Wednesday, 17 July 2013

Alat Pemain Piring Hitam tiba-tiba berputar perlahan...

Kebelakangan ini saya sering mengalami masalah berkaitan dengan alat-alat eletronik. Beberapa hari yang lepas 'strobe lamp' pada alat pemain piring hitam saya telah diganti dan kini kadang-kadang putaran pemain piring hitam pula tiba-tiba menjadi perlahan.

Bila direhatkan seketika dan dihidupkan semula, ianya akan berputar seperti biasa tetapi kadang-kadang cuma bertahan kira-kira lima minit sahaja. Seperti biasa sebelum dihantar kepada jurutenik untuk dibaiki, saya akan buka dan cuba baiki dahulu.

Saya agak bernasib baik kali ini sebab cuma dawai yang disambungkan kepada motor yang memutarkan alat pemain piring hitam hampir putus seperti yang dapat dilihat pada gambar di bawah.
cuma tinggal satu dawai halus sahaja yang bersambung dengan motor...
DIY saja lah... (potong dawai tersebut & patrikan semula)

Siap, patri sendiri...
Ini lah wajah alat pemain piring hitam saya
Sehingga blog ini ditulis, alat pemain piring hitam saya telah kembali berfungsi seperti biasa dan tiada masalah tiba-tiba berputar perlahan lagi.

Agaknya kalau ianya dihantar kepada jurutenik bertauliah untuk dibaiki, berapakah kosnya?

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.