Hari ini saya kongsikan pengalaman baru dirujuk kipas siling dengan masalah gagal berpusing setelah dibekalkan arus elektrik.
Sewaktu saya uji dengan membekalkan arus elektrik, ada bunyi 'beep' kedengaran namun kipas tidak berpusing seperti boleh ditonton pada klip video di atas.
![]() |
| Model: 40-1122A |
Kipas juga tidak berpusing setelah motornya saya tolak menggunakan tangan selain hanya bunyi 'beep' sahaja setiap kali alat kawalan jauh ditekan.
![]() |
| Papan litar... |
Pemeriksaan awal pada papan litar elok namun nilai kapasitor terlalu rendah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
![]() |
| Nilai kapasitor cuma 693nf sahaja... |
Kapasitor yang digunakan ialah 2.2uf, 450v namun bacaan sewaktu diperiksa kurang dari 1uf.
![]() |
| Setelah dibuka, sah rosak... |
Untuk makluman semua, kipas masih tidak berfungsi setelah kapasitor telah saya gantikan dengan yang baru.
![]() |
| Buka bahagian bawah kipas... |
Seterusnya saya ukur keterusan pada dua wayar yang membekalkan elektrik ke motor dan tiada bacaan langsung.
![]() |
| Setelah motor dibuka... |
Tiada bacaan keterusan bermaksud litar tidak lengkap atau ada yang putus pada gegelung motor.
![]() |
| Thermal fuse putus... |
Setelah motor dibuka dan diperiksa, saya menemui thermal fuse dengan nilai 130°C, 2A putus.
![]() |
| 130°C, 2A (thermal fuse) |
Setelah thermal fuse diganti, saya masih juga tidak dapat bacaan keterusan pada gegelung motor.
![]() |
| Gantikan thermal fuse baru... |
Pemeriksaan seterusnya mendapati sehelai wayar halus gegelung putus seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
![]() |
| Gegelung putus... |
Wayar tersebut mungkin putus sewaktu saya membuka thermal fuse pada kipas untuk ditukar.
![]() |
| Sambung balik gegelung yang putus... |
Masalah selesai setelah saya sambung kembali gegelung yang putus dengan mempateri sambungan menggunakan timah.
![]() |
| Rintangan gegelung - 300Ω |
Gambar di atas ialah bacaan rintangan gegelung yang saya dapat setelah masalah berjaya dikesan serta berjaya dibaiki.
![]() |
| Komponen rosak yang ditukar... |
Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah.
Selamat berDIY...













No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.