Thursday 6 September 2012

Hotlink tak dapat hantar sms ke Celcom pada 06/09/2012

Inilah telefon antik saya, NOKIA 2100
Kira-kira pukul 5 petang tadi saya menerima sms dari seorang kawan dan apabila saya menjawab serta menghantar kembali sms kepadanya, gambar di atas adalah jawapan yang saya terima.

Berikutan itu saya cuba menghantar semula sms tersebut dan jawapan yang sama juga saya terima. Lepas itu saya 'reset/reboot' dengan memadamkan telefon bimbit saya dan hantar sms semula bila telah dihidupkan, jawapan yang sama juga saya terima. Bila saya semak kredit telefon bimbit saya, dah kena potong...

Berikutan itu saya telefon kawan saya untuk mendapatkan pengesahan, sah beliau tak menerima sms yang saya hantar kepada beliau walaupun kredit saya telah dipotong. Untuk makluman, saya menggunakan perkhidmatan Hotlink (Maxis) dan telefon kawan saya pula menggunakan perkhidmatan Celcom.

Dengan rasa tak puas hati, maka saya pun membuat aduan kepada Hotline M'sia (1300820120). Seperti biasa mereka tanya nombor telefon, nama pendaftar dan sebagainya untuk pengesahan. Lepas dengar masalah saya, operator tersebut menyuruh saya semak 'message center number' dan menyuruh saya tukar ke '+60120000015'. Oleh kerana saya menggunakan telefon lama maka saya terpaksa putuskan talian dan semak serta menukar apa yang disuruh. Memang pun nombor tersebut yang tercatat pada 'message center number' pada telefon saya. Lepas itu saya cuba hantar sms kepada kawan yang sama tadi seperti di atas dan masalah tetap sama...

Saya telefon balik ke Hotline M'sia, operator kedua pula suruh saya cuba pula dengan telefon lain sebab dia syak telefon saya rosak, maklum lah telefon antik katakan. Maka buat kali kedua saya putuskan talian dan buat apa yang disuruh. Masalah tetap sama...

Kali ketiga saya telefon balik ke Hotline M'sia, kali ini operator wanita pula yang menjawab. Tanya punya tanya dicampur dengan jawapan tak puas hati saya maka baru operator tersebut memberitahu saya seperti berikut:- 'Encik, hari ini Hotlink ada masalah penghantaran sms ke Celcom, Encik cuba lagi esok'. Saya tanya balik macam mana dengan kredit saya yang telah dipotong tanpa menghantar sms? Dia suruh telefon balik selepas 2 jam sebab pada sistem dia tak nampak transaksi yang terkini yang telah saya buat.

Maka berakhir lah ketidakpuasan saya sebagai pengguna yang tidak mendapat servis dari kredit yang telah dipotong. Mereka tak boleh buat apa-apa dan cuma mengambil aduan saya dan buat laporan untuk tindakan jurutera esok.

Tak lama selepas itu saya terima pula sms dari 20002 yang berbunyi seperti berikut:-
  • Please rate our Maxis staff from 1 to 5, 1=lowest & 5=highest for the customer experience you received. Kindly reply to 20002 at no cost to you. 10Q.
Selepas anda baca semua di atas, apa jawapan anda? Saya jawab '1' lah... dan lepas hantar, saya terima sms mengatakan 'Delivered to: 20002'. Terbukti tiada masalah pada telefon antik saya.

Sebelum terlupa, ketika saya memberitahu operator wanita tersebut bahawa telefon yang saya guna ialah NOKIA 2100, beliau gelak... Patut pun mereka syak telefon saya rosak sebab telefon antik. 8 tahun sudah saya guna telefon tersebut tanpa masalah dan saya yakin masalah hari bukan masalah telefon antik saya.

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.