1. AIR KENCING BERWARNA JERNIH
Kepekatan
air kencing sering dikaitkan dengan kesihatan samada warnanya gelap,
kuning cerah atau jernih tidak berwarna. Warna air kencing yang kuning
cerah atau tidak berwarna menunjukkan
bahawa buah pinggang kita dalam keadaan sihat. Warna air kencing yang
kuning atau pekat menunjukkan bahawa buah pinggang sedang bekerja dengan
kuat dan terdapat masalah dengan buah pinggang atau kadar gula darah.
Namun, kepekatan air kencing juga berkaitan dengan keadaan tubuh yang
kekurangan air. Apabila pengambilan air dalam sehari adalah kurang,
pada umumnya warna air kencing akan menjadi lebih pekat daripada
kebiasaannya. Justeru itu, sangat digalakkan untuk mengambil 1 hingga 2
liter air mineral setiap hari.
2. WARNA DAN TEKSTUR FESES (NAJIS)
Feses yang normal pada umumnya berwarna kuning kecoklatan, teksturnya
padat, tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras. Apabila feses
berada dalam keadaan tersebut menunjukkan bahawa sistem pencernaan dan
metabolisme tubuh berada dalam keadaan baik.
3. BERAT BADAN STABIL
Jangan terlalu gembira sekiranya berat badan anda mudah turun dan
mengalami penurunan secara drastik dalam masa yang singkat. Hal ini
kerana, keadaan tersebut mungkin menunjukkan bahawa terdapat sesuatu
yang tidak kena pada tubuh badan anda. Tubuh yang sihat kebiasaannya
mempunyai berat badan yang stabil, tidak mengalami kenaikan atau
penurunan berat badan yang drastik dalam masa yang singkat.
4. PENYEMBUHAN LUKA LEBIH CEPAT
Dalam keadaan tubuh yang sihat, luka yang dialami akan mudah sembuh.
Contohnya, jika anda mengalami luka disebabkan terjatuh, luka tersebut
akan hilang dalam masa beberapa hari dan kering dengan cepat kerana
regenerasi kulit berjalan lancar. Apabila luka berdarah maka, darah
tidak akan mengalir terlalu banyak dan lama. Ia akan segera berhenti
dan luka akhirnya akan tertutup.
5. RAMBUT DAN KUKU SIHAT
Rambut dan kuku merupakan salah satu kayu pengukur untuk menunjukkan
bahawa tubuh dalam keadaan sihat. Kebiasaannya, rambut dan kuku akan
lebih bersinar, tidak kusam dan pertumbuhannya cepat. Apabila tubuh
dalam keadaan kurang sihat maka, rambut dan kuku akan kelihatan kering
dan kusam serta mudah patah.
6. MENSTRUASI PADA WANITA YANG TERATUR
Wanita yang mengalami masalah menstuasi yang tidak teratur perlu
melakukan pemeriksaan kesihatan kerana ia boleh menjadi petunjuk bahawa
tubuh anda mengalami masalah kesihatan.
7. TIDAK MENGALAMI KESUKARAN UNTUK TIDUR
Anda perlu berwaspada sekiranya anda mengalami masalah sukar untuk
tidur dan perlu melakukan pemeriksaan kesihatan. Tubuh yang sihat
mempunyai jadual tersendiri yang sentiasa mengingatkan tubuh mengikut
keperluan seperti masa makan, tidur dan sebagainya.
Sumber
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.