Sunday, 21 July 2019

Baiki Lampu Kecemasan (Emergency Light Repair)

Beberapa hari yang lalu saya dirujuk sebuah lampu kecemasan tanpa jenama dengan masalah boleh mengecas namun bila bekalan elektrik diputuskan ianya gagal dihidupkan dengan kuasa bateri di dalamnya.
Transistor NPN (D882) rosak
Setelah diperiksa menyeluruh, hanya sebiji transistor NPN dengan nombor rujukan D882 didapati rosak dan kedudukannya pada papan litar boleh anda lihat pada gambar di atas.
Kiri: transistor rosak, Kanan: transistor baru
Setelah transistor tersebut ditukar dan diuji, kini lampu kecemasan tersebut kembali menjalankan fungsinya iaitu menyala menggunakan kuasa bateri setelah bekalan elektrik diputuskan.
Tested - ok
Tested - ok
Selamat mencuba...

Saturday, 20 July 2019

JVD Duchesse SS 866914 Kettle repair

Hari ini saya dirujuk sebuah cerek elektrik untuk memasak air dengan masalah suisnya tidak berfungsi dengan normal iaitu suis tidak padam setelah air telah mendidih.
Jenama: JVD
Apabila saya tekan suis tersebut, ternyata kadang-kadang ianya boleh dipadamkan secara manual dan kadang-kadang tidak.
Model: SS 866914
Masalah sedemikian amatlah merbahaya disebabkan bekalan elektrik tidak diputuskan walaupun air yang dimasak telah mendidih.
Umpil suis tersebut...
Untuk membuka suis tersebut, anda cuma perlu umpil di bahagian bawah seperti saya tunjukkan pada gambar di atas.
Suis dah tanggal...
Setelah suis tersebut dibuka, apa yang kelihatan ialah suis tersebut telah berubah bentuk dan anda boleh melihatnya seperti pada gambar di bawah.
Bentuk suis lama telah berubah...
Untuk makluman, suis tersebut tidak dapat dibaiki dan harus ditukar.
Pasang kembali, mula dari bahagian atas...
Setelah suis tersebut ditukar dan diuji, kini cerek elektrik tersebut akan padam dengan sendiri apabila air telah mendidih.
Siap...

Selamat mencuba...

Friday, 19 July 2019

ACOUSTIC T1200 amplifier repair

Beberapa hari yang lepas saya dirujuk sebiji amplifier berjenama ACOUSTIC, Model: T1200 dengan masalah, boleh dihidupkan tetapi bila disambung kepada speaker, channel 1 (CH1) tidak berfungsi malah menghasilkan bunyi berdesing yang tidak sedap didengar walaupun tiada input disambung kepadanya.
Jenama: ACOUSTIC, Model: T1200
Tiada masalah pada channel 2 (CH2) ketika diuji dan mengikut pendengaran saya ianya normal.
Setelah penutup atas dibuka...
Oleh yang demikian, setelah dibuka, saya cuma memeriksa CH2 sahaja dan anda boleh melihat keadaan di dalamnya seperti pada gambar di atas dan di bawah.
Kiri: CH1 (channel 1) & Kanan: CH2 (Channel 2)
Pemeriksaan menyeluruh hanya menjumpai sebiji diod yang rosak dengan nombor rujukan HER205 dan telah saya tandakan pada gambar di bawah.
Diod putus...
Untuk makluman, diod tersebut didapati putus (open circuit) dan disambung bersiri kepada diod di sebelahnya yang juga dengan nombor rujukan HER205.
Diod yang rosak telah dikeluarkan...

Diod telah diganti...
Saya juga memeriksa komponen yang berdekatan dan tiada komponen lain yang dijumpai rosak.
Diod - HER205 (400v/2A)
Setelah diod tersebut ditukar dan diuji, kini amplifier tersebut tidak mengeluarkan bunyi yang tidak sedap didengar lagi dan mengikut pendengaran saya ianya normal dan sama seperti CH2.
Tested - ok

Lampu test pen menyala bila disentuh...
Pemeriksaan terakhir saya mendapati bahawa ketika bahagian luar di sentuh dengan test pen, lampu test pen tersebut menyala. Ini disebabkan wayar bumi tidak disambung kepada soket.
Plug versi europe tidak sesuai di negara kita...
Jika peralatan elektrik anda  menggunakan plug seperti yang boleh dilihat pada gambar di atas, anda harus menukarkannya kepada plug 3-pin supaya wayar bumi akan bersambung kepada soket.
Cuba baca apa yang tertulis di situ...
Memang jelas tertulis pada amplifier tersebut bahawa ianya harus disambungkan wayar bumi seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
MUST BE GROUNDED ON EARTH! - ada faham?
Guna plug 3-pin ini...
Selamat mencuba...

Thursday, 18 July 2019

LG DP122 DVD player repair

Semalam saya dirujuk sebuah alat pemain DVD berjenama LG, Model: DP122 dengan masalah langsung tidak dapat dihidupkan.
Jenama: LG, Model: DP122
Jika peralatan eletronik tidak dapat dihidupkan, masalahnya semestinya pada 'power board' yang gagal membekalkan arus eletrik untuk kegunaannya.
Power board
Setelah diperiksa 'power board' tersebut, komponen yang didapati rosak adalah seperti yang saya telah tandakan pada gambar di atas.
  1. 2 biji kapasitor utama 15uF, 450v
  2. sebiji perintang 2.2Ω/2W
Kapasitor yang bocor...
Oleh kerana kapasitor 15uF, 450v tidak mempunyai bekalan maka saya terpaksa menggunakan sebiji 33uF, 450v untuk menggantikan kedua-dua kapasitor tersebut.
Komponen baru...
Untuk makluman, perintang 2.2Ω(2W) tersebut bertindak sebagai fius dan ianya putus akibat litar pintas daripada kapasitor yang bocor di atas.
Testing
Setelah komponen yang dijumpai rosak dan diganti serta di uji, kini alat pemain DVD tersebut kembali beroperasi seperti biasa.
Tested - ok

Selamat mencuba...

3BR4765JZ
Datasheet 3BR4765JZ.
 

Wednesday, 17 July 2019

Philips HP8103 Salon Dry Compact hair dryer repair

Pengering rambut berjenama PHILIPS, Model: HP8103 pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini.
Masalah pengering rambut ini ketika dirujuk kepada saya ialah ianya tidak dapat dihidupkan.
Setelah dibuka, apa yang boleh dilihat adalah seperti pada gambar di atas. Pengering rambut ini telah dibuka dan dibaiki oleh seseorang dan wayar yang disambung cuma di balut dengan pita pelekat wayar.
Jadi saya terpaksa memotong sambungan lama dan membuat sambungan baru supaya lebih selamat dan anda boleh melihatnya seperti pada gambar di atas.
Setelah sambungan siap, susun wayar tersebut kemas didalamnya supaya tidak tanggal lagi dan anda boleh lihat susunan wayar tersebut pada gambar di atas dan di bawah.
Selamat mencuba...

Tuesday, 16 July 2019

Karcher T191 (1200W) vacuum cleaner repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman dirujuk sebuah penyedut hampagas (vacuum cleaner) berjenama Karcher, Model: T191 dengan masalah tidak kuat menyedut.
Karcher T191
Apabila saya uji penyedut hampagas tersebut, memang ada kekurangan ketika menyedut dan perkara yang terlintas di fikiran saya ialah ada kebocoran.
O-ring pun takda..
Setelah diperiksa ternyata kebocorannya pada sambungan hos penyedut tersebut dan anda boleh melihatnya seperti pada gambar di atas. O-ring telah hilang dan saya juga tidak pasti apa yang mereka gunakan untuk menggantikannya.
O-ring baru saiz '35 x 3.0'
Dipendekkan cerita, saya beli dua biji o-ring dengan saiz '35 x 3.0' dan setelah dipasang dan diuji, tiada kebocoran lagi dan penyedut hampagas tersebut kini kembali beroperasi seperti biasa.
Pasang balik...
Selamat mencuba...

Monday, 15 July 2019

DIJAYA LED Driver repair

LED driver seperti ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini dan sini.
LED driver berjenama DIJAYA
LED ini boleh menghasilkan voltan sehingga 40V dan jelas tertera pada bahagian luar penutupnya.
Setelah penutup dibuka...
Setelah dibuka dan diperiksa, hanya sebiji kapasitor didapati rosak dan telah saya tandakan pada gambar di bawah.
Sebiji kapasitor kembung...
Saya hairan kenapa kapasitor yang digunakan itu cuma 35v sahaja sedangkan LED driver tersebut mampu menghasilkan voltan sehingga 40v.
Kapasitor baru 220uF, 50V
Jadi, untuk keselamatan, saya gantikan kapasitor tersebut dengan voltan lebih daripada 35v iaitu 50v seperti yang boleh dilihat pada gambar di atas. Setelah siap diganti, kini LED driver tersebut masih boleh digunakan dan menghasilkan voltan sebanyak 44.6v.
Tested - ok

Selamat mencuba...

Sunday, 14 July 2019

DOMETIC HiPro 3000 minibar repair

Beberapa hari yang lepas saya dirujuk sebuah peti sejuk berjenama DOMETIC, Model: HiPro 3000 dengan masalah lampu di dalamnya tidak hidup dan juga tidak sejuk.
DOMETIC

Model: HiPro 3000
Peti sejuk ini tidak menggunakan 'compressor' tetapi menggunakan pemanas (heater) untuk menukar gas cecair kepada bentuk gas.
Pandangan belakang...
Hanya sekeping papan litar sahaja yang digunakan dan setelah diperiksa, transformer 7v didapati rosak dan telah saya tandakan pada gambar di bawah.
Papan litar

Transformer rosak telah dikeluarkan...

Kiri: Transformer lama, Kanan: Transformer baru
Setelah transformer tersebut di ganti dan diuji, peti sejuk tersebut kini kembali beroperasi seperti biasa.
Siap...

Alat kawalan jauh...

Tested - ok
Selamat mencuba...