Sebelum ini saya pernah kongsikan pengalaman dirujuk LED driver jenis 2-dalam-1 seperti ini dan anda boleh rujuk di sini.
![]() |
| THOR LED driver |
Masalah lampu LED ini juga serupa dengan yang saya kongsikan sebelum ini iaitu lampu bahagian luar menyala namun lampu di bahagian tengah tidak menyala.
![]() |
| Setelah penutup dibuka... |
Pemeriksaan pada output LED driver menggunakan multimeter mendapati tiada bekalan elektrik untuk lampu bahagian tengah.
![]() |
| WS3441S8P pecah... |
Pandangan mata kasar pada papan litar LED driver mendapati sebiji komponen retak/pecah seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.
![]() |
| Gantikan WS3441S8P... |
Masalah masih serupa setelah komponen pecah tersebut yang dilabel WS3441D8P telah diganti iaitu masih tiada voltan output untuk lampu tengah.
![]() |
| Gantikan diode ES1J... |
Pemeriksaan seterusnya saya menemui diode berlabel ES1J pada bahagian output mengalami litar pintas. Masalah juga masih tidak selesai setelah diode tersebut diganti.
![]() |
| AP6881B disyaki rosak... |
Pemeriksaan menyeluruh tidak menemui sebarang komponen lagi yang rosak melainkan sebiji komponen berlabel AP6881B disyaki rosak.
![]() |
| AP6881B |
AP6881A berfungsi untuk mengubah bekalan elektrik kepada lampu tengah, lampu tepi atau kedua-duanya sewaktu suis lampu dipetik off/on.
![]() |
| Siap... |
Masalah selesai setelah AP6881B telah diganti dan voltan output yang dihasilkan tanpa bebanan (load) ialah 110vdc & 53vdc namun, lampu LED bahagian tengah telah rosak/terbakar seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.
LED driver ini berjaya dibaiki dengan menggantikan:-
- ES1J
- WS3441S8P
- AP6881
Pemeriksaan pada lampu LED bahagian tengah mendapati kesemua LEDnya terbakar dan tidak dapat dibaiki sebab menggunakan 'LED strip' serta tiada alat ganti. 'LED strip' bahagian tengah mengandungi 60 biji LED yang disambung selari (12 set) serta bersiri (5 biji LED).
Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah.
Selamat berDIY...








No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.