Thursday 30 May 2024

Akaun Fleksible KWSP (Akaun 3)

Mulai 11/05/2024, KWSP telah memperkenalkan struktur baru kepada semua pencarum dari 2 akaun kepada 3 akaun dan akaun ke-3 dinamakan sebagai akaun fleksible seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Struktur baru KWSP mulai 11/5/2024...

Nisbah akaun 1, 2 & 3 kini ialah 75%, 15% & 10% masing-masing berbanding struktur terdahulu cuma melibatkan 2 akaun sahaja dengan nisbah 70:30.

Terma & syarat...

Pencarum diberi pilihan untuk memindahkan 10% jumlah dari akaun 2 ke akaun 3 sekali sahaja mulai 11/5/2024 sehingga 31/08/2024.

Saya tidak berminat memindahkan 10% ke akaun 3 sebab akaun 2 boleh dikeluarkan bila-bila masa jika telah mencecah usia 50 tahun.

Sebelum - akaun 3 = RM0.00

Walaupun saya telah bersara, saya masih lagi mencarum secara sukarela sebab kerajaan akan memberi insentif sebanyak RM500 setahun melalui i-Saraan dan pernah saya kongsikan sebelum ini di sini.

Top-up RM278.00 pada 23/05/2024...

Mulai dari bulan ini, caruman akan di asingkan mengikut nisbah struktur baru iaitu 10% dimasukkan ke akaun 3. Saya telah mencarum sebanyak RM278 dan akaun ke-3 saya kini mempunyai RM27.80 seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Selepas - akaun 3 = RM27.80

Wang caruman adalah milik masing-masing dan keputusan untuk memindahkan 10% dari akaun 2 ke akaun 3 itu juga adalah pilihan serta budi bicara masing-masing.

Tujuan asal KWSP ialah untuk simpanan hari tua atau wang persaraan namun kelonggaran telah diberikan dan nasihat saya ialah jangan usik jika tiada keperluan mendesak.

Renung-renungkan...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.