Monday, 25 November 2013

Penghawa Dingin SAMSUNG AS09R Series

Setelah dua minggu berlalu, 'compressor' yang rosak telah dibaiki (warranty claim) dan dipasang semula ke tempat asalnya hari ini namun ada lagi masalah yang baru pula muncul.
'Outdoor unit' dah siap...
Setelah siap dipasang serta dihidupkan, 'indoor unit' pula meragam iaitu terpadam secara tiba-tiba selepas kira-kira seminit mengeluarkan angin. 'Compressor' yang telah dibaiki pula tidak berpeluang membuktikan yang ianya adalah baru dan boleh berfungsi seperti yang diharapkan. Jurutenik kata PCB pula rosak dan perlu diganti. Macam tak logik pula sebab sebelum 'outdoor unit' dibaiki, tiada pula masalah sedemikian, cuma 'compressor' sahaja yang tak berfungsi setelah panas melampau.
'Indoor unit' pula bermasalah...
Saya mengesyaki kerosakan PCB hanya berlaku pada hari ini iaitu setelah 'outdoor unit' yang telah dibaiki itu dipasang semula. Kemungkinan ada sambungan wayar yang tak betul dan merosakkan PCB.
PCB pula disyaki rosak...
Jurutenik kata tunggu seminggu untuk mendapatkan PCB yang baru. Ini lah produk terburuk yang pernah saya miliki dan tak mungkin akan memilih jenama SAMSUNG lagi selepas ini buat selama-lamanya.
Bahagian bawah PCB
Say NO to samsung product!!!

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.