Hujung tahun lepas pada 02/11/2024, saya terjatuh dari ketinggian kira-kira 2m sewaktu melakukan kerja menukar suis DB yang rosak di rumah sendiri.
![]() |
01/01/2025 (Hospital Umum Miri) |
Nasib agak baik sebab tiada sebarang kecederaan fizikal namun hari berikutnya, bahu sebelah kanan sangat sakit dan apa yang saya cuba lalukan ialah urut sendiri menggunakan balsem otot seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
![]() |
GELIGA - Balsem otot (muscular balm) |
Setelah dua bulan menahan sakit akhirnya pada 01/01/2025 saya ke Hospital Umum Miri untuk mendapatkan rawatan. Menurut doktor, ada beberapa kemungkinan iaitu:-
- Tulang retak/patah
- Masalah tendon/ligament
- Masalah saraf
Imbasan X-ray telah dilakukan dan tiada retak/patah pada tulang bahagian bahu seperti boleh dilihat pada gambar pertama di atas dan di bawah.
![]() |
01/01/2025 (Hospital Umum Miri) |
Seterusnya doktor tanya saya, 'awak ada insuran perubatan?'. Doktor kata temujanji untuk imbasan MRI memerlukan tempoh sehingga setengah tahun dan meminta saya ke hospital swasta jika perlu disegerakan.
![]() |
01/01/2025 |
Memandangkan saya tiada insuran perubatan, doktor bagi ubat gosok, ubat tahan sakit (paracetamol) dan vitamin b-complex seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Nasihat doktor sebelum beredar ialah rujuk ke poliklinik berdekatan jika masih sakit.
Seminggu selepas itu, masalah masih tidak berubah dan saya ke poliklinik Tudan. Setelah pemeriksaan fizikal ke atas bahu saya, doktor kata bukan masalah tendon/ligament mahupun masalah saraf dan tidak perlu imbasan MRI. Doktor rujuk saya ke bahagian physiotherapy dan gambar berikut ialah tarikh semua temujanji saya.
![]() |
Temujanji di poliklinik Tudan... |
Masalah sakit bahu selesai setelah menjalani 3 kali physiotherapy iaitu pada 19/2/2025. Temujanji ke-4 sebenarnya tidak diperlukan namun mereka tetap lakukan kerana saya hadir pada hari tersebut.
Saya sering mengalami kecederaan sewaktu aktif bersukan binabadan dahulu yang melibatkan otot. Ianya akan sembuh dalam beberapa hari sahaja setelah saya urut sendiri menggunakan balsem otot sahaja.
![]() | |||
Methyl Salicylate |
Sebenarnya ada banyak lagi perbualan saya dan doktor yang tidak sedap didengar sewaktu berada di hospital umum Miri. Saya simpan untuk diri sendiri sahaja sebab jika dikongsikan akan mengundang persepsi tidak baik terhadap penjawat awam. Saya faham setiap terma perubatan yang doktor sebut sebab saya adalah pelajar aliran sains sewaktu bersekolah. Saya juga yakin tidak semua penjawat awam begitu sebab layanan saya di poliklinik Tudan tersangat baik. Mungkin juga saya sendiri yang 'sensitive' tidak bertempat.
Pernahkah anda cedera dan menahan sakit berbulan-bulan sebelum mendapatkan rawatan? Saya hanya ke hospital setelah dua bulan menahan sakit.
Renung-renungkan...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.