Thursday, 1 November 2012

BR1M 2.0

Borang BR1M 2.0 kini boleh didapati di semua cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mulai hari ini. Orang ramai juga boleh mendapatkan borang tersebut melalui laman internet LDHN di sini.

Syarat kelayak untuk mendapatkan BR1M 2.0 kali ini terbahagi kepada dua iaitu seperti berikut:-

1. Isi rumah yang layak (RM500)
i.  Warganegara Malaysia;
ii.  Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah
    dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM3,000 dan ke bawah:
  • Berkahwin;
  • Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;
  • Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama).
iii. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun
    1953 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000
    dan ke bawah.

2. Individu yang layak (RM250)
i.  Warganegara Malaysia;
ii.  Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur
    21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah) dengan jumlah
    pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.
  • Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia.
  • Sila kemukakan salinan MyKad / Kad Polis / Kad Tentera jika memohon secara manual.
  • Hanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran.
Untuk makluman, BR1M 2.0 ini hanya untuk permohon yang gagal mendapatkan BR1M 1.0 yang lalu serta individu yang belum pernah memohon sebelum ini.

Bagi anda yang telah berjaya mendapatkan BR1M 1.0 yang lalu anda tidak perlu membuat permohonan semula. Namun anda boleh mengemas kini data-data pada BR1M 1.0 sekiranya terdapat sebarang perubahan pada alamat, akaun bank, pertukaran pusat mengundi, pekerjaan, alamat e-mail dan sebagainya secara online melalui eBR1M.

Kepada anda yang celik IT, sila hantar borang permohonan anda melalui eBR1M di sini dan tidak perlu lagi membuang masa untuk berbaris panjang di cawangan LDHN yang berdekatan dengan anda.

Rezeki sudah di depan mata, kalau layak sila buat permohonan segera...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.