Tuesday, 22 October 2013

Candy Crush Saga

Hari ini, setelah kira-kira 6 bulan bertarung saya telah sampai ke kemuncaknya (peringkat 500) setakat ini.

Walaupun sebelum ini saya pernah berhenti seketika pada July 23, 2013 tetapi kira-kira sebulan selepas itu saya telah menyambung semula 'game' ini secara senyap-senyap.

Tentu ramai yang berpendapat banyak masa akan terbuang begitu sahaja tanpa faedah namun setelah mengharungi sehingga kemuncaknya, 'game' ini telah mengajar saya agar harus bersabar untuk mencapai kejayaan.

Selain daripada itu, ia juga mengajar saya agar tidak beremosi ketika mengambil masa berminggu-minggu untuk mengharungi satu-satu 'level' yang susah seperti peringkat 410 & 461. Ini termasuk Peringkat 290 yang menjurus kepada pemberhentian seketika.

Kini saya berpendapat bahawa segala permasalahan pasti ada jalan penyelesaianya. Harunginya dengan tabah dan sabar, insyaGOD... kejayaan setia menanti anda.
22/10/2013
13/02/2014
09/08/2014 (Level 650)

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.