Saturday 18 May 2024

BLR vs BFR

Perbankan islam mula popular setelah krisis ekonomi asia hampir 35 tahun lalu. BLR atau BR (sekarang OPR) ketika itu pernah mencecah setinggi 13.53% pada May 1988. Jadi orang ramai kata bank menindas dan perkenalkan pembiayaan patuh syariah atau perbankan berkonsepkan islam dengan kadar tetap dan tidak melibatkan BLR/BR/OPR.

Pembiayaan islam lebih mahal berbanding pembiayaan konvensional ketika itu namun ramai percaya ianya lebih baik sebab tak kira hujan/panas/ribut/taufan, bayaran bulanan tetap sama. Apa lagi bila dipromosikan menggunakan agama bayar mahal pun takpa sebab boleh terlepas di sana kelak.

Dipendekkan cerita masa pun berlalu dan ekonomi negara beransur pulih. BLR/BR yang belasan peratus turun serendah 3.28% pada Januari 2022. Mereka yang pilih pembiayaan konvensional senyum dari telinga ke telinga sebab bayaran bulanan pun turun namun yang pilih pembiayaan patuh syariah ketika itu tetap perlu bayar sama setiap bulan. Bayangkan perbezaannya yang lebih 10% kena bayar setiap bulan.

Barulah mereka perasan rupa-rupanya pembiayaan yang patuh syariah itu juga menindas sebab bayar mahal untuk dapatkan benda yang sama.

Jadi untuk menegakkan benang yang basah supaya produk patuh syariah yang dicanang kekal releven, maka diperkenalkan BFR (Base Financing Rate) untuk pembiaan patuh syariah. BFR itu adalah jelmaan BLR (Base Lending Rate) supaya kelihatan patuh syariah.

Kesimpulan saya ialah pembiayaan patuh syariah dan konvensional sekarang 2x5. Buktinya jika BNM umum OPR naik takda beza pun perbankan islam & konvensional, dua-dua merengek tak sudah-sudah.

Bagi mewujudkan presepsi bahawa pembiaan patuh syariah lebih baik berbanding konvensional maka dalam perjanjiannya dilengkapi 'ceiling rate' bagi mengaburi peminjam yang telah terpajak otak.

Sejak kewujudan pembiaan islam sehingga kini, banyak perubahan telah dilakukan namun penyudahnya terpaksa akur juga dengan cara perbankan konvensional untuk kekal releven. Perbezaannya cuma pada terma yang digunakan iaitu seperti BLR menjadi BFR/BR, kadar faedah (interest rate) menjadi kadar keuntungan efektif (EPR=effective profit rate) serta banyak lagi.

Cabaran selepas ini ialah penjajahan minda dengan mengelirukan orang ramai agar terpajak otak untuk kekal releven dan terus mempratikkan kaedah 'matlamat menghalalkan cara'.

Fikir-fikirkan...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.