Monday, 2 December 2024

Harga tak boleh naik, kurangkan isi kandungan pula...

Semalam, seperti biasa pada hujung minggu saya akan ke pasaraya membeli barangan makan perlu untuk bekalan seminggu.

2kg - RM31.99 (5/7/2024 - ECONSAVE)

Dalam banyak-banyak pasaraya, saya suka kepada pasaraya ECONSAVE sebab harganya lebih murah berbanding pasaraya lain dan yang paling penting ialah, jika ada promosi tidak perlu 'member card'. Jangan lupa kad ahli bukannya diberi percuma dan perlu diperbaharui dengan kos tertentu.

Saya dari dulu lagi sememangnya tidak berminat dengan 'member card' sebab kaedah berniaga seperti ini tidak ubah seperti kumpulan kongsi gelap suatu ketika dahulu.

Saya mementingkan harga berbanding 'member card'. Tiada maknanya jika harga lebih mahal dengan kad ahli (member card) walaupun beza beberapa sen sahaja.

Dalam banyak-banyak barangan yang saya beli, saya perasan harga sebungkus Milo seperti ada penurunan harga atau mungkin harga promosi di hujung minggu.

Setibanya di rumah, saya selongkar resit pembelian lepas dan mendapati ianya lebih murah RM2.00 namun baru perasan beratnya juga kurang 200g seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Saya percaya tiada peniaga yang menjual barangan di bawah harga kos barangan dan harga jualan semestinya berpandukan margin keuntungan.

Ini lah yang berlaku jika kerajaan siang dan malam memantau harga tanpa mengetahui situasi sebenar peniaga. Peniaga akan mencari jalan untuk mencari keuntungan dengan pelbagai cara.

Ini adalah contohnya, harga kerajaan kawal namun mereka kurangkan kuantiti mungkin untuk elak tiada untung ataupun mungkin juga rugi.

Jenama sama tapi harga berbeza...

Gambar di atas ialah perbezaan harga tepung gandun sekilo jenama green horse yang sama pada dua pasaraya berbeza.

  1. RM3.70 (EVERWIN) dengan kad ahli
  2. RM3.40 (ECONSAVE) tanpa kad ahli

Jika pihak KPDN memantau harga sekali pun, peniaga masih lagi ada cara untuk menaikkan harga seperti dengan menukarkan bungkusan serta jenama yang berbeza seperti harga telur ayam yang pernah saya kongsikan sebelum ini di sini.

Itu lah juga yang terjadi kepada beras putih tempatan yang lesap dari pasaran dan saya sangat yakin ianya telah dibungkus menjadi beras putih import untuk menjana keuntungan lebih atau keuntungan luar biasa.

Renung-renungkan...

1.8kg - RM45.80 (7/12/2024 - EVERWI

Friday, 29 November 2024

WAREHOUSE WH-2946 table fan repair

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah kipas angin berjenama WAREHOUSE, model WH-2946 dengan masalah gagal berfungsi menggunakan kuasa bateri.

Klip video di atas saya rakam sewaktu mengujinya di mana indikatornya padam sejurus kipas dihidupkan.

Model: WH-2946

Masalah sedemikian adalah disebabkan kerosakan bateri dan gambar di bawah ialah bateri yang digunakan dengan speksifikasi 13v, 4.5Ah.

12v, 4.5Ah...

Memandangkan bateri dengan speksifikasi asal tiada di pasaran tempatan, saya sambungkan dua biji bateri 6v secara bersiri untuk mendapatkan voltan 12v.

Gantikan dengan dua biji bateri 6v...

Gambar di bawah ialah bacaan voltan yang saya dapat dari 2 biji bateri 6v disambung bersiri.

12.53vdc

Saiz dua biji bateri 6v adalah sama dengan saiz bateri asal dan tiada masalah dimasukkan ke ruangan simpanan bateri pada kipas tersebut.

Testing...

Masalah selesai setelah baterinya diganti dan ianya kembali berfungsi semula.

Selamat berDIY...

Tuesday, 26 November 2024

SIEMENS LOGO! 230RC smart relay repair

Hari ini saya telah dirujuk sebuah 'smart relay' berjenama SIEMENS, model 230RC dengan masalah gagal berfungsi setelah dibekalkan arus elektrik.

SIEMENS LOGO! 230RC

Menurut pemilik, masalah asalnya ialah ianya boleh dihidupkan namun tiada paparan pada skrin dan hanya lampu backlight  berwarna hijau sahaja yang menyala. Sewaktu dirujuk kepada saya ianya langsung tidak berfungsi apabila diuji.

Setelah penutup dibuka...

Setelah dibuka dan diperiksa, 3 biji kapasitor didapati rosak dan perlu di ganti seperti telah saya labelkan pada gambar di atas.

Gantikan komponen yang rosak...

Kesemua kapasitor yang rosak mempunyai bacaan ESR yang sangat tinggi apabila diperiksa dengan menggunakan multimeter ESR.

Testing...

'Smart relay' ini berjaya diselamatkan serta kembali berfungsi semula setelah ketiga-tiga kapasitor yang rosak telah saya gantikan dengan yang baharu.

Tested - ok

Selamat mencuba...

Monday, 25 November 2024

TH17 (TH16 + Eagle Artillery)

Seperti yang saya jangkakan sebelum ini, TH17 bakal diluncurkan selepas hammer jam iaitu pada 25/11/2024 pukul 4pm waktu Malaysia.

Pun begitu, setibanya jam 4pm, hammer jam telah ditambah 2 jam lagi dan proses kemaskini (update) berlangsung pukul 6pm selama kira-kira sejam.

Gambar tangkap layar di atas ialah ringkasan apa yang diperkenalkan pada TH17 dan menyaksikan beberapa bangunan baru serta satu adiwira (hero) yang dinamakan sebagai Minion Prince.

TH16 + Eagle Artillery = TH17

Kemaskini kali ini lebih berkualiti berbanding sebelumnya di mana syarat untuk menaiktaraf ke TH17 ialah level eagle artillery harus maximum iaitu level 7. Ini boleh mengelakkan pemain daripada melakukan 'rush town hall'.

Jika anda ada memiliki/menyimpan 'book of building', TH17 boleh siap segera seperti boleh ditonton pada klip video di atas.

TH17

Walaupun kini ada 5 adiwira, cuma 4 adiwira sahaja berfungsi serta boleh digunakan pada satu-satu masa jika tiada kerja-kerja menaiktaraf berlangsung di TH17.

5 adiwira (TH17)

Gambar tangkap layar di atas ialah senarai adiwira yang saya ada di dalam Hero Hall. Adiwira Minion Prince yang diberikan ialah Level 70 dan rasanya perlu dinaiktaraf sehingga Level 75.

TH7 (Hero Hall - Level 1)

Hero Hall bermula seawal TH7 namun hanya babarian king sahaja. Archer Queen kini bermula seawal TH8 namun hanya satu sahaja adiwira berfungsi dalam satu-satu masa.

TH8 (Hero Hall - Level 2)

Minion Prince pula bermula di TH9 namun hanya dua adiwira sahaja berfungsi dalam satu-satu masa.

TH9 (Hero Hall - Level 3)

Selamat berE-Sukan...

Saturday, 23 November 2024

FABER FCC Fornello 2000 electric cooktop

Hari ini saya dirujuk 2 buah 'electric cooktop' berjenama FABER dengan masalah gagal berfungsi setelah dibekalkan arus elektrik.

FABER electric cooktop

Sekali pandang ianya 'induction cooker' namun labelnya tercatat 'electric cooktop' seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Model: FCC Fornello 2000

Setelah dibuka, ternyata ianya bukan 'induction cooker'. Ia adalah dapur elektrik yang menggunakan elemen pemanas atau ada yang dilabel 'stove' atau 'hob' dan telah banyak saya baiki sebelum ini.

Setelah dibuka...

Perbezaannya dengan stove/hob yang pernah saya kongsikan dahulu ialah suisnya yang mengawal secara digital menggunakan papan litar seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Papan litar...

Pemeriksaan menyeluruh pada papan litar menemui sebiji voltage regulator 78L05 rosak dan telah saya labelkan pada gambar di bawah.

Voltage regulator 78L05 rosak...

Kedua-dua dapur elektrik ini berjaya diselamatkan dengan hanya menggantikan sebiji voltage regulator 78L05 sahaja.

Gantikan voltage regulator 78L05

Klip video di bawah saya rakam sewaktu mengujinya setelah siap dibaiki.

Selamat berDIY...

Wednesday, 20 November 2024

That's Why You Go Away - MLTR


[Intro]
 
C D G
 
 
[Verse]
 
Am7                     D            
Baby won't you tell me why there is 
G
sadness in your eyes
Am7                    B7        Em
I don't wanna say goodbye to you
Am7                 D     D/F#                    
Love is one big illusion I should try to
  G
 forget
    A                 D7          G
But there is something left in my head
 
Am7                        D      G
You're the one who set it up now you're 
the one to make it stop
Am7                        B7            
I'm the one who's feeling lost right now
Em
Am7                 D            D/F#       
Now you want me to forget every little 
          G
thing you said
    A                 D7          G
but there is something left in my head

[Refrain]

G C D G
I won't forget the way you're kissing
Am7 D
The feelings so strong were lasting for
G
so long
G C D
But I'm not the man your heart is
Em
missing
Am7 D G
That's why you go away I know


[Verse]

Am7 D
You were never satisfied no matter how I
G
tried
Am7 B7 Em
Now you wanna say goodbye to me
Am7 D D/F#
Love is one big illusion I should try to
G
forget
A D7 G
but there is something left in my head


[Refrain]

G C D G
I won't forget the way you're kissing
Am7 D
The feelings so strong were lasting for
G
so long
G C D
But I'm not the man your heart is
Em
missing
Am7 D G
That's why you go away I know


[Bridge]

Eb F
Sitting here all alone in the middle of
Bb
nowhere
Am7 D7 Gm
Don't know which way to go
Eb F Bb
There ain't so much to say now between
us
Am7 D7
There ain't so much for you
Gm C F F G
There ain't so much for me anymore


[Solo]

C D G-Em, Am7 D G


[Refrain]

G C D G
I won't forget the way you're kissing
Am7 D
The feelings so strong were lasting for
G
so long
G C D
But I'm not the man your heart is
Em
missing
Am7 D G
That's why you go away I know

Sunday, 17 November 2024

Mikachi WF-40A electric fan

Kebelakangan ini banyak peralatan elektrik yang dirujuk kepada saya dengan masalah kerosakkan teruk serta gagal dibaiki

Jenama: Mikachi

Hari ini saya dirujuk sebuah kipas dinding berjenama Mikachi, model WF-40A dan diberitahu oleh pemilik dengan masalah gagal berfungsi.

Model: WF-40A

Pemeriksaan awal mendapati fius pada plug 3-pin masih elok namun tiada keterusan pada wayar neutral.

Setelah penutup motor dibuka...

Masalah sedemikian biasanya adalah disebabkan thermal fius putus dan akan kembali berfungsi semula setelah diganti.

Setelah motor dibuka...

Setelah motor dibuka, saya dapati ada kesan terbakar pada gegelung seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Gantikan motor baru...

Gegelung yang telah terbakar tidak dapat dibaiki dan perlu tukar motor yang baru.

Selamat berDIY...

Friday, 15 November 2024

Clash Of Clan TH17 after Hammer Jam

Bulan ini COC telah kembali dengan Hammer Jam di mana semua tempoh serta gold/elixer untuk menaiktaraf setiap yang ada termasuk tentera (troops) telah dikurangkan separuh daripada asal.

Hammer Jam due on 25/11/2024

Tahun lepas telah menyaksikan TH16 diperkenalkan setelah tamatnya Hammer Jam.

Hammer Jam dijangka berakhir pada 25/11/2024 dan saya menjangkakan akan bermulanya TH17.

Last TH16 challenge?!

Sama-sama kita nantikan.

TH17 update @ 18hrs

Kemaskini selesai dalam masa sejam bermula pukul 6pm sehingga 7pm pada 25/11/2024.

TH17