Tuesday 21 May 2024

Baiki lampu LED yang berkelip-kelip atau malap

Lampu LED ini saya beli pada tahun 2017 sebanyak 10 biji dan salah sebiji pernah saya baiki dan anda boleh rujuk di sini.

Lampu siling jenis LED

Hari ini sebiji lagi lampu LED berkelip-kelip sewaktu dihidupkan. Lampu LED yang bermasalah harus ditangani segera dan jika dibiarkan dan terus digunakan ianya akan berakhir dengan gagal dibaiki.

Setelah LED driver - JY-(8-18)x1W dibuka...

Lampu LED cuma ada dua komponen sahaja iaitu lampu LED dan LED driver. Majoriti kerosakkannya ialah pada LED driver.

Gantikan kapasitor utama yang rosak - 6.8uf, 400v

Setelah LED driver dibuka dan diperiksa, hanya sebiji sahaja kapasitor rosak dengan nilai 6.8uf, 400v seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Tested - ok

Cara memeriksa serta mengenalpasti komponen yang rosak boleh ditonton pada klip video di bawah.


Selamat berDIY...

4 comments:

  1. Hi, saya ingin belajar cara buat tu esr meter yang di pakai untuk memeriksa capacitor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. https://lifebeginsatforty40.blogspot.com/2022/06/diy-esr-analog-meter.html?m=1

      Delete
    2. Terima kasih. Nanti saya akan beli tu LCR-T4 digital meter.

      Delete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.