Monday, 5 August 1985

Alam ini diciptakan dalam masa enam hari (Bahagian dua)

Copy & Paste

*Saya amat meminati sebahagian penulisan di blog artikel ini namun ianya sering menghilang dan muncul sekali kala sahaja atas sebab-sebab tertentu. Tujuan saya salin & tampal di sini ialah untuk rujukan semata-mata. Terima kasih

Saya pernah menulis bahagian satu sebelum ini di sini. Di bahagian ini, saya ingin melebarkan lagi perbahasan untuk memasukkan pendapat para ahli tafsir berkenaan isu ini. 

Telah saya sebutkan sebelumnya, Qur'an mengajarkan Allah telah mencipta langit dan bumi dalam masa enam hari. Al-Qur'an hanya menyebutkan alam ini dalam konteks langit dan bumi, kerana Muhammad tidak tahu-menahu tentang konsep planet yang berbeza, galaksi, jarak bintang-bintang dan sebagainya. Jadi apabila Qur'an menyebut langit dan bumi, adalah difahami bahawa ia meliputi alam semesta. Qur'an tidak menyebutkan apakah yang dimaksudkan dengan enam hari.

Konsep alam di dalam Islam adalah mudah. Bumi disebut sebagai hamparan leper, langit sebagai bumbung. Langit pula mempunyai tujuh lapis. Langit terendah iaitu langit pertama dihiasi dengan bintang-bintang, dan matahari dan bulan mengelilingi bumi di langit pertama.

Konsep penciptaan enam hari ini diambil dari kitab Bible, dan Bible menyebut bahawa enam hari ini adalah enam hari yang sesungguhnya, yakni siang dan malam melibatkan satu hari (al-Kitab Genesis bab satu). Apabila Qur'an tidak menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan enam hari ini, dan cuma mengulangi cerita Bible serta menggunakan bahasa yang digunakan oleh manusia biasa iaitu "hari" (Ayyam), maka ia menjurus kepada maksud yang cukup jelas. Iaitu enam hari yang disebut di dalam Qur'an itu adalah enam hari yang sesungguhnya, iaitu isnin, selasa, rabu dan sebagainya. 

Jika ada maksud yang lain, maka wajiblah bagi al-Qur'an untuk menjelaskan maksudnya, kerana jika tidak, ia tidak mempunyai maksud yang jelas. Jika satu hari yang dimaksudkan dengan al-Qur'an itu bukanlah hari seperti mana yang difahami orang ramai, tetapi mebawa maksud "satu tempoh yang lama" (seperti yang didakwa Dr Zakir Naik misalnya), maka perlulah al-Qur'an menjelaskan. Dengan tidak menjelaskan maksudnya, Al-Qur'an seperti sengaja mengelirukan para pembaca dengan mengunakan perkataan yang membawa satu maksud yang difahami umum, walhal sebenarnya ingin memberi maksud yang lain. 

Enam hari menurut ulama tafsir

Ulama tafsir rata-rata menyebutkan ulama berbeza pendapat mengenai definisi perkataan "hari" yang disebutkan di dalam al-Qur'an, apakah ia merujuk kepada hari di dunia, atau hari di Akhirat, yakni satu hari disebut sebagai seribu tahun (seperti mana disebut dalam surah al Haj 22:47). Berikut di bawah apa yang disebut ulama-ulama tafsir.

At-Tabari menyebutkan ulama berbeza pendapat, tetapi dia mentafsirkan kata enam hari ini sebagai enam hari yang sesungguhnya, iaitu hari isnin, selasa, rabu, khamis, jumaat dan sabtu, tetapi menyebutkan satu hari ini mengikut perkiraan manusia adalah seribu tahun (Tafsir at-Tabari). Maksudnya, hari ahad, isnin, selasa, rabu sehingga jumaat ini berlalu dengan cukup lama, tetapi ia tetap hari-hari ini yang dimaksudkan.

Ar-Razi menyebut di dalam tafsirnya Tafsir al-Kabir, bahawa enam hari ini adalah enam hari seperti perkiraan manusia, yakni 24 jam setiap hari. Ar-Razi berhujah bahawa apabila ayat Qur'an menyebutkan enam hari tanpa menerangkan maknanya, maka ia bermaksud pendengar al-Qur'an sudahpun memahami apa maksudnya, yakni enam hari seperti yang difahami umum. Bagi mereka yang mengatakan matahari dan bulan belum diciptakan, maka bagaimana boleh dikatakan 24 jam itu wujud, ar-Razi menjawab selagi mana tempohnya 24 jam seperti kiraan manusia, maka biarpun matahari dan bulan tiada pun, tempoh 24 jam itulah yang dimaksudkan dengan satu hari. (Tafsir ar-Razi)

Al-Qurtubi menyebutkan ada ulama yang mengatakan satu hari bersamaan satu hari Akhirat, yakni seperti seribu tahun, dan ada pula yang menyebutkan hari seperti hari di dunia.  Dia menyebutkan pendapat Mujahid dan lainnya yang menyebutkan hari pertama ialah hari Ahad, dan hari keenam ialah hari Jumaat (Tafsir al-Qurtubi)

Ibn Kathir mengulangi saja pendapat ulama yang berbeza, ada yang menyebutkan satu hari adalah seribu tahun pada pandangan manusia, dan ada para ulama yang menyebutkan satu hari adalah seperti satu hari di dunia. Dia juga menyebutkan bahawa hari-hari penciptaan itu adalah dari hari Ahad sehingga hari Jumaat, manakala hari Sabtu adalah hari terhentinya penciptaan, kerana perkataan Sabtu itu bermaksud "terhenti". (Tafsir Ibn Kathir). Kepercayaan tentang hari Sabtu adalah hari di mana tuhan berhenti dari mencipta adalah diambil dari agama Yahudi secara langsung dari Taurat, walaupun ini dinafikan oleh orang Islam tentunya.

Tafsir As-Suyuti menyebutkan bahawa enam hari ini adalah enam hari dunia (yakni 24 jam) (Tafsir as-Suyuti)

Tafsir ash-Shaukani menyebutkan satu hari adalah seribu tahun dan ini yang tafsiran yang dipilihnya (Tafsir asy-Shaukani).

Dapatlah dilihat bahawa ulama berbeza pendapat berkenaan ayat ini, tetapi punca ulama berbeza pendapat adalah kerana al-Qur'an sendiri tidak menjelaskan. Sudah tentu, jika pendengar mendengar ayat Qur'an yang menyebutkan "Bumi dan langit diciptakan dalam enam hari", sudah pasti perkara pertama yang difahami adalah enam hari yang difahami sedia maklum, kerana itu yang disebut ayat itu, tanpa ada apa-apa usaha untuk menjelaskan yang sebaliknya. Maka atas dasar itu saya juga menyebut itulah yang dimaksudkan oleh al-Qur'an, yakni hari dua puluh empat jam yang difahami manusia. 

Ini konsisten dengan ajaran Bible yang turut menyebutkan enam hari itu adalah hari di mana adanya siang dan malam, tanpa ada apa-apa usaha untuk menjelaskan siang dan malam itu berapa lama tempohnya. Pemahaman primitif masyarakat pada waktu itu menggambarkan bahawa siang dan malam itu sudah ada sejak dahulu dan siang dan malam itu seperti mana yang mereka lihat pada zaman mereka. Jika al-Qur'an ingin memisahkan pemahaman enam hari penciptaan ini dengan cuba membawa maksud enam hari itu bukan enam hari yang biasa kita fahami, saya mengulangi dakwaan ar-Razi dalam tafsirnya, yakni Qur'an sepatutnya menjelaskan apa yang dimaksudkan. Oleh kerana Qur'an tidak berbuat demikian, maka tidak dapat tidak, itulah kesimpulan yang kita dapati, iaitu enam hari itu enam hari yang sedia maklum dan terzahir, dan tiada maksud lain. 

Ramai pentafsir menyebutkan enam hari ini melibatkan hari ahad, isnin, selasa dan seterusnya, tetapi mereka tidak tahu bahawa konsep hari-hari ini hanya terpakai di bumi ini, kerana terikat dengan fenomena bulan mengelilingi matahari yang membawa konsep tahun yang berbeza, serta musim berbeza. Konsep tujuh hari seminggu ini hanya terpakai di dunia ini, di planet lain, bahkan di bulan sekali pun, konsep tujuh hari ini sudah tidak relevan. 

Maka dakwaan al-Qur’an tentang enam hari serta penjelasan hadith yang memperincikan penciptaan pada hari-hari tersebut cuma membawa fahaman ganjil yang cukup menyimpang dari realiti. Ia juga membawa kepada pemahaman para ulama yang tidak terpakai dalam dunia hari ini, yakni pemahaman mereka bahawa alam ini tercipta pada hari ahad hingga jumaat.

Sunday, 5 August 1984

Allah menciptakan alam ini dalam masa enam hari (Bahagian satu)

Copy & Paste

*Saya amat meminati sebahagian penulisan di blog artikel ini namun ianya sering menghilang dan muncul sekali kala sahaja atas sebab-sebab tertentu. Tujuan saya salin & tampal di sini ialah untuk rujukan semata-mata. Terima kasih

Al-Qur'an mengajar kita sesuatu yang berbeza malah bertentangan dengan fakta sains berkaitan dengan penciptaan alam semesta kita ini, mana satu yang perlu kita percaya, Qur'an atau penemuan sains? Saya sendiri memilih penemuan sains.

Mana-mana ayat al-Qur'an yang bertentangan dengan fakta sains perlulah ditolak. Sesungguhnya al-Qur'an itu rekaan manusia.


Al-Qur'an dengan jelas mengajar kita bahawa Allah telah mencipta alam semesta ini dalam masa hanya enam hari.

Sesungguhnya Tuhan adalah  Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam hari, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy (7:54)

Banyak lagi ayat yang menerangkan 6 hari penciptaan. Surah Yunus 10:3, Hud 11:7, Surah al-Furqan 25:59, surah as Sajdah 32:4, Surah al-Fussilat 41:9-11, Surah Qaf 50:38 dan Surah al-Hadid 57:4.

Di dalam tulisan kali ni, saya akan cuba untuk menjelaskan apa sebenarnya maksud enam hari ini.

Seperti yang kita semua sedia maklum, alam semesta ini sudah berbillion tahun lamanya, lebih tepat, ia sudah berusia 13.8 billion tahun selepas terjadinya peristiwa Big Bang. Bumi kita pula sudah berusia 4.5 billion tahun. Selepas Big Bang, pelbagai tindakbalas kimia telah berlaku untuk menghasilkan bintang-bintang, galaksi, planet dan segala apa yang ada di alam semesta ini untuk menjadi seperti apa yang kita lihat sekarang, dan proses ini mengambil masa yang sangat lama.

Bagaimana urutan penciptaan Allah?

Dalam Surah Fussilat 41:9-12, Allah menerangkan apa yang diciptakannya dalam tempoh tersebut.

Surah 41:9 - Bumi dicipta dalam masa dua hari
Surah 41:10 - Gunung-ganang dan "keperluan hidup" dalam masa empat hari
Surah 41:11-12 - Tujuh petala langit berserta bintang-bintang dalam dua hari

Inilah apa yang Allah cipta. Kalau dikira ia menunjukkan lapan hari, tapi ulama mentafsirkan langit dicipta seiring dengan penciptaan bumi, seperti yang disebut dalam ayat sebelumnya. Jadi ia tetap enam hari.

Sama ada penjelasan ini memuaskan atau tidak, terpulang, bagi saya ia tidak memuaskan dan sebenarnya ia memang menyebut lapan hari walaupun ulama-ulama cuba spin untuk ubah maksudnya kepada enam.

Baik, apa pula yang dimaksudkan apabila Allah kata Dia mencipta segalanya dalam masa enam hari? Enam hari literal ke? Saya akan membuat kesimpulan nanti bahawa ajaran ini bertentangan dengan fakta sains.

Para pendakwah Islam, terutamanya pendakwah masa kini, berhujah mengatakan bahawa enam "hari" sebenarnya bermaksud enam "masa". Perkataan Arab "Ayyaam" iaitu jamak bagi "yaum", tidak hanya membawa maksud "hari" tetapi juga boleh membawa maksud "tempoh masa yang lama". Jadi enam hari yang dimaksudkan adalah enam tempoh yang tidak diketahui berapa lamanya.

Penjelasan ini adalah untuk menyelamatkan al-Qur'an dari dikritik sebagai bertentangan dengan fakta sains. Kerana kalaulah enam hari itu enam tempoh 'dua puluh empat jam', maka sudah tentu ia sangat memeningkan, bagaimana mungkin alam semesta ini tercipta dalam tempoh yang begitu singkat, terutamanya setelah fakta sains menjelaskan sesuatu yang jauh berbeza.

Memang perkataan "Ayyaam" itu boleh merujuk kepada "tempoh waktu yang lama", tetapi betulkah tafsiran ini? Nampaknya tafsiran ini mempunyai sedikit masalah. Pertama, ada hadith yang jelas yang menunjukkan bahawa alam ini memang tercipta dalam enam hari yang sesungguhnya. Mari kita lihat sebuah hadith:


Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah  bersabda: Allah s.w.t mencipta tanah pada hari Sabtu, dan menciptakan gunung pada hari Ahad, dan mencipta pokok pada hari Isnin, dan mencipta yang makruh pada hari Selasa, dan mencipta cahaya pada hari Rabu, dan Dia menyebarkan makhluknya pada hari Khamis, dan mencipta Adam selepas Asar pada hari Jumaat, ciptaan terakhir pada waktu-waktu terakhir hari Jumaat. (Sahih Muslim)


Hadith di atas juga direkodkan oleh banyak lagi kitab hadith termasuk Sunan Abu Daud, Musnad Ahmad, Sahih Ibn Hibban, Sahih Ibn Khuzaimah dan seterusnya.

Satu poin yang ingin saya bangkitkan adalah hadith ini bertentangan dengan ayat al-Qur'an, kerana ia menyebut alam ini dicipta dalam masa 7 hari (termasuk hari Sabtu). Ini satu pertentangan yang saya masih tidak tahu apa jawapannya. Ada laman sesawang yang mengatakan bahawa hadith di atas merujuk kepada penciptaan SELEPAS enam hari yang disebut di dalam al-Qur'an. Bagaimanapun tafsiran ini jelas salah kerana menurut Surah 41:9, gunung-ganang dicipta pada enam hari penciptaan, dan dalam hadith di atas, juga disebut mengenai penciptaan gunung-ganang.

Ada yang kata perawi hadith ini tersilap dalam periwayatannya. Terserah, mungkin dia telah tersilap menambah satu hari, tapi ia tidak bermaksud hadith itu sendiri palsu.

Ibn Kathir sendiri di dalam tafsirnya telah menggunakan hadith ini untuk menjelaskan ayat al-Quran 7:54, menunjukkan bahawa dia selaku ulama tafsir agung juga memahami hadith ini merujuk kepada peristiwa Pnciptaan. Adam dikatakan dicipta pada waktu-waktu terakhir hari Jumaat, iaitu selepas Asar.

Hadith ini langsung tidak mencuba menerangkan hari-hari yang disebut itu bukanlah literal, tetapi beribu-ribu tahun, misalnya. Muhammad dalam hadith itu dengan sengaja menggunakan hari-hari tradisional yang biasa kita fahami tanpa menjelaskannya dengan lebih lanjut. Perbuatan ini oleh Muhammad menunjukkan bahawa Nabi sendiri memahami bahawa alam ini dicipta dalam masa enam hari yang TERDIRI daripada waktu 24 jam setiap satu.

Al-Qur'an datang setelah ajaran-ajaran langit lain seperti Kristian dan Yahudi, dan kedua-dua agama itu mempercayai bahawa Allah (mereka memanggilnya dengan God the Father, atau Yahweh, tapi kita merujuk kepada Pencipta yang sama) telah mencipta alam semesta dalam masa enam hari yang terdiri dari 24jam setiap hari (Rujuk sini). Agama Islam yang datang kemudian telah menngakuinya dan memberitahu perkara yang sama. Jika hendak berhujah bahawa hari di sini bukan bermaksud literal, perlu ada hadith dari Nabi sendiri yang menjelaskan secara jelas bahawa "Enam hari yang dimaksudkan sebenarnya adalah enam tempoh, BUKAN ENAM HARI (24 Jam setiap hari)".

Tapi Muhammad tak buat begitu, melainkan cuma mengulangi saja apa yang kitab Bible sebutkan. Disebabkan ini, dapat dilihat bahawa, menurut Muhammad sendiri, "sittatu ayyam" atau enam hari itu, adalah literal. Kalau tidak, apa pula maksud Adam diciptakan pada hari Jumaat, "selepas Asar"?

Tafsiran lain

Pun begitu, ulama sebenarnya tetap berbeza pendapat apakah maksud "hari" seperti yang dijelaskan di atas itu literal, atau apakah mungkin ia terdiri daripada 1000 tahun (Sumber). Ini berdasarkan kepada ayat al-Qur'an:

Sesungguhnya satu hari di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung (22:47)

Ini bermaksud enam hari penciptaan itu adalah dari perspektif Allah bukan manusia.

Tetapi, kalaupun kita ambil kira bahawa satu hari=1000 tahun, dan enam hari=6000 tahun, ia masih bertentangan dengan fakta sains. Apakah mungkin alam semesta ini tercipta dalam masa 6000 tahun? Bumi ini baru berusia 4.5 billion tahun, bererti ia mengambil masa 10 billion tahun selepas Big Bang untuk mendapatkan planet Bumi kita ini, bukan 6000 tahun.

Jadi bagaimana nak selarikan ayat ni dengan fakta sains, kedua-dua interpretasi ini adalah bertentangan dengannya!

Bagaimana pula dengan bumi yang dicipta selama 4 hari, dan langit dicipta dalam 2 hari? Saya ada menyentuh mengenai perkara ini di suatu lagi artikel saya dan pautannya ada di bawah. Tapi mari kita renung sejenak, ini juga satu fakta yang aneh. Kenapa pula bumi yang kecil ini mengambil masa yang lama untuk dicipta berbanding langit yang tidak terkata luasnya, dengan bintang-bintang yang tak terhitung banyaknya di dalamnya?

Saya sering mendapat jawapan balas yang mengatakan "Penemuan sains itu berubah-ubah, tak semuanya benar, al-Qur'an saja yang benar, kita kena dahulukan al-Qur'an". Tapi ini kalau dah menganggap bahawa kitab itu benar, bagaimana kalau kita lihat dari sudut luar, sudut neutral, sememangnya al-Qur'an itu nampak palsu.

Juga kalau betul berani dan yakin, tolonglah jawab dalam peperiksaan anda, ataupun saat ditanya mengenai bumi dan bintang-bintang, jawab bahawa bumi ini dicipta dalam tempoh 4000 tahun dan langit pula 2000 tahun, kalau lebih berani, beri jawapan yang lebih mendekati Muhammad sendiri iaitu alam ini dicipta dalam tempoh enam hari (24 jam).

Kalau anda tak berani menjawab sedemikian, maka jadi munafiklah pula, kerana tak buat sesuatu yang anda sendiri kononnya percaya dan seru orang lain buat. Bermakna anda juga seperti saya, yakni memilih penjelasan sains daripada penjelasan al-Qur'an.

Saya minta kalau ada yang ingin memberi komen untuk menjelaskan masalah ini, sila tulis di bawah.



Lihat lagi artikel-artikel lain berkenaan keganjilan fakta sains di dalam al-Qur'an:

Kontradiksi mengenai penciptaan alam semesta di dalam al-Qur'an

Bentuk bumi menurut al-Qur'an, leper atau bulat?

Al-Qur'an tidak menyatakan bumi bergerak, sebaliknya matahari yang bergerak mengelilingi bumi

Gunung-ganang tidak menghalang kejadian gempa, tetapi al-Qur'an mengatakan sebaliknya

Saya ingin menjemput para pembaca menekan pautan-pautan di atas dan baca. Kalau ada jawapan atau komen, tolong berikan, saya berminat untuk membacanya. Saya tidak ingin terlalu cepat mengatakan al-Qur'an itu ada kesalahannya, jadi penjelasan yang rasional dan relevan dari anda amatlah dialu-alukan.

Friday, 5 August 1983

Isra' dan Mi'raj: Analisa dari perspektif Islam dan bukan Islam

Copy & Paste

*Saya amat meminati sebahagian penulisan di blog artikel ini namun ianya sering menghilang dan muncul sekali kala sahaja atas sebab-sebab tertentu. Tujuan saya salin & tampal di sini ialah untuk rujukan semata-mata. Terima kasih

Isra' dan Mi'raj merupakan satu peristiwa yang dikatakan pernah berlaku ketika hayat Muhammad, di mana dia telah pergi dari Mekah ke Baitulmaqdis, dan kemudian diangkat ke langit, dalam satu malam.

Isra' berasal dari perkataan سرى (sara) yang bermaksud mengembara di tengah malam, dan mi'raj dari kata عرج (araja) yang bermaksud menaiki. Isra' merujuk kepada perjalanan pertama Muhammad di mana dia dikatakan telah dibawa seekor haiwan berkepak yang telah menerbangkannya dari Mekah ke Baitulmaqdis dalam satu malam, dan setibanya di sana, dia telah naik pula (mi'raj) ke langit tertinggi dan telah bercakap-cakap dengan Allah. 

Sejujurnya, jika cerita ini diucapkan oleh seseorang pada zaman ini, kita akan melabelnya sama ada seorang yang gila, atau seorang penipu. Inilah label yang telah dilemparkan kepada Ayah Pin dan pengikutnya.


Walaupun dulu saya seorang Muslim, tetapi ketahuilah, sekarang ini apabila dihidangkan dengan cerita Isra' Mi'raj, gambar di atas itulah yang saya bayangkan tentang Muhammad. Seandainya orang Islam boleh melihat kekarutan dalam perkara ini, ia akan lebih menguntungkan mereka. Mereka gemar menghina Ayah Pin dan pengikutnya, tetapi ketahuilah satu jari yang dituding kepada Ayah Pin, sebenarnya lagi empat jari menunjuk ke arah mereka sendiri. 

Peristiwa Isra' Mi'raj.

Tarikh berlakunya isra' mi'raj tidak dipersetujui di kalangan para pendeta Muslim, dan mereka memberikan pelbagai macam pendapat, ini kerana tidak adanya satu hadith sahih yang menyebutkan secara tepat tarikh bila ia berlaku. Ada yang mengatakan ia berlaku setahun sebelum hijrah (Ibn Sa'd), berlaku pada tahun Muhammad dilantik sebagai nabi (at-Tabari), tiga tahun sebelum hijrah (Ibn al-Athir) atau lima tahun sebelum hijrah (an-Nawawi). 

Berkenaan bulan juga sama tidak disepekati, ada pendapat yang menyebut ia berlaku pada bulan Rabi'ul Awal, ada yang meyebut Rabi'ul Akhir dan pendapat yang paling diterima sekarang ialah 27 Rejab. 

Peristiwa ini dikatakan berlaku pada satu malam yang sama dan telah diriwayatkan oleh sekian banyak hadith, dengan periwayatan yang cukup panjang lebar dan terperinci. Agak sukar untuk kita lihat kesemuanya, maka cukup untuk kita pergi kepada beberapa poin penting. Jadi saya ringkaskan peristiwa yang berlaku. 

Pada suatu malam, dikatakan atap rumah Muhammad telah dipecahkan dan malaikat Jibril turun masuk. Jibril kemudian telah membelah dada Muhammad dan membasuh dadanya dengan air zam-zam dan memasukkan dadanya dengan "hikmah" dan "iman" dari sekeping pinggan emas. Setelah itu, kemudian dadanya ditutup semula oleh Jibril. Dari babak pertama cerita ini saja sudah membuatkan kita berfikir, apakah benar ini berlaku, ceritanya cukup kedengaran seperti lagenda, tetapi itulah yang didakwa berlaku seperti diriwayatkan oleh Sahih Bukhari dan lainnya. Bahkan saya pernah mendengar adanya ustaz yang pernah mengatakan inilah kali pertama dalam sejarah operasi pembedahan telah berjaya dilakukan ke atas manusia! 

Terdapat perbezaan riwayat tentang dari mana sebenarnya Muhammad memulakan isra'nya, hadith Bukhari menyebutkan dari rumahnya (hadith 349), al-Baihaqi menyebutkan dari Masjidil Haram (Dalaa'il An-Nubuwah 2/36-142), manakala Ibn Hisyam menyebutkan dari rumah sepupu Muhammad, Hind bint Abu Talib (Ummu Hani) (2: 52-53). Pun begitu kisah berkenaan isra' dari rumah Ummu Hani telah dikritik sebagai riwayat yang lemah. 

Untuk mengelakkan percanggahan dengan ayat al-Qur'an yang menyebutkan Muhammad diisra' dari Masjidil Haram, ada ulama menyebutkan Muhammad telah dibawa dari rumahnya ke depan Kaabah dahulu, kemudian barulah dia dibawa ke Baitulmaqdis. Dia isra' menaiki buraq, iaitu seekor makhluk semacam kuda atau keldai (ia dikatakan lebih kecil daripada kuda, tetapi lebih besar daripada keldai).

Ketika Muhammad di isra’ kan dari mekah ke baitulmaqdis, dia telah diperlihatkan beberapa perkara ajaib yang memberinya pengajaran, termasuk imej beberapa orang diseksa untuk pelbagai macam dosa. Setiap apa yang dilihatnya, Jibrail menceritakan apa yang berlaku. Setelah tiba di baitulmaqdis, Muhammad bersolat jemaah sebagai imam, mengimami roh-roh nabi-nabi sebelumnya yang turut sama bersolat dengannya di Masjidil Aqsa. Kemudian dia naik ke langit dengan menaiki tangga dan melalui langit pertama sehingga langit ketujuh. Di setiap langit dia bertemu dengan nabi-nabi tertentu. 

Akhirnya Muhammad bertemu dengan Allah taala di sidratul muntaha. Allah telah memberikan perintah kewajipan untuk solat lima waktu. Setelah itu dia turun semula ke bumi, dan dibawa semula ke Mekah. Tiba waktu pagi di Mekah, Muhammad telah menceritakan bahawa dia telah pergi dalam satu malam ke Baitulmaqdis dan kembali, dan ini telah disangkal oleh orang ramai. 

Jika diikut riwayat, untuk membuktikan bahawa dia telah pergi ke Baitulmaqdis, dia telah menceritakan apa yang dilihatnya di Baitulmaqdis, dan juga menceritakan tentang kafilah dagang yang dilihatnya dalam perjalanan ke Mekah. Apabila kafilah dagang itu tiba, adalah dilihat mereka itu sama seperti apa yang diceritakan Muhammad. Mereka yang pernah ke Baitulmaqdis sebelum itu, dikatakan bersetuju dengan gambaran Muhammad tentang rupa bentuk Baitulmaqdis seperti yang diceritakan Muhammad. 

Begitulah ringkasan ceritanya. 

Ada banyak percanggahan berkenaan cerita isra' mi'raj ini, disebabkan banyaknya hadith yang diriwayatkan tetapi saling bercanggahan dan tidak memberi urutan cerita yang sama. Lebih buruk, banyak hadith-hadith yang diriwayatkan tentang isra' mi'raj ini lemah dan telah dicela periwayatannya oleh ramai ulama-ulama hadith sendiri. Menyebabkan kita mula bertanya, apa yang menyebabkan orang Islam dahulu begitu suka mencipta hadith berkenaan isra' mi'raj ini? Apakah kerana ia satu kisah ajaib yang cukup hebat dan menarik sehingga perbuatan menokok tambah cerita begitu sukar untuk dilawan?

Percanggahan pendapat juga berlaku dalam beberapa perkara,  seperti berikut: 

1) Adakah peristiwa mi'raj berlaku dalam keadaan Muhammad tidur atau terjaga? Ibn Hajar al-Asqalani menyebutkan bahawa perbezaan pendapat ulama adalah berkenaan mi'raj, tetapi peristiwa isra' tidak diperselisihkan. Pun begitu, majoriti ulama percaya ia berlaku dalam keadaan Muhammad terjaga kerana jika Surah al-Isra' ayat 17:1 mengatakan Allah memperjalankan "hambanya" yang bermaksud roh dan jasad. 

2) Berapa kali peristiwa mi'raj berlaku? Walaupun pendapat masyur adalah ia berlaku cuma sekali, tetapi ada yang mengatakan ia berlaku dua kali. Satu dalam keadaan Muhammad tidur, dan satu dalam keadaan Muhammad terjaga. Ada juga yang mengatakan ia berlaku berkali-kali, seperti pendapat al-Imam Abu Syamah.

Ada yang mengatakan ia berlaku berkali-kali kerana perbezaan-perbezaan dalam hadith dan juga kerana tidak ada satu hadith yang menyusun kesemua peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam satu riwayat saja. Riwayat-riwayat tentang isra’ mikraj ini, jika dilihat, sangat banyak dan ada hadith-hadith yang cukup panjang. Yang anehnya, setiap kali diceritakan tentang peristiwa ini, pasti ada perbezaan. Peristiwa pembelahan dada juga diceritakan berlaku pada tempat dan masa berbeza, yang menyebabkan adanya ulama yang mengatakan ia berlaku berkali-kali. 

Banyak peristiwa yang ada diceritakan di dalam satu hadith, tetapi tidak diceritakan pula di hadith lain, bahkan ada yang bercanggahan, seperti contoh nabi apa yang ditemui oleh Muhammad pada langit-langit tertentu. 

3) Adakah Muhammad melihat Allah di Sidratul Muntaha? Aisyah dan Ibn Mas'ud mengatakan Muhammad tidak melihat Allah, manakala Abu Zar dan lainnya menyebut Muhammad melihat Allah dengan mata kepala sendiri.

Tarikh bila berlakunya Isra' Mi'raj

Seperti disebut di atas, tidak ada tarikh disebut dalam hadith tentang bila berlakunya peristiwa ini, tetapi ia berlaku selepas Muhammad mendakwa dirinya dilantik sebagai nabi dan rasul. Ketika itu, Baitul Maqdis masih di bawah pemerintah kerajaan Byzantine, Heraklius.

Status Masjidil Aqsa ketika itu

Walaupun tidak disebut secara spesifik di manakah Baitul Maqdis, tetapi sepanjang sejarah memang lokasi itu disebut dan diterima orang Islam sebagai kota Jerusalem. Masjid al-Aqsa berada di kota Baitul Maqdis (Jerusalem). Ketika peristiwa isra' mi'raj ini, tidak ada bangunan di lokasi al-Aqsa, kerana masjid al-Aqsa belum dibina, manakala kuil Sulaiman pula telah dihapuskan ketika tahun 70 Masihi.

Tetapi perkataan masjid itu sebenarnya boleh merujuk kepada satu kawasan untuk bersembahyang, walaupun tidak ada dinding atau bangunan di situ. 

Maka apabila dikatakan Muhammad diisra'kan ke Masjid al-Aqsa, ia sebenarnya tidak mendatangkan masalah walaupun bangunan masjid al-Aqsa itu belum dibina waktu itu ataupun tiada bangunan di situ. Yang penting ada sempadan, dan kawasan Temple Mount atau bekas lokasi kuil Sulaiman itulah yang disebut sebagai masjid al-Aqsa oleh orang Islam. 

Ketika Muhammad dikatakan pulang dari Baitul Maqdis, hadith mengatakan ketika dia dipersoal oleh warga Mekah untuk membuktikan dakwaannya, dia telah menjelaskan bagaimana rupa masjid. Kita hanya boleh membayangkan yang Muhammad sedang menggambarkan kawasan terbuka tanpa bangunan. 

Ringkasan tentang hadith Isra' dan Mi'raj

Saya ringkaskan beberapa hadith yang berkaitan dengan peristiwa isra' mi'raj ini di bawah untuk kita melihat tema-tema utama yang disebutkan. Hadith-hadith ini telah dikumpulkan oleh Imam Jalaluddin as-Suyuti di dalam kitabnya al-Ayah al Kubra fi Syarh Qishah al-Isra'. Mari kita lihat. 

Hadith riwayat Muslim (Sahih Muslim, Kitab al-Iman): Menceritakan Muhammad menaiki buraq ke Baitul maqdis, dan di situ dia telah diberikan pilihan susu dan arak, dan dia memilih susu. Tidak ada apa yang diceritakan berlaku dalam perjalanan antara Mekah dan Baitulmaqdis. Kemudian dia naik ke langit dan melalui tujuh langit dan bertemu dengan nabi-nabi berbeza di setiap langit. Berlakunya perintah solat lima waktu. 

Status hadith: Sahih.

Hadith riwayat al-Bukhari (Sahih al-Bukhari Kitab al-Tauhid): Menceritakan atap rumah Muhammad dipecahkan dan Malaikat masuk serta membelah dan membersihkan dada Muhammad. Riwayat ini tidak menyebut tentang isra', kerana setelah dada Muhammad ditutup, dia terus dibawa ke langit. 

Dalam perjalanan di langit, dia bertemu dengan beberapa Nabi, akhirnya disebut tentang perintah solat lima waktu.

Status hadith: Sahih

Hadith riwayat al-Bukhari (Sahih al-Bukhari, Kitab al-Tauhid): Bermula dengan Muhammad tidur di Masjidil Haram, kemudian datangnya malaikat dan membelah dadanya di masjid itu (berbeza dengan hadith kedua di atas yang mengatakan dada dibelah di rumahnya). Hadith ini juga tidak menyebut tentang peristiwa isra', tetapi terus menceritakan Muhammad dimi'raj ke langit dan bertemu para nabi di setiap langit. 

Status hadith: Walaupun disebut oleh al-Bukhari sebagai sahih, tetapi hadith ini mempunyai seorang bernama Syarik dalam perawinya, dan Ibn Kathir berkata Syarik mempunyai hafalan lemah (tafsir ibn kathir), Imam Muslim mengatakan Syarik selalu menambah dan mengurangkan riwayat, Imam Nawawi pula berkata riwayat syarik di atas mempunyai keraguan yang diingkari ulama. 

Hadith riwayat al-Baihaqi (Dala'il an-Nubuwwah): Menyebutkan Muhammad diisra' ke Baitul maqdis, dan sementara dalam perjalanan telah ternampak orang tua uzur, dan juga beberapa nabi yang memberinya salam. Setibanya dia Baitul Maqdis, Muhammad telah diberikan pilihan air susu dan air arak. 

Status hadith: Sahih

Hadith riwayat Ibn Abi Hatim (dikutip dalam Tafsir Ibn Kathir): Menceritakan Muhammad telah diisra'kan ke Baitulmaqdis. Hadith ini menyebutkan Muhammad terus sampai ke Baitul Maqdis tanpa dia melihat apa-apa peristiwa menarik dalam perjalanan. Tidak ada orang tua uzur seperti mana disebut hadith di atas. Setibanya di Baitulmaqdis, dia telah terlihat para bidadari sedang duduk di perkarangan masjid, dan dia bercakap-cakap dengan bidadari.

Muhammad kemudian mengimami solat para nabi dan kemudian dia naik ke langit. Sama seperti riwayat lain, dia telah menembusi tujuh langit dan bertemu dengan nabi-nabi yang berbeza di setiap langit. Akhirnya dia menerima perintah solat lima waktu di sidratul muntaha. Kemudian Muhammad turun semula dan kembali ke Mekah. 

Dalam perjalanan pulang ke Mekah, Muhammad terlihat adanya kafilah dagang dalam perjalanan ke Mekah, yang mana ada seekor unta membawa kantong hitam dan putih, yang mana unta ini berlari dan berpusing-pusing dan menyerang unta lain. Apabila Muhammad sampai di Mekah, Muhammad menceritakan tentang peristiwa isra' mi'raj, termasuk kejadian unta. Penduduk Mekah menafikan cerita Muhammad, tetapi apabila kafilah dagang itu tiba di Mekah, penduduk Mekah bertanya apa yang berlaku, dan kafilah dagang itu menceritakan sama seperti apa yang diceritakan Muhammad. 

Status hadith: Ibn Kathir kata hadith ini mempunyai kandungan yang "gharib yang mengagumkan". Sebahagian ahli hadith menganggap ia lemah termasuk Ibn Mu'in, Imam Ahmad ibn Hanbal, an-Nasa'i, ad-daruqutni. 

Hadith riwayat Imam Ahmad (Musnad): Malaikat tiba ketika Muhammad sedang tidur, dan dadanya dibelah. Muhammad kemudian menaiki buraq, tetapi riwayat ini menyebutkan Muhammad terus pergi ke langit, tanpa menyebutkan tentang isra' ke baitulmaqdis. Seperti biasa, hadith ini menyebutkan Muhammad pergi ke langit yang berbeza sehingga sampai ke Sidratul Muntaha. 

Kemudian menyebutkan Muhammad pergi ke Baitul Ma'mur di langit, dan di kemudian dia diberikan pilihan susu dan madu. Jadi hadith ini berbeza dengan hadith lain, kerana hadith lain menyebutkan Muhammad diberi pilihan susu/madu ketika di Masjid al-Aqsa, manakala hadith ini menyebutkan ketika Muhammad sudah di langit barulah diberi pilihan. 

Status hadith: Sahih, dan diriwayatkan juga oleh al-Bukhari dan Muslim.

Hadith riwayat al-Baihaqi (Dala'il an-Nubuwwah): Ketika Muhammad sedang tidur, ada yang mengejutkannya dan dia tidak melihat sesiapa, tetapi dia dengar suara. Dia kemudian keluar dari masjid mengikut arahan suara itu dan melihat ada buraq. Dia naik buraq dan ketika dalam perjalanan, dia terdengar suara memanggil dari sebelah kanan dan sebelah kiri, tetapi dia tidak menjawab. Dia juga terlihat ada seorang perempuan yang terbuka betisnya memanggilnya, tetapi dia juga tidak menjawab. 

Setelah tiba di al-Aqsa, malaikat jibril datang dan memberinya pilihan susu dan arak. Kemudian Muhammad bertanya tentang apa yang dilihatnya, dan Jibril berkata suara yang didengarnya adalah sebenarnya adalah suara Yahudi dan Nasrani, dan jika Muhammad menjawab maka umatnya akan menjadi Yahudi dan Nasrani. Perempuan yang dilihatnya adalah harta benda dunia, dan jika Muhammad menjawab, maka umat Muhammad akan memilih harta benda dunia mengalahkan Akhirat. 

Muhammad kemudian solat di Masjidil Aqsa, dan kemudian naik ke langit. Dalam perjalanan ke langit, dia melihat beberapa perkara, termasuk beberapa kejadian ajaib termasuk:

1) Ada daging di atas meja, tetapi tiada siapa yang makan. Di satu meja lain ada pula daging busuk tetapi ramai orang yang berebut memakannya. Jibril menyebut ini kelompok umat Muhammad yang memilih harta haram dan meninggalkan yang halal. 

2) Melihat satu kaum yang perutnya sebesar rumah sehingga tidak dapat berjalan kerana terlalu besar. Jibril mengatakan ini orang yang memakan riba

3) Suatu kaum yang bibirnya dibuka untuk menelan bara api, dan keluar melalui dubur. Jibril berkata ini orang yang memakan harta anak yatim. 

Hadith ini bersambung dengan beberapa peristiwa lagi. Muhammad kemudian bertemu beberapa nabi di setiap langit. Ketika di sidratul muntaha, Muhammad melihat syurga dan melihat bidadari dan sungai-sungai. Akhirnya Muhammad kembali ke bumi dan pulang ke Mekah. 

Hadith in berakhir dengan Muhammad berhadapan dengan kaum Quraisy dan kaum Quraisy mempersoal apa yang berlaku setelah Muhammad mendakwa dia isra dan mi'raj. Muhammad menyebutkan dia melihat ada unta yang berlari-lari, kemudian dia juga menggambarkan gambaran baitul Maqdis. 

Status hadith: Ibn Kathir menyebut hadith ini diriwayatkan oleh Abu Harun al-Abdi, dan dia dianggap lemah oleh para imam lain. Syu'bah pernah berkata: Sesungguhnya aku lebih senang dipukul leherku daripada aku harus meriwayatkan hadith daripada Abu Harun. 

Dilihat hadith ini mempunyai banyak tambahan cerita yang tidak ada di hadith lain, termasuk gambaran-gambaran yang dilihat Muhammad ketika dalam perjalanan ke Baitulmaqdis dan juga dalam perjalanan ke langit. 

Hadith riwayat al-Baihaqi (Dala'il an-Nubuwwah): Jibrail datang bersama Mika'il kepada Muhammad dan membelah dadanya. Kemudian dia menaiki buraq dan berlepas ke al-Aqsa. Dalam perjalanan ini dia melihat beberapa peristiwa yang tidak disebut dalam hadith-hadith yang lain, termasuk kaum yang bercucuk tanam, kaum yang kepalanya dihentak batu, kaum yang memakan batu api dan lain-lain. Untuk setiap kaum ini ada pengajarannya masing-masing. 

Dalam hadith ini, peristiwa-peristiwa yang dilihat dalam perjalanan adalah amat banyak, berbeza dengan hadith lain yang ada tidak menyebut apa-apa pun. Muhammad kemudian diberi pilihan susu dan arak, dan kemudian naik ke langit. Muhammad bertemu dengan nabi di setiap langit. 

Ketika di sidratul muntaha, dia melihat beberapa perkara ajaib termasuk pokok gergasi yang untuk mengelilinginya perlukan tujuh puluh tahun. 

Status hadith: Az-Zahabi mengatakan hadith ini mempunyai lafaz yang sangat mungkar. As-Suyuti mengatakan hadith ini mempunyai perawi bernama Abu Ja'far al-Razi yang mana adanya perselisihan ulama tentang sama ada dia boleh dipercayai atau tidak.  Ibn Kathir menyebutnya hadith yang mungkar dan Abu Ja'far ar-Razi mempunyai hafalan yang lemah.

Hadith riwayat Abu al-Fadl bin Umar (Al-Khasa'il al-Kubra): Jibrail datang kepada Muhammad dan mereka bertolak di atas Buraq. Dalam perjalan, dia bertemu dengan lagi perkara yang tidak disebut di dalam hadith lain. Ini termasuk bertemu dengan Musa dan Ibrahim dan bercakap-cakap dengan mereka. 

Ketika tiba di Masjidil Aqsa, dia masuk ke masjid dan diberi susu/arak. Dia kemudian bersolat dan hadith ini tamat. 

Status hadith: Di dalam tafsirnya Ibn Kathir mengatakan ada perkara ganjil dalam hadith ini kerana menyebutkan Muhammad bertemu dengan para nabi sebelum sampai ke masjidil Aqsa, walhal hadith lain menyebut dia bertemu nabi di langit. 

Hadith riwayat Ibn Ishaq (al-Sirah an-Nabawiyah): Hadith pendek ini menyebut Muhammad tidur di rumah sepupu perempuannya, Ummu Hani dan kemudian telah diisra'kan ke Baitul maqdis.

Status hadith: Hadith ini mempunyai perawi bernama al-Kilabi al-Kufi, yang mana dia dikatakan pernah mereka-reka hadith. Rujuk kitab Dhu'afa al-Bukhari (no. 332).

Hadith riwayat at-Tabrani (Mujam al-Kabir): Hadith pendek yang menyebutkan Muhammad di bawa ke langit dan melihat pokok syurga dan dia telah memakan dari buah itu. 

Status hadith: Hadith maudhu'. 

Hadith riwayat Imam Ahmad (Musnad): Muhammad diisra' ke Masjidil aqsa, tetapi disebutkan bahawa dia tidak bersolat di situ tetapi telah pergi ke langit. Hadith ini ganjil kerana berbeza dengan hadith lain kerana ia menyebutkan Muhammad tidak bersolat di masjidil aqsa. 

Status hadith: Imam Tirmizi menyebutkan ia sahih. 

Hadith riwayat Imam Ahmad (Musnad): Hadith ini ringkas dan menyebutkan Muhammad di isra' ke Baitul Maqdis dan kemudian kembali. Tidak menyebutkan langsung tentang mi'raj. Kemudian hadith ini memberi dialog antara Abu Jahal dan Muhammad ketika Muhammad cuba mempertahankan dakwaannya bahawa dia melengkapi perjalanan ke Baitul Maqdis dan kembali semula dalam satu malam. 

Disebutkan Muhammad menggambarkan sifat masjid, tetapi hadith tidak menyebutkan apakah sifat masjid itu. Sebenarnya hadith ini aneh kerana seperti disebut, tidak ada bangunan masjid di situ, jadi apakah dia cuma menggambarkan kawasan lapang? Jika diikut pada hadith itu, Muhammad dikatakan tidak ingat rupa masjid itu sehingga kononnya dia diberi gambaran di depannya, dan dia menggambarkan apa yang dilihatnya. Jika kawasan lapang, apa yang susah sangat hendak diingat?

Status hadith: Perawi hadith ini thiqah, menurut al-Haithami dalam al-Majma'.

Perbincangan 

Kita dapat melihat bahawa ada banyaknya perbezaan di dalam kandungan hadith antara satu sama lain. Ada tema yang sama diulang dalam beberapa hadith, seperti Muhammad isra' ke Al-Aqsa, bersolat di situ, naik ke langit, bertemu beberapa nabi di setiap langit, menerima perintah lima waktu dan akhirnya pulang ke bumi, kemudian dia berkongsi kisahnya dengan penduduk Mekah, dan apabila mereka tidak mempercayainya, dia telah memberi dua bukti; menggambarkan baitulmaqdis, dan menceritakan kisah unta. Ini tema utama.

Pun begitu, seperti dilihat, ada banyak maklumat yang tidak diceritakan di dalam satu hadith, tetapi diceritakan di dalam hadith yang lain. Jika peristiwa ini menarik dan ajaib, kenapa tidak menceritakan secara penuh? Bayangkan, dalam satu hadith, diceritakan peristiwa A, B dan C berlaku,manakala dalam hadith lain, dikatakan peristiwa D, E, F,G dan H berlaku, dan hadith lain pula menyebut P, Q dan R,  tetapi tidak pula disebut tentang peristiwa A, B dan C. Kenapa begitu?

Adakah ini bermaksud cerita-cerita ini ditokok tambah oleh perawi berbeza, seiring berlalunya waktu, dan cerita asalnya tidak begitu menarik dan tidak mempunyai peristiwa-peristiwa itu? Juga kita boleh melihat ada banyak daripada hadith -hadith di atas dianggap lemah. Kenapa begitu banyak yang dianggap lemah? Dan berapa banyak kandungan hadith itu yang perlu dianggap benar-benar terjadi, kalaupun tidak mahu ditolak keseluruhan ceritanya? 

Sudah pasti kalau ditanya saya, saya katakan ia tidak pernah berlaku, tetapi kalau para Muslim ingin menganggap ia berlaku, manakah kandungan hadith lemah ini yang boleh diterima?

Analisa hadith 

Hadith Imam Muslim yang pertama di atas tidak menyebutkan Muhammad mengimami solat di masjidil aqsa, manakala hadith lain menyebutkan secara spesifik bahawa Muhammad mengimami para nabi di situ. Hadith kedua dari al-Bukhari pula langsung tidak menyebutkan peristiwa Mi'raj, tetapi mengatakan Muhammad terus naik ke langit, seolah-olah isra' tidak berlaku.  

Hadith ketiga pula statusya dianggap lemah dan boleh ditolak, kandungannya juga berbeza kerana menyebutkan ada tiga orang yang datang bertemu Muhammad bukan cuma Jibrail, dan Muhammad juga tidak isra' tetapi terus mi'raj. Hadith keempat pula cuma menyebutkan tentang peristiwa isra', tetapi menambah peristiwa penampakan orang tua uzur dan juga kelibat dua malaikat. Hanya hadith ini yang menyebut peristiwa ini.

Hadith kelima dikatakan lemah, dan mempunyai tambahan maklumat, bahawa Muhammad melihat bidadari di masjidil aqsa. Hadith keenam tidak menyebut tentang peristiwa isra' langsung, tetapi terus menyebutkan bahawa Muhammad diangkat ke langit (mi'raj). Hadith ketujuh pula menambahkan lagi peristiwa-peristiwa yang dilihat ketika dalam perjalanan isra' (suara yahudi dan nasrani, dan wanita terbuka betis) dan juga ketika mi'raj.

Hadith kelapan menambahkan lagi peristiwa-peristiwa yang dilihat Muhammad ketika Isra' (lelaki yang kepala dihentak batu, memakan batu api, dipotong lidah dsb), dan menambah lagi cerita ketika di sidaratul muntaha. Malangnya hadith ini dipersoal statusnya. 

Hadith kesembilan dikatakan sahih, tetapi kandungannya menyebutkan Muhammad telah bertemu Ibrahim dan Musa ketika isra', yang mana ia berbeza dengan hadith-hadith lain yang mengatakan Muhammad bertemu dengan para nabi di langit, bukan ketika di isra'kan.

Daripada kesemua ini, kita boleh buat beberapa kesimpulan:

1) Jika benar peristiwa ini berlaku, kenapa setiap hadith menceritakan perkara yang berbeza tentang apa yang dilihat oleh Muhammad pada malam itu? Selain daripada tema utama iaitu pergi ke tujuh lapisan langit, detail di dalam hadith-hadith ini berbeza antara satu sama lain (Bahkan ada juga hadith yang berbeza tentang siapa nabi yang ditemui pada langit ke berapa).

Sebenarnya, jika betul Muhammad melalui peristiwa ini, bukankah lebih masuk akal jika ada lebih banyak persamaan berbanding perbezaan ketika meriwayatkan peristiwa ini? 

Akibat perbezaan-perbezaan dan tokok tambah ini, ia lebih menjurus kepada kesimpulan bahawa setiap perawi yang merawi cuma menokok tambah cerita apa yang dirasakan mereka telah berlaku pada malam itu. 

2) Ada tidak kurang lima hadith yang dianggap lemah atau palsu di dalam riwayat-riwayat tentang isra' mi'raj. Dan dikalangan hadith sahih pula adanya perbezaan kandungan. Kenapa ada banyak hadith yang lemah dalam kisah isra' mi'raj ini?

3) Muhammad dikatakan menggambarkan Baitul Maqdis, tetapi tidak ada satu pun hadith yang menyebutkan apa yang digambarkan oleh Muhammad itu. Kenapa tidak disebutkan? Adakah kerana perawi hadith itu sendiri pun tidak tahu apa sebenarnya yang dikatakan Muhammad, ataukah adakah Muhammad telah menyebut sesuatu yang jelas-jelas tidak tepat, memandangkan waktu itu masjid al-Aqsa belum dibina pun lagi, dan perawi hadith tidak ingin mengulangi apa yang diperkatakan Muhammad?

Ada satu hadith yang menyebutkan Muhammad menggambarkan bangunan masjid dan dikatakan dia menghadapi kesukaran untuk menggambarkan kerana tidak ingat rupa bentuk masjid itu, walaupun padahal tiada bangunan masjid ketika itu kerana belum dibina. 

4) Beberapa hadith menyebutkan Muhammad didatangi ketika dia sedang tidur, dan dikejutkan oleh Jibrail, dan ini dijadikan sandaran oleh beberapa ulama yang berpendapat bahawa isra' dan mi'raj itu berlaku dalam keadaan mimpi. 

Yakni, Muhammad setelah tidur tidak bangun dan apa yang dilihatnya masih dalam keadaan bermimpi. Menurut logiknya, ini lebih logik, iaitu segala apa yang dilihatnya hanya berlaku dalam mimpi. Jika ingin dianggap memang Muhammad pernah menceritakan peristiwa-peristiwa ini, Muhammad sebenarnya tidur pada suatu malam dan bermimpi kesemua ini. 

Untuk membuktikan bahawa Muhammad pernah ke Baitul maqdis, dikatakan Muhammad telah buat seperti berikut:

1) Hadith riwayat Ibn Abi Hatim menyebut Muhammad menceritakan kisah unta yang membawa beg hitam dan putih. Tidak menyebut apa-apa tentang gambaran Baitulmaqdis. Malangnya hadith ini dikatakan lemah. 

2) Hadith riwayat al-Baihaqi mengatakan Muhammad cuba menggambarkan "bangunan" Baitulmaqdis, tetapi tidak diketahui apakah yang dirujuknya, adakah masjid itu sendiri atau bangunan-bangunan di sekitarnya. Disebabkan tidak wujud bangunan masjid ketika itu, maka mungkin yang cuba digambarkan adalah bangunan di sekitarnya, tetapi perawi langsung tidak menyebutkan apakah yang digambarkan. Hadith ini juga dikatakan lemah.

3) Hadith riwayat Ahmad mengatakan Muhammad menceritakan sifat masjid, tetapi perawi tidak menyebutkan apa sifat masjid yang dimaksudkan. Memandangkan tidak ada bangunan di situ, dan ia hanya kawasan lapang, adalah aneh kenapa Muhammad tidak boleh mengingati apa yang konon dilihatnya baru beberapa jam sebelumnya pada malam itu, sehingga perlu "diperlihatkan" kepadanya imej masjid, walaupun yang sepatutnya dilihat hanyalah kawasan lapang tanpa bangunan. Jika hanya kawasan lapang, apa sebenarnya yang susah sangat hendak ingat? Ini semua menyebabkan cerita ini nampak ditokok tambah kemudian. 

Akhir kalam, untuk mengatakan bahawa seorang lelaki pernah pergi dari Mekah ke Baitulmaqdis menaiki kuda terbang dalam satu malam, dan naik pula tujuh lapisan langit dalam satu malam dan kembali semula semuanya dalam satu malam, ianya jelas bertentangan dengan akal. Jika cerita ini diceritakan oleh pengikut Ayah Pin, orang Muslim mentertawakannya, tetapi apabila nabi mereka sendiri yang menceritakan cerita ini, mereka telan bulat-bulat. 

Thursday, 5 August 1982

Syurga di dalam Islam: Pusat hiburan dan seks yang berkali ganda lebih teruk dari di dunia ini

Copy & Paste

*Saya amat meminati sebahagian penulisan di blog artikel ini namun ianya sering menghilang dan muncul sekali kala sahaja atas sebab-sebab tertentu. Tujuan saya salin & tampal di sini ialah untuk rujukan semata-mata. Terima kasih

Syurga di dalam Islam digambarkan sebagai pusat seks agung, di mana terhidangnya bekalan wanita dan arak tanpa henti. Untuk mengurangkan impak imej hidangan arak di syurga ini, dikatakan arak ini tidak akan memabukkan. Jadi seakan-akan air bir 0% alkohol seperti yang diperkenalkan oleh Heineken. Tetapi Heineken 0% alkohol ini tetap diharamkan oleh para pendeta Islam di bumi ini.

Di syurga, para lelaki akan mendapat bekalan wanita bidadari tanpa henti. Paling kurang seorang lelaki akan dipayungi 70 orang wanita, yang bermata hitam seperti jeli,berdada besar dan mempunyai dara. Setiap kali dara mereka dirobek, ia akan kembali dara seperti sediakala. Inilah keseronokan yang ditawarkan kepada manusia seperti yang digambarkan di dalam agama Islam.

Bagi mereka yang lebih banyak bekalan pahala akan mendapat bekalan wanita yang lebih ramai. Sebenarnya ini tidak ubah seperti kelab malam di bumi ini, yang mana wanita-wanita boleh beratur dan lelaki cuma memilih siapa yang mereka hendak jimak. Bidadari itu dicipta hanya sebagai pemuas nafsu lelaki. 

Mesej yang diterima daripada gambaran syurga ini adalah, jangan melakukan seks secara bebas di bumi ini, kerana anda sebenarnya boleh melakukan seks bebas di syurga. Jangan minum arak di bumi ini, kerana anda bakal meminum arak tanpa henti di syurga. Ini bermaksud, Islam tidaklah betul-betul melarang melakukan dua perkara ini, kerana dua perkara ini kotor, tetapi hanya menghalang orang Islam melakukannya di dunia ini, tetapi mereka sendiri akan bebas sebebas-bebasnya melakukan seks bebas dan meminum arak di akhirat sana. 

Tahan nafsu sedikit di bumi, kerana di sana nanti anda boleh puaskan nafsu sepuas-puasnya, itulah mesej Islam.

Bagaimana dengan wanita muslimah?

Al-Qur'an dan sunnah kerap menekankan konsep bidadari tetapi senyap berkenaan apakah wanita akan mendapat lelaki sebagai pemuas nafsu. Ini terjadi kerana al-Qur'an itu ditulis oleh tangan lelaki, di sebuah tempat dan zaman yang mana lelaki mendominasi masyarakat, maka cerminan minda lelaki pada waktu itu lebih tergambar di dalam al-Qur'an. Jika ia ditulis oleh tangan wanita, pasti gambaran syurga itu akan lebih cenderung kepada keinginan wanita. 

Wanita muslimah tidak akan mendapat lelaki bidadara, tetapi hanya akan menjadi salah satu daripada bidadari syurga sebagai pemuas nafsu lelaki. Bermakna, wanita muslimah di syurga perlu berkongsi suami dengan deretan lagi bidadari-bidadari lain dan hanya sebagai pemuas nafsu. Hanya seorang lelaki yang boleh menulis dan berfikir begini, kerana penulis al-Qur'an itu seorang lelaki. 

Al-Qur'an berkali-kali menggambarkan bagaimana rupa bidadari itu, yakni bermata besar sambil menumpukan pandangan pada suaminya saja (Qur'an 37:48), kulit putih (37:48) bahkan tampak putih seperti permata (56:22). Hadith pula menyebut kulit mereka sangat putih sehingga tulang kakinya boleh ternampak (sahih bukhari 3014). 

Sebenarnya cara al-Qur'an menggambarkan bidadari ini seperti menolak bahawasanya wanita kulit gelap itu ada yang cantik, kerana al-Qur'an dan hadith meletakkan keputihan dan kecerahan kulit itu sebagai gambaran kecantikan ideal, bahkan kecantikan ideal di syurga. Ini sekaligus menanamkan di dalam minda ramai lelaki (dan wanita) bahawa untuk menjadi putih itu sangat penting. Iklan-iklan pemutihan wajah yang semakin menjadi dambaan ramai tidak pula membantu mengurangkan fenomena mengagungkan kulit putih ini. Antara sebab keobsesan wanita untuk berkulit putih ini datangnya dari al-Qur'an juga.

Ditulis oleh tangan lelaki dari padang pasir

Sememangnya ia ditulis tangan lelaki. Penekanan berkali-kali diberikan tentang status bidadari ini, yakni dara yang merupakan dambaan ramai lelaki, terutamanya pada waktu itu. Bidadari ini akan sentiasa menemani dan menjadi pemuas nafsu lelaki, siang dan malam tanpa henti. Setiap kali berjimak, dara mereka akan kembali, yakni ketat dan rapat. 

Jika pusat hiburan ada waktu tutupnya, syurga itu tiada waktu tutup. Ia sentiasa dibuka selama-lamanya, aktiviti seks dengan bergilir-gilir wanita tanpa henti, sambil dihidangkan arak oleh para pelayan. Inilah kehidupan tanpa motif dan matlamat, tetapi hanya hiburan semata-mata, suatu kehidupan yang kononnya ditentang oleh Islam di dunia ini:

"Mereka di dalam Syurga itu berebut-rebut mengambil piala yang berisi arak yang tidak menyebabkan timbul perkara yang sia-sia dan tidak pula menyebabkan dosa." (Surah 52:23)

Siapa yang memberikan arak-arak ini?

"Dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang sentiasa beredar di sekitar mereka, (yang cantik parasnya) seolah-olah anak-anak muda itu mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya." (Surah 52:24)

Lihatlah gambaran duniawi ini! Maka lelaki di syurga dihidangkan arak-arak oleh anak-anak muda lelaki, ibarat pelayan pelanggan di kelab malam, sambil pelanggannya melakukan seks tanpa henti dengan ratusan perempuan. 

Jika dikatakan Islam itu menolak budaya hedonism, yakni fahaman bahawa hidup ini semata-mata untuk berseronok, maka saya katakan itu salah. Islam itu sebenarnya adalah semata-mata menuju kepada kehidupan hedonism, dan larangan-larangan yang diletakkan di dunia ini hanyalah sementara yang bersifat palsu, yakni menahan sebentar saja nafsu, tetapi di syurga kelak, hidup itu sudah tidak ada makna kecuali bertunjangkan hedonisme.

Adakah ini rupa syurga kelak?



Wednesday, 5 August 1981

Sangkakala di dalam Islam - pengaruh Yahudi/Kristian?

Copy & Paste

*Saya amat meminati sebahagian penulisan di blog artikel ini namun ianya sering menghilang dan muncul sekali kala sahaja atas sebab-sebab tertentu. Tujuan saya salin & tampal di sini ialah untuk rujukan semata-mata. Terima kasih

Sangkakala didefinisikan sebagai sebuah sejenis trumpet. Tiupan sangkakala oleh malaikat dikatakan merupakan petanda bahawa Hari Kiamat sudah tiba. 

Muhammad pernah ditanya seperti apakah sangkakala itu, dan dia berkata ia adalah sebuah hon yang mana ditiup kedalamnya. Kalau mengikut sejarah, pada zaman dahulu manusia menggunakan tanduk haiwan sebagai hon atau trumpet untuk ditiup. Tradisi meniup hon ini diteruskan sehingga kini oleh masyarakat Yahudi, kerana ia memang merupakan sebahagian daripada tradisi mereka sejak dahulu kala, untuk meniup sangkakala, atau shofar, pada upacara keagamaan mereka. 

Tiupan hon atau sangkakala ini dikatakan memberikan perasaan spiritual kepada sang pendengar, maka kerana itu kita melihat di ruangan komen video tiupan shofar di Youtube, ramai yang mengatakan mereka rasa sangat terbuai dengan alunan bunyi tiupan shofar. Di dalam Perjanjian Baru Kristian juga ada ditulis tentang sangkakala. Di dalam buku Revelation, dikatakan ketika Hari Kiamat muncul, malaikat akan meniup sangkakala sebanyak tujuh kali. 

Di dalam Islam pula, juga dikatakan malaikat akan meniup sangkakala sebanyak dua atau tiga kali. Ada pendapat yang mengatakan dua kali, ada yang berkata tiga kali. Bagi pandangan pertama, tiupan pertama akan menyebabkan kesemua manusia mati, dan tiupan kedua akan menyebabkan mereka dibangkitkan semula untuk pengadilan. Bagi pandangan kedua, mereka mengatakan tiupan pertama adalah sebagai amaran dan akan mengejutkan semua manusia, tiupan kedua akan mematikan mereka, manakala tiupan ketiga akan membangkitkan mereka semula. 

Kita tertanya-tanya, kenapa malaikat juga perlu meniup trumpet? Dan apa signifikannya?

Sebenarnya, seperti yang kita lihat, ini semua datangnya dari pengaruh Yahudi, yang meresap ke dalam Kristian, dan akhirnya meresap pula ke dalam Islam. Tiupan sangkakala ini sebenarnya hanyalah ilusi minda, ia tidak akan berlaku. Apa perlunya malaikat meniup ke dalam hon untuk membunuh orang ramai, kenapa tidak dibunuh saja dengan sekelip mata oleh Allah? Adakah kerana ingin menjadikan ia lebih dramatik? Dan memandangkan sangkakala ini satu objek yang sangat dipuja di dalam agama Yahudi, maka ia lebih menunjukkan bahawa tradisi malaikat meniup sangkakala di dalam Kristian dan Islam ini hanyalah pengaruh mitos dari agama Yahudi. 

Barangkali kalau zaman dahulu ada biola, atau piano organ, maka malaikat akan memainkan biola atau piano organ pula. 

Tuesday, 5 August 1980

Pengharaman babi di dalam Islam

Copy & Paste

*Saya amat meminati sebahagian penulisan di blog artikel ini namun ianya sering menghilang dan muncul sekali kala sahaja atas sebab-sebab tertentu. Tujuan saya salin & tampal di sini ialah untuk rujukan semata-mata. Terima kasih

Pengharaman babi sebenarnya disebut beberapa kali di dalam al-Qur'an, pun begitu tidak sekalipun disebut kenapa ia diharamkan. Babi juga adalah diharamkan dari memakannya di dalam agama Yahudi, dan seringkali kita mendengar orang-orang Islam yang mempunyai sedikit pengetahuan tentang Bible akan mengatakan bahawa agama Yahudi pun mengharamkan babi, maka Islam tidak unik dan hanya meneruskan syariat nabi-nabi terdahulu katanya. 

Apa yang mereka sering tidak sebut adalah, agama Yahudi juga mengharamkan memakan unta, kerang dan juga arnab, tetapi Islam langsung tidak ada pengharaman tentang tiga makanan ini. Jadi kenapa? Jika ingin dikatakan Muhammad meniru tradisi orang Yahudi untuk mengharamkan babi, itu satu kemungkinan, memandangkan Islam memang banyak mencedok dan meniru tradisi daripada agama Yahudi. Agak ironi, agama yang kononnya sangat anti-agama-Yahudi, sebenarnya bertunjangkan dan cukup banyak dipengaruhi agama Yahudi sendiri. Bahkan, segala kewujudan Islam itu sendiri sebenarnya disebabkan agama Yahudi wujud. 

Tanpa Yahudi, Islam tidak ada sebab untuk wujud. Begitulah besarnya pengaruh agama Yahudi, sehingga berjaya mempengaruhi seseorang untuk mendatangkan sebuah agama yang dipanggil Islam. 

Pun begitu, Muhammad membuat agama barunya dengan acuannya yang tersendiri, berdasarkan pengalaman hidupnya dan pengetahuannya sendiri serta perseptinya tentang agama Yahudi, dan dia  tidaklah mengambil bulat-bulat dari Yahudi. Untuk perintah pengharaman babi ini contohnya, jika benarpun dia dipengaruhi Yahudi, dia cuma mengharamkan babi sahaja, tetapi tidak unta. Kerana iyalah, unta ni memang cukup banyak manfaatnya, termasuk dari segi pengangkutan, dan orang Arab memang sudah terbiasa memakan daging unta. Muhammad juga lahir dalam persekitaran orang yang majoritinya cinta kepada unta, sehingga ke tahap dia sendiri mengesyorkan meminum air kencing unta, seperti yang disebutkan di dalam kitab-kitab hadith.

Jikalau ingin dikatakan Muhammad tidak mengharamkan babi atas sebab terpengaruh dengan agama Yahudi, tetapi hanya kerana sebab peribadi, itu mungkin juga. Muhammad dan kaum kerabatnya mungkin memang tidak suka babi, dan melihatnya sebagai satu binatang yang kotor, kerana ia memang binatang kotor pun. Jadi dia cuma mengharamkan babi atas sebab persepsi dan kepercayaannya itu saja. Pun begitu dia tidak menyebutkan sebab di sebaliknya, kerana mungkin rakan-rakannya di waktu itu memang tidak memakan babi. 

Biasa orang Islam akan mengatakan babi itu haram kerana ia binatang kotor, seperti ia memakan najisnya sendiri, atau suka bergolek di dalam lumpur. Memang betul, babi akan melakukan ini, tetapi ayam dan arnab juga memakan najis sendiri, dan ini dianggap normal. Orang Islam akan memakan daging ayam dan arnab walaupun binatang-binatang tersebut memang memakan najis sendiri. 

Babi sebenarnya akan memakan najis sendiri jika mereka terlalu lapar dan tidak diberi makan yang cukup, dan jika makanan cukup diberikan, mereka memang tidak akan makan pun najis mereka. Masih ada segelintir babi yang tetap akan makan, tetapi kebiasaannya tidak begitu. 

Umat Islam yang memang tidak memakan babi, selalunya selain mengatakan babi itu kotor, juga akan mengatakan babi ini boleh mengakibatkan penyakit kepada manusia. Di atas muka bumi ini, sebenarnya dianggarkan ada sekitar 784 juta babi, dan babi-babi ini dijadikan bahan konsumsi oleh sebahagian besar penduduk dunia, dan ia telah dijadikan bahan makanan oleh sebahagian besar manusia sepanjang sejarah. Jika dimakan berlebihan, memang ia boleh menyebabkan penyakit, tetapi ia sama juga jika makan apa-apa secara berlebihan. Untuk mengatakan babi boleh menyebabkan penyakit, itu tidaklah begitu adil, kerana apa saja makanan boleh menyebabkan penyakit jika dimakan berlebihan. Bahkan meminum teh tarik secara berlebihan pun boleh menyebabkan kencing manis. 

Majoriti besar penduduk dunia memakan babi, dan tidak ada apa pun yang terjadi kepada mereka. Babi dijual secara besar-besaran, dan di Malaysia pun, babi boleh dilihat dijual di kesemua pasaraya besar. Orang yang memakan babi-babi ini pun kebanyakannya berjaya dalam hidup juga, dan sihat-sihat juga. 
Jadi apa masalahnya untuk makan babi ni?

Kebanyakan orang yang merasa jijik untuk makan babi ini, kerana telah diberitahu dari kecil bahawa babi ini haram, dan binatang kotor. Saya juga akui, setelah saya meninggalkan Islam tahun 2013, saya hanya mula memakan babi tiga tahun setelah itu. Itupun hanya mencuba, dan memang merasa jijik sangat. Tetapi lambat-laun, saya mulalah makan sedikit demi sedikit, itupun kerana makan bersama-sama dengan rakan-rakan cina di restoran cina. Memang betul, jika sudah dicuci otak bertahun-tahun lamanya, sangat sukar untuk mengubah persepsi itu. Tetapi tidak ada siapa pun yang memaksa saya untuk makan babi, saya memilih sendiri. 

Dan saya pun tidak memaksa sesiapa untuk memakan babi. Tetapi untuk mengatakan tuhan yang melarang bahkan marah jika ada orang makan babi, itu sudah mengarut. Bayangkan, tuhan marah jika orang makan babi. Bunyinya saja sudah cukup lucu. Jika manusia benci babi, dan kemudian dia kata babi itu haram, kemudian menisbahkan itu kepada agamanya dan mengatakan tuhan larang makan babi, itu kita boleh nampak logiknya. Tapi tuhan sendiri yang marah? Kisah pula dia. 

Benar, agama ini melucukan. Tetapi biasanya dah keluar baru boleh nampak betapa lucu dan mengarutnya agama itu. Kalau masih di dalam, orang itu boleh percaya kepada segala cerita karut-marut tanpa masalah.

Sunday, 5 August 1979

Dilarang keluar Islam.... - Kerajaan Muslim Malaysia

Copy & Paste 

*Saya amat meminati sebahagian penulisan di blog artikel ini namun ianya sering menghilang dan muncul sekali kala sahaja atas sebab-sebab tertentu. Tujuan saya salin & tampal di sini ialah untuk rujukan semata-mata. Terima kasih

Seperti yang kita semua sudah tahu, keluar Islam di Malaysia bukanlah hal peribadi, tetapi hal masyarakat bahkan hal kerajaan. Adalah dilarang sama sekali untuk seseorang itu mengubah agamanya kepada agama lain, atau kepada tiada agama, jika dia seorang beragama Islam. Jika dia dulunya beragama lain, dan masuk Islam, dan selepas itu ingin keluar Islam, dia akan menghadapi cabaran yang cukup sukar bahkan berisiko dikenakan tindakan undang-undang. Peluang itu ada, tetapi sangat tipis. Jika orang itu memang dibesarkan dalam keluarga Islam pula, terutamanya jika dia seorang Melayu, maka adalah mustahil sama sekali untuk keluar Islam, dan risiko dikenakan tindakan undang-undang adalah jauh lebih tinggi. 

Baru-baru ini, ada beberapa kes dilaporkan di media tentang orang yang memohon untuk keluar Islam di mahkamah.  Rata-rata adalah daripada mereka yang asalnya bukan Islam dan masuk Islam sama ada untuk berkahwin atau tujuan lain, atau mereka yang dikatakan salah seorang orang tuanya adalah mualaf, dan dia tidak dibesarkan dengan mengamalkan Islam. Pun begitu, mahkamah seperti yang dijangkakan, telah menolak permohonan mereka.

Lihat kes di bawah misalnya:

Berita ini keluar pada 29/7 baru-baru ini. Ia berkaitan permohonan mualaf yang pernah masuk Islam kerana berkahwin dengan seorang wanita Muslim, tetapi telah bercerai, dan sekarang dia ingin kembali kepada agama asalnya. Dia kata dia asalnya seorang Kristian, bahkan masih percaya kepada agama itu, dan sekarang berminat kepada Buddhisme. Jika diikutkan dari soal akidah, dia memang sudah murtad dan terbatal akidahnya dan Islamnya, kerana dia tidak percaya kepada Islam dan beriman kepada agama Kristian. 

Ini mudah, kerana kepercayaan agama itu berdasarkan iman di hati, bukannya apa yang tertulis di atas IC. Pun begitu, di Malaysia, sistemnya karut, dan Islamnya juga karut. Boleh pula dikatakan "keterangan sendiri tak cukup untuk buktikan keluar Islam". Apakah ini?!

Sedangkan jika dikatakan Allah itu manusia, atau Qur'an itu tulisan Muhammad sendiri, itu saja sudah boleh buatkan orang itu murtad, jika disertai dengan kepercayaan, maka orang ini, yang sudah berkata dia bukan Islam dan percaya kepada agama lain, tidak diterima sebagai murtad? Apakah dia perlu pijak al-Qur'an baru orang percaya?

Mahkamah kata dakwaannya perlu disokong oleh "keterangan pihak lain". Pihak siapa? Dia membawa peguamnya untuk menyokong dakwaannya, itu bukan keterangan pihak lain? Hakikat bahawa dia sanggup pergi ke mahkamah menghabiskan masa berjam-jam, untuk membuang status Islamnya , itu saja sudah menunjukkan dia memang bukan Islam. Jadi kekarutan apa yang ditimbulkan oleh mahkamah ini?

Untuk makluman, kes ini adalah antara pemuda tersebut, lawan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mahkamah Syariah, dan kerajaan Malaysia. Masing-masing diwakili peguam. Bayangkan betapa bodohnya kes ini, seorang yang ingin memilih agama lain pun perlu berhadapan dengan kerajaan di mahkamah. Entah berapa duit yang perlu dikeluarkan untuk biaya peguam. Mujur lelaki ini ada duit dan bersedia untuk keluarkan duit untuk tujuan ini, jika orang itu tidak mampu? Maka matilah orang itu dalam "Islam", seperti kami yang lain ini. 

Dalam masa sama, bayangkan duit dan tenaga yang dikeluarkan oleh kerajaan juga untuk mempertahankan "keislaman" orang ini dan melarangnya untuk keluar Islam. Berapa banyak duit rakyat dihabiskan untuk menentang hak pemuda ini? Sungguh mengarut!

Tetapi dalam masa sama, mereka juga cukup mudah kata orang boleh murtad jika melakukan perkara itu atau perkara ini, misalnya:





Mereka akan mudah mengatakan, boleh murtad kalau cakap ini, atau boleh murtad kalau tak percaya itu, atau kalau buat ini dan itu. Itu betul, sebab memang itu yang dikatakan oleh agama mereka. Tetapi bilamana seseorang itu hendak isytihar dia murtad dan ubah rekod di pendaftaran, terus mereka menggelabah dan berkata "Oh, keterangan sendiri tak cukup untuk buktikan keluar Islam". 

Untuk kes kedua pula, yang dilaporkan di media pada 15 Julai, menyebut bahawa mahkamah "tidak melayan" kes seorang wanita yang ingin keluar Islam


Wanita ini dikatakan mempunyai seorang ayah yang mualaf, manakalanya ibunya seorang memang dibesarkan dalam keluarga Muslim. Wanita itu mendakwa dia tidak pernah dibesarkan dalam keadaan Islam, walaupun kedua ibubapanya Muslim. Ibubapanya kemudian bercerai, dan dia dibesarkan oleh ibunya, pun begitu ibunya tidak pernah memaksa dia mengamalkan Islam. Dia memilih untuk menganut agama Konfucianisme, agama ramai orang Cina Malaysia, selain agama Buddha. 

Laporan menyebutkan:

"Mahkamah Tinggi Syariah pada Disember 2018, sebelum mendengar permohonan wanita tersebut, telah memerintahkan beliau untuk menghadiri sesi kaunseling selama enam bulan. Beliau yang akur dengan perintah tersebut telah menjalani sesi tersebut yang berlangsung pada Januari 2019."

Seperti kebanyakan kes begini, pemohon akan diperintahkan (baca dipaksa) untuk menghadiri kaunseling selama enam bulan, dan tidak disebut di mana ia perlu hadir, tetapi banyak kes sebegini akan menyebabkan pemohon ditahan di pusat pemulihan akidah selama enam bulan. 

Laporan menyebutkan lagi

"Pada 27 Julai 2020, Mahkamah Tinggi Syariah menolak permohonan beliau untuk diisytiharkan bukan lagi beragama Islam dan memerintahkan beliau untuk menjalani ‘istitabah’ atau taubat dan kelas Islam serta kaunseling akidah. Pada Ogos 2020, dia merayu kepada Mahkamah Rayuan Syariah di Kuala Lumpur, yang kemudiannya pada 8 Disember 2021 menolak rayuannya."

Selepas habis enam bulan, mahkamah berhak memerintahkan pemohon untuk menyambung lagi enam bulan, dan lagi enam bulan sehingga berpuas hati. Dalam kes dia, tidak disebut di tambah lagi enam bulan, tetapi disebut dia perlu memasuki kaunseling lagi, jadi nampaknya disuruh sambung lagi enam bulan. Dia mengemukakan rayuan tetapi mahkamah menolak. 

Dia telah membawa kes ini kepada mahkamah tinggi, tetapi mahkamah tinggi juga menolak serta "tidak melayan" permohonan yang dianggap "remeh" itu. Laporan menyebut:

"Bagaimanapun, menurut Malay Mail, tuntutan yang beliau bawa telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi semalam dan ini bermakna Mahkamah Tinggi tidak akan mendengar kes yang dibawa oleh beliau...Mahkamah Tinggi (boleh) menapis sebarang permohonan yang ‘remeh’. "

Lihatlah betapa jahatnya pihak agamawan Muslim ini. Seperti yang kita semua sudah tahu, ini semua memang perancangan mereka, menyusahkan orang untuk keluar Islam, supaya jumlah bilangan penganut Islam akan terus ramai dan bertambah. Sifirnya mudah, orang boleh masuk, tetapi tidak boleh keluar. Dalam kes kedua ini, walaupun mangsa boleh mendakwa dia tidak dibesarkan secara Islam kerana ayahnya tidak mengamalkan Islam selepas memeluk Islam dan tidak mengajarnya Islam, dia tetap mempunyai peluang yang hampir sifar. Kerana hakikatnya, dia dilahirkan dalam keluarga yang status kedua ibubapanya adalah Muslim. Ini menjadikannya sama seperti orang-orang Melayu lain, yakni mustahil sama sekali untuk isytihar keluar Islam di dalam rekod pendaftaran.

Sebenarnya, kes-kes begini, walaupun mempunyai peluang yang tipis ke hampir sifar untuk berjaya, sebenarnya bagus juga dilaporkan di media-media. Semakin banyak kes begini, semakin orang akan nampak betapa menindasnya sifat agama Islam ini. Tekanan juga akan mula diberikan terhadap institusi kehakiman dan perundangan negara yang jelas-jelas berat sebelah terhadap penganut Islam dan bersifat menindas terhadap orang-orang yang ingin pindah ke agama lain. Islam itu memanglah secara semulajadinya bersifat menindas, tetapi jika lebih ramai orang yang sedar dan faham akan perkara itu, maka diharapkan akan ramai juga yang akan melawan penindasan ini dan menunjukkan betapa jahatnya sifat agama itu.

Usah dipercaya segala propaganda yang menyebutkan Islam itu bersifat memperjuangkan keadilan sejagat, hak kebeasan beragama atau hak wanita dan sebagainya. Itu semua hanya tipu helah dan propaganda semata-mata. Tujuannya satu, untuk menambah angka penganut Islam, dan meletakkan sistem Islam itu sebagai teratas, dan setelah itu, menindas segala hak minoriti termasuk orang yang ingin keluar daripada ideologinya. Ia ideologi yang cukup-cukup merbahaya. 

Mereka tahu mereka kalah di medan hujah, kerana Islam agama yang cukup rapuh. Jadi sepertimana biasa, mereka menggunakan undang-undang berat sebelah untuk menghalang dan menindas orang daripada menggunakan hak mereka. 

Tetapi jika ada orang lain yang melarang orang untuk masuk kepada agama mereka pula, dengan pantas mereka akan menjerit "Islamofobia!" "Musuh Islam!". 

Saturday, 5 August 1978

Isu Salman Rusdie

Copy & Paste

*Saya amat meminati sebahagian penulisan di blog artikel ini namun ianya sering menghilang dan muncul sekali kala sahaja atas sebab-sebab tertentu. Tujuan saya salin & tampal di sini ialah untuk rujukan semata-mata. Terima kasih

The Satanic Verses

Begitu banyak orang-orang Islam di media sosial yang bersorak dan menyokong serangan ini. Bahkan jika Salman Rushdie mati sekalipun, mereka tidak akan kisah bahkan lebih bersorak dan memanjat kesyukuran kepada tuhan mereka. 

Itu sahaja sudah menunjukkan betapa bahayanya ideologi Islam ini, kerana ia menjadikan pengikut-pengikut mereka tidak kisah tentang pembunuhan, dan mendorong mereka melakukan perkara-perkara yang di luar undang-undang. Jika mereka rasakan undang-undang itu tidak melindungi Islam, maka mereka akan mengajak kepada pembunuhan, dan walaupun sebahagian besar dari mereka tidak akan sendiri melakukan perkara tersebut, tetapi akan ada kelompok kecil yang akan melakukannya, dan kelompok majoriti hanya akan bersorak. 

Jika ada undang-undang yang menyokong Islam pula, dan digunakan untuk menindas orang-orang bukan Islam, termasuk yang sudah keluar Islam dan sudah menjadi bukan Islam juga, mereka akan memaksa orang ramai untuk jangan langgar undang-undang, kerana itu undang-undang, maka wajib dipatuhi. Nampak tidak, betapa mereka ini bukannya kisah sangat tentang undang-undang pun, mereka cuma kisah tentang agama mereka. Undang-undang yang adil bagi mereka adalah hukum agama mereka, yakni undang-undang syariah, yang pada hakikatnya tidak adil langsung, tetapi bagi mereka ia adil. 

Ideologi begini perlulah diperangi habis-habisan. 

Dan yang lebih teruk, mereka tiada masalah untuk hina agama lain. Bible menurut mereka adalah korup yang sudah dipesongkan oleh manusia, nah itu satu penghinaan terhadap penganut Kristian. Setiap hari orang Islam kata begini, bahkan ia sebahagian tunjang utama kepercayaan mereka, yakni untuk menghina agama Kristian. Tetapi orang Kristian matang dan tidak sensitif sehingga mahu membunuh orang-orang Islam yang mengucapkan perkara ini. Tetapi apabila dikatakan al-Qur'an kitab yang direka manusia, nah terus orang-orang Islam melenting dan sehingga mahu membunuh orang. Bahkan itulah yang berlaku di sini, kerana Salman Rushdie dikatakan telah menghina agama Islam dengan bukunya the Satanic Verses, dan atas sebab itu darahnya halal. 

Sungguh Islam suatu agama yang cukup berbahaya. Dan ia menjadi lebih bahaya apabila ia dihidangkan sebagai agama yang toleran walaupun hakikatnya cukup berbeza sekali. Itu hanyalah satu penipuan untuk mengabui mata masyarakat, dan itulah taktik mereka sejak dahulu. Bezanya, sekarang ini ada internet dan adanya ledakan maklumat, maka ramai orang boleh mengkaji sendiri. Bahkan blog ini juga saya tulis atas dasar anonim, dan andaikata ada yang mengenali saya di luar, nyawa saya juga bakal terancam dan mungkin saja melayang. Inilah yang kita perlu berhadapan, yakni penganut fanatik dari agama rekaan manusia.