint' dijumpai pada papan litar dan pemeriksaan terakhir tidak menjumpai apa-apa kerosakkan lagi.
Komponen yang rosak telah diganti...

Komponen yang rosak...
Akhir sekali seperti biasa saya perlu cuba setiap peralatan eletrik yang telah dibaiki. Jika dilihat pada gambar di bawah, jelas kelihatan lampu indikator berwarna hijau telah menyala dan boleh digunakan semula.
Tested - OK
Selamat mencuba...

Sunday 26 May 2019

SHOW MPA-240S P.A. Ampifier repair

Hari ini saya berpeluang membaiki sebuah amplifier atau lebih tepat dipanggil 'P.A. amplifier' berjenama SHOW, Model: MPA-240S.
Jenama: SHOW, Model: MPA-240S
Masalahnya ketika dirujuk kepada saya ialah bunyi sedikit sahaja yang kedengaran walaupun volume telah dipulas habis.
Setelah penutup atas dibuka...
Kalau amplifier masih boleh mengeluarkan bunyi, jangan sentuh bahagian yang menghasilkan suara, sebaliknya anda cuma perlu periksa bahagian 'input' serta 'pre-amplifier'
Buka bahagian pre-amp...
Bahagian 'input' biasanya juga jarang bermasalah melainkan telah longgar, jadi yang tinggal sekarang ialah bahagian 'pre-amplifier' iaitu bahagian yang melaras suara (mixer).
Komponen yang bermasalah...
Setelah saya periksa bahagian pre-amplifier, komponen yang didapati bermasalah adalah seperti yang telah saya tandakan pada gambar di atas:-
  1. Sebiji rheostat 10kΩ untuk tombol volume
  2. Sebiji potentiometer 50kΩ untuk tombol bass
  3. 2 biji kapasitor 100uF, 25v
Gantikan rheostat & potentiometer yang baru...
Setelah kesemua komponen yang bermasalah di ganti dan diuji, kini hanya perlu pulas sedikit sahaja tombol volume (master) untuk mengeluarkan suara dari amplifier tersebut.
Pasang balik apa yang telah dibuka...
Untuk makluman, P.A. Amplifier ini milik kedai di mana saya selalu mendapatkan bekalan komponen eletronik. Saya rasa bertuah sebab diberi kepercayaan oleh pemilik kedai tersebut untuk mencuba bakat yang tidak seberapa...
Tested -ok
Selamat mencuba...