Wednesday 30 January 2013

Lagi Kejadian Tembak Menembak Di Miri

Kejadian berlaku kira-kira pukul 12:40pm dan lokasi kejadian ialah di hadapan pusat membeli belah Imperial Mall. Menurut saksi di tempat kejadian, setelah kejadian tembak menembak, penjenayah melarikan diri dan melanggar sebuah kenderaan lain di kawasan berdekatan.

Beberapa buah kenderaan polis kelihatan tiba kira-kira 10 minit kemudian di tempat kejadian. Difahamkan sebutir peluru sesat tersasar ke bangunan berdekatan dan menyebabkan cermin premis berkenaan pecah.
Cermin premis yang pecah akibat peluru sesat
Info terbaru pula mengatakan bahawa peluru yang tersasar ialah hasil tembakan oleh pihak polis ke atas sebuah kenderaan curi.
Pengesahan oleh YB tempatan
Baca berita penuh di sini atau di sini.

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.