Saturday, 10 November 2012

Menipu dengan menyamar sebagai mekanik HONDA

Kisah ini saya 'copy & paste' dari laman sosial facebook untuk dikongsikan bersama agar tidak diperdaya serta berhati-hati dengan orang yang tidak dikenali.

Dalam perjalanan dari Bangi ke UMKL, saya singgah di Hentian Serdang, untuk ke bilik air. Lepas tol Sg Besi, lelaki kanan (yg angkat tangan) follow naik motor & horn 2-3 kali sambil menunjuk ke arah tayar depan kereta. Saya pun berhenti tetapi tidak keluar, takut niat tak baik. Dia kata tayar abang berasap. Saya tengok dari dalam kereta, ada minyak meleleh di rim tayar, macam minyak brek.

Lepas tengok minyak meleleh itu, rasa cuak juga. Sebab brek memang ada bunyi sikit sebelum ini. Lelaki India yang angkat tangan tinggi itu pakai baju Honda, mengaku kerja di Pusat Servis Honda (Global Amity) yang berdekatan & ofer nak bantu. Dia kata kena pegi tepi sikit kawasan lapang, nanti kalau orang/kawan Honda nampak, dia kena tindakan disiplin.

Oleh kerana macam boleh percaya, saya pun pergi ekori dia pergi kawasan kosong sebelah Desa Waterpark. Dia pun buka tayar & check set brek (calipter). Dia kata mungkin bocor. Tapi nampak macam ok je. Minyak yang meleleh pun nampak sikit je, tak merebak pada seluruh rim tayar. Tapi, tak berani nak bawak, takut risiko. Dia kata boleh tolong repair, @ kalau abang tak percaya, abang boleh hantar ke pusat servis. Tapi, biasa la bang, harga Honda. Saya pulak baru tukar fuel pump (RM180, cari sendiri) dan servis + strainer = +/- RM210. Kalau ambil fuel pump Honda RM1,836.00

Lelaki ini kata, dia call kawan dia di Pusat Servis untuk ambilkan barang di spare part yang biasa. Boleh dapat harga kurang sikit. Saya tanya harga, dia kata tak tau. Lepas 10 minit, kawan dia (Ramesh) sampai, bawa barang dengan resit RM1500. Wa.. ini pun dah mahal. Mula timbul ragu sikit. Saya tegur dia kenapa tak bagitau awal2 harga. Dia minta maaf. Lepas itu mereka pasang, buka yang lama, letak dalam boot belakang.


Saya kata boleh bayar kemudian tak, saya tak cukup cash. Nanti petang saya singgah di Global Amity. Mereka kata tak boleh. Abang ambil la di ATM, mereka nak ikut. Dlm hati makin ragu. Saya kata ATM pun tak cukup, kena ambil di kaunter. You ikut saya pegi UM dulu, lepas tu kita ambil duit. Kawan you itu, suruh la dia masuk kerja balik.

Bila masuk kereta, saya bawa dia masuk UM, tapi Ramesh (yang seorang lagi) follow di belakang naik motor. Masa ini, saya rasa memang mereka ini tipu & bersungguh nak duit cash, bukan tolong. Sampai UM, saya kta nak masuk library pulang buku. Mereka tunggu di parking. Kereta saya kunci.

Lepas pulang buku, saya call salesman kat Honda (GLobal Amity) & tanya, ada tak staff nama Ramesh. Dia kata macam takda, kenapa? Saya kata brek saya bocor, dia tolong repair. Salesman kata, oh itu tipu tu, sebab sebelum ini ada customer Honda dah kena, tapi dia pegi ke pusat servis. Kereta ok je.

Saya pun minta bantuan pihak keselamatan UM & balai polis Pantai. Takut2 kena belasah ke. Polis & guard UM datang & tungu kat kereta. Lelaki 2 orang tu buat tak tau je. Lepas tu, baru saya turun. Saya kata kat mereka, you tipu! Honda kata you tak kerja kat situ. Ramesh jawab, Honda ada banyak, bang. Abang buang masa saya je la. Kita orang cuma mau tolong. Masa ni, saya snap gambar mereka. Polis pun tanya, apa yang saya tak puas hati. Lepas tanya mereka pulak, apa tak puas hati. Lepas tu, polis kata, Ok kalau dua2 tak puas hati, kita pergi buat report kat balai.


Polis suruh mereka pergi ke balai dulu. Saya pegi follow kat belakang patrol car. Smpai kat balai, saya buat report. Dua lelaki tu tak muncul2. Baru rasa lega dan sujud syukur. Lepas tu saya send gambar mereka kat salesman Honda. Dia kata baju Honda putih, bukan kelabu. Tu baju lama2 dulu.

Ada rasa lega, syukur sebab Allah selamatkan dari ditipu/ dibelasah. Bimbang, kalau2 terjumpa mereka lagi. Tapi, 1 lagi, rasa puas hati sebab 2 penipu terkena kali ni. Dah buat kerja & tukar barang, tapi tak dapat apa2. Cuma, polis mcm tak berminat nak tahan mereka.

Ada org sebut kata2 Sydna Ali: Aku bukan penipu, tapi penipu tak boleh tipu aku


Sumber

1 comment:

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.