Sebelum ini saya pernah kongsikan pengalaman membaiki 'diffuser' dan anda boleh rujuk di sini.
![]() |
| LUMO diffuser |
Perbezaan 'diffuser' ini dengan yang lepas ialah ianya tidak ada bateri dan menggunakan bekalan elektrik 24v.
![]() |
| Model: PZ-UA089 |
Masalah 'diffuser' ini ialah ianya boleh berfungsi namun wap yang terhasil sedikit pada mulanya namun setelah beberapa minit, langsung tiada wap lagi.
![]() |
| Setelah dibuka... |
Setelah dibuka dan diperiksa, saya dapati ada kesan terbakar pada penutup buzzer piezo seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
![]() |
| Piezoelectric |
Buzzer piezo ini yang menghasilkan wap menggunakan frekuensi tinggi. Sambungan terminalnya tanggal apabila saya cuba kikis kesan terbakar padanya seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
![]() |
| Sambungan tanggal... |
Saya pateri kembali sambungan yang tanggal pada buzzer piezo seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
![]() |
| Pateri sambungan... |
Untuk pengetahuan semua, masalah wap yang terhasil sedikit selesai setelah dengan hanya membaiki sambungan wayar pada buzzer piezo sahaja.
![]() |
| Siap... |
Klip video di bawah saya rakam sewaktu mengujinya setelah dibaiki.
Selamat berDIY...




















































